Love Me Or Love Me Not Part 4

          Aiko Arielle mendongkat dagunya sambil pandangannya dilontarkan ke arah pemain bola tampar yang sedang berusaha bersungguh-sungguh berlatih. Gadis itu mengeluh berat. Kelas petangnya akan bermula sejam lagi. Sudah hampir setengah jam dia tercanguk di bawah pokok memerhatikan pasukan bola tampar lelaki kolejnya. Dia tidak biasa menghabiskan waktu di café mahupun perpustakaan. Dia lebih senang bersendirian di bawah pokok berdekatan dengan padang. Memang dah jadi port rasminya di situ.

Rindunya nak main volleyball macam dulu-dulu. Tapi kalau apa-apa terjadi kat tangan aku, tak boleh nak buat sketching pulak. Tak boleh nak menjahit bagai.

Ai dahulunya seorang pemain bola tampar yang bergiat aktif di sekolahnya. Dari sekolah rendah sehingga ke sekolah menengah. Dia juga pernah mewakili negeri ke peringkat kebangsaan. Namun setelah pergelangan tangannya tercedera beberapa tahun lepas, dia terpaksa mematikan hasratnya untuk bermain lalu fokus kepada bidang lain pula, iaitu fesyen yang kini menjadi obsesinya.

Debussh! Lamunan Ai terpadam serta-merta. Terasa bingung kepala gadis. Macam nyamuk yang baru sahaja disembur dengan ridsect. Sebiji bola tampar terpelanting dan menghentam kepalanya.

Time aku nak berangan ingat kisah silam ni jugaklah kau nak debik aku ye bola? Kurang asam!

Ai menggosok kepalanya yang masih pening lalat. Terasa dunianya berputar laju.

“Awak okay ke tak ni? Sorrylah tak sengaja. Tak sangka pulak kena awak.”
Ai masih binggung. Kuat sungguh penangan bola tersebut. Hilang gian nak main volleyball dah. Ouh peningnya..!

“Eh..? Ai?” Kedengaran suara samar-samar seorang pemuda. Ai menggosok-gosok kepalanya. Mata dikecilkan, memandang wajah yang telindung oleh cahaya matahari itu. Siapa pulak mamat ni? Macam mana boleh tahu nama aku?

“Err.. Siapa awak ni?” Soal Ai perlahan.

            “Ni sayalah, Zareef!” pemuda tersebut bersuara lagi. Ai meletakkan tangannya di atas dahi, cuba meneliti wajah pemuda yang tidak kelihatan akibat membelakangi cahaya matahari. Zareef duduk mencangkung, saat itu barulah gadis itu dapat melihat wajah pemuda berkulit sawo matang itu dengan sejelasnya.

Ouh. Salah seorang dari mamat F4 tu rupanya. Zareef nama dia? Baru hari ni aku tahu. So, dia ni salah seorang dari pemain volleyball tu eh?

“Awak okay tak ni? Macam teruk je? Nak saya bawakan ke klinik?” Soal Zareef , pemuda tinggi lampai itu.

Aku mengalami gegaran otak tahu!

“Sa.. saya okay..!” Ai mencapai begnya dan cuba bangun. Beberapa saat kemudian dia hilang keseimbangan lalu hampir tumbang namun segera Zareef memaut bahu gadis tersebut.

Mak ai! Ringannya dia ni!

Ai menolak tangan Zareef. Dia tidak suka disentuh lelaki, lebih-lebih lagi lelaki yang tidak berapa dikenalinya. Dia bukan Annahita yang sentiasa menggeselkan badan dengan lelaki. Walaupun luar kelihatannya dia sangat open namun Ai masih menjaga batas-batasnya walaupun ketika kepala masih pening lalat!

“Awak tak okay ni. Mari saya bawak awak ke bilik rawatan,”

Ai membuat isyarat tidak dengan menggunakan tangannya. Zareef tertawa kecil.

Degil betul minah ni!

“Sayang..!!” Satu suara kedengaran nyaring, menyakitkan telinga Ai. Zareef mengalihkan pandangannya. Satu keluhan terbit di bibirnya. OMG!

Maria, salah seorang daripada kuncu gedik Annahita menghampiri Zareef. Satu tamparan yang agak kuat lekap di bahu pemuda tersebut. Aduh! Sakit!

            Maria memandang Ai dari hujung kepala ke hujung kaki. Saat pandangan bertembung dengan gadis tersebut, dia menggulingkan matanya.

“Apa yang you buat berdua-duaan dengan perempuan ni?” Soal Maria dengan nada yang agak tinggi. Handbag yang berada pergelangan tangan ditarik dan disangkut di bahu. Matanya memerhatikan setiap pergerakan yang dibuat oleh Ai.

“Can’t you see? I ada praktis volleyball kan?”

“Volleyball court dekat sana, sayang. Bukan dekat sini.” Maria.

“Bola tercampak dekat sini, I nak kutip. That’s all.”

“Liar. Entah-entah selama ni you gunakan alasan nak praktis sebab nak jumpa perempuan ni” Kata-kata Maria membuatkan Zareef sedikit bengang. Ai masih mendiamkan diri. Pemuda itu mencapai bola yang berada di atas rumput lalu memusingkan wajahnya, mahu beredar dari terus mendengar kata-kata Maria yang tidak disenanginya.

“Lantak you lah nak cakap apa pun! Malas nak peduli!” Zareef. Ai yang melihat perbualan yang lebih menjurus kepada pertengkaran itu segera menapak ke belakang. Tidak mahu berkata apa-apa risau lain hal pula yang terjadi.

“And you..!” Marian melangkah mendekatkan diri ke arah Ai. Ai menelan air liurnya. Wajah Maria menunjukkan rasa tidak puas hatinya terhadap Ai.

            “Dengar ni ya. Zareef Aisy tu boyfriend  aku. So back off! Kau tu cuma junior aje dekat sini so jangan nak besar kepala okay? Kau dah ada Eddyn kan? Tak cukup lagi ke dia tergila-gilakan kau? Sekarang, Zareef pun kau nak kebas? Tamak betul kau ya? Cerminlah sikit muka kau!”Tanpa soal siasat, dengan tajamnya kata-kata Maria mencantas Ai. Ai memandang wajah gadis yang tua dua tahun daripadanya itu dengan rasa panas hati.

“For your information, I don’t have any intention toward those boys. So tak payah nak rasa tergugat ye, akak? Saya pandang boyfriend akak pun tak ada feelinglah.”

            “Hey cakap baik-baik okay! Mulut tak ada insurans ke? Mcamlah kau tu bagus sangat!” Maria hangin satu badan. Ai tersenyum sinis.

“First of all, kalau mulut ada insurans, tak akan wujudlah orang macam akak ni. And by the way, you start it first.” Ai memang pandai kalau bab-bab membalas kata-kata kejam orang ni. Tak hairanlah masa sekolah dulu dia pernah menjadi juara debat! Jangan sangka orang diam tidak berbisa!

“Kurang ajar betul kau ni kan!”

“I learned it from you, senior.”

“Siaplah kau! Satu hari nanti kau akan rasa akibat daripada mulut lancang kau ni! Lepas ni kau jangan nak menyesal okay!” Nada mengugut pula!

“Saya tak akan diam diri kalau akak ataupun kawan-kawan akak nak pijak kepala saya. Saya tak takutlah dengan ugutan akak ni. Sepanjang hidup ni saya dah lali jumpa dengan orang yang berperangai macam akak ni.”

Maria mengetap bibirnya. Sungguh berani seorang junior berkata sedemikian dengannya!

“Sayang..!! Tengok! Budak ni kurang ajar dengan I!!!” Maria memanggil Zareef yang berada tidak jauh dari situ. Zareef memandang Ai sebelum menunjukkan isyarat bagus dengan ibu jarinya. Ai tergelak kecil. Zareef menyokongnya!

“Okaylah akak. Banyakkan sabar dan bawa mengucap okay. Saya ada kelas so saya pergi dulu. Maaflah kalau saya sakitkan hati akak. Assalamualaikum.” Ai kemudian memalingkan tubuhnya lalu meninggalkan Maria yang dilanda seribu kemarahan dek kata-katanya dan juga isyarat ‘bagus’ teman lelakinya. Kenapa Zareef tidak membelanya dan membiarkan dia dimalukan di hadapan seorang junior yang baru beberapa minggu belajar di situ?

Aku akan pastikan budak mentah macam kau terima akibatnya. Aku akan buat sampai kau tak ingin menjejakkan kaki ke kolej ni lagi. Tengoklah pembalasan aku.

*     *     *

            “So, where are we up to? Club? Bar?” Soal Javen kepada Akio Zachary. Akio tertawa besar. Apa gilanya mamat ni! Aku pun tak pernah jejakkan kaki ke kelab! Inikan pula bar!

“Sorry. Not that kind of place, bro. Seriously, This isn’t Milan.” Akio. Dia tidak memandang Javen sebaliknya mengfokuskan seratus peratus pandangannya ke arah pemanduan. Jalan dah lah sesak. Kalau dok pandang mamat ni kang tak pasal-pasal terbabas!

“So, where are we going?”

“Fetch that little kiddo.”

“Who?”

“Aiko Arielle.”

“Where?”

“At her collage, of course!”

“Ouh, Kio. I don’t know a year can turned you into an adult. I’m really proud of you man.” Javen menepuk bahu Akio. Pemuda itu tersenyum lebar, sengaja dia mahu menyakitkan hati Akio, seperti kebiasaanya.

“What the heck?”

“One years ago, you are just a kid. Lying around everywhere and look at you now. You are such a nice brother, don’t you think? I bet Aiko would be glad too.”

Akio berdehem. Mamat ni nak puji ke perli aku sebenarnya??

“You are  so narrow minded  until you can see through a keyhole with both eyes, Javen. People can change. I’m not that good-for-nothing Akio anymore lah,” Akio tersenyum. Nah! Aku dah kenakan kau balik! Yes! Victory is mine!

“Well, what can I say?” Javen tersengih sambil menganggukkan kepalanya.

“Some people never change and it’s you.” Akio.

Javen memandang wajah Akio yang selamba itu. Dia tertanya apa maksud pemuda tersebut. Apa yang tak berubah?

“What are you trying to say?”

Ako tergelak besar.

“Are you still love that bananas thingy?”

“Bananas thingy?”

“You know what I mean, Javen.”

Tersentap Javen sebentar. Dia segera mengalihkan pandangannya ke luar tingkap. Adakah Akio Zachary menyentuh aspek minat seksualnya terhadap pasangan sama jenis?

“So, the fact of I’m being a gay make you felt uneasy, Kio?” Soalan Javen membuatkan Akio rasa serba-salah pula! Dia cuma berniat untuk bergurau nampaknya telah membuatkan Javen rasa kecil hati.

“Mate, I’m don’t mean to..!”

“No biggie. It’s alright. I’m used to it by the way.”

“Sorry lah. Aiseyman. Kecik hati pulak mamat ni.”

“Great. Now you speak the words that I don’t understand.”

“Erkk.. !”

Javen mendiamkan diri, begitu juga dengan Akio. Tiba-tiba rasa satu jurang terbentuk di antara Akio dan dirinya. Suasana di dalam Gen-2 tersebut bertukar senyap sunyi. Situasi tersebut berterusan sehingga sampai kolej Ai.

0 comments:

myfreecopyright.com registered & protected
Transparent Green Star