Kejora Cinta Adrian Part 30

            “Kalau betullah dia curang, saya akan tuntut cerai. Tak sanggup saya hidup dengan lelaki yang dah berkahwin tapi ada perempuan simpanan.” Arissa mengetap bibirnya. Saat itu dia mula ragu dengan sikap Adrian selama ini. Patutlah Adrian seolah-oleh bermain tali dengannya!

Ammar tersenyum. Ya. Itu lebih baik. Bercerailah. Kemudian kau akan jadi milik aku. Biarkan Adrian yang tak bersalah tu melopong. Siapa suruh bodoh sangat tak reti jaga bini sendiri? Well, aku tak akan biarkan Arissa jatuh ke tangan kau.

            “Baik awak siasat dulu, Rissa. Jangan serkap jarang je. Apa-apa hal bagitahu pada saya. Kita kan kawan.” Ammar meneruskan lakonan murahnya. Selama ini memang dia sentiasa baik dengan Arissa. Pastinya gadis itu tak akan syak dia sedang bermadah kata, ada maksud tersirat di sebalik setiap kata-kata.

“Saya tak tahu nak buat macam mana, Ammar.”

“Macam ni. Apa kata saya hantar awak balik, awak fikir masak-masak. Awak jangan buat keputusan ikut kata hati. Nanti lagi teruk masalah awak ni. Bincang baik-baik dengan suami awak. Mana tahu masalah akan selesai.” Amboi kau memang boleh jadi pelakon terbaiklah Ammar! Bincang baik-baik? Itu bukan namanya Arissa lah. Dia mana reti nak berbincang segala! Macam aku tak kenal!

            Arissa merenung wajah polos Ammar. Sedikitpun tidak terdetik tentang niat disebalik rupa pemuda tersebut. Tak sangka kerana cinta, dendam kian menebal di dalam sanubari pemuda tersebut.

No more Mr. Good Guy, Arissa. No more.

“Terima kasih Ammar. Maaf sebab saya susahkan awak. Saya dah banyak buat salah pada awak tapi awak masih nak dengar masalah saya..” Arissa tersenyum pahit ke arah bekas teman lelakinya itu. Ammar membalas senyuman gadis yang digilainya itu.

“Arissa, itulah gunanya kawan.” And soon will become your future husband.

“Jom saya hantarkan awak balik. Nanti suami awak risau pulak.”

*    *    *

            “Kereta siapa pulak depan rumah aku ni?” Soal Adrian dalam hatinya. Dia berhenti kira-kira seratus meter dari rumahnya. Kelihatan si jelita Arissa keluar dari perut kenderaan tersebut. Nombor plat Toyota Vios itu diteliti si suami. Kening pemuda terangkat sebelah. Macam pernah nampak aje kereta ni.

Adrian memerhatikan gelagat isterinya dari jauh. Gadis itu tersenyum kepada pemandu kereta. Tidak dapat melihat siapa gerangan yang menghantar gadis itu pulang kerana cermin kereta di tinted gelap. Adrian mula curiga dengan perlakuan isterinya. Makin bercelaru pemikirannya. Sebelum ini mana pernah dilihat kereta tersebut di situ, lebih-lebih lagi melihat isterinya keluar tanpa minta izinnya.

            Arissa membuka pintu pagar dan melambaikan tangan ke arah pemandu Toyota Vios berwarna Deep Amethyst Mica Metallic itu. Tangan pemandu itu keluar dari tingkap dan turut membalas lambaian si gadis. Tiba-tiba tersentap sanubari Adrian. Jelas-jelas itu tangan seorang lelaki! Perasaan amarahnya mula meluap-luap seakan gunung berapi yang bakal meletus pada bila-bila masa.

Sekarang kau dah berani bawak laki datang rumah pulak, Arissa???

            Tangan pemuda itu menghentak stering kenderaannya itu. Sangat marah! Sudahlah berlaku curang, bawak lelaki itu ke rumahnya pula! Memang nak kena ajar jantan keparat ni! Celaka betul!

Adrian segera memecut kenderaannya, mahu mengejar lelaki yang tidak bermoral itu, mahu membelasahnya cukup-cukup. Namun, tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi lantang. Secara automatik panggilannya berjawab memandangkan earphone sudah sedia tersangkut di telinga.

Ah kacau betullah!

“Assalamualaikum Adrian..” Satu suara lembut kedengaran di talian.

“Siapa ni?” Selamba Adrian. Berombak-ombak dadanya menahan geram.

“Ini mummy lah, sayang. Takkan dah tak kenal kot?”

            “Mummy?”

“Iyalah. Ryan dekat mana ni? Busy tak?” Si ibu dengan suara yang ceria.

Iya. Busy sangat-sangat mummy, busy nak ajar si  jantan keparat, lelaki simpanan menantu kesayangan mummy tu! Sial punya jantan! Aku dah warning pun masih berani nak menggatal dengan bini aku!!

“Ada apa mummy?” Mata si pemuda ralit memerhatikan kenderaan yang dinaiki penghantar Arissa yang makin hilang dari pandangan. Cis!

“Mummy dengan daddy kejab lagi sampai ke rumah Ryan. Ingatnya hari ni kami nak datang melawat Ryan dengan Arissa. Mungkin lagi setengah jam kami sampailah. Kami nak stay dua tiga hari dekat rumah Ryan. Rindu sangat pada Rissa dengan Ryan.” Saat itu terbeliak mata Adrian. What the hell?

“Erkk.. Apasal mummy tak bagitahu awal-awal nak datang?” Adrian hilang kata-kata.

“Macam tak sudi nak terima mummy dengan daddy datang je?”

“Eh.. Tak adalah..!” Aku dengan Arissa dahlah sedang perang dingin, time ni jugaklah mummy dengan daddy nak buat lawatan mengejut! Aduhhh…!!!

“Okay, kalau macam tu, Ryan pergi bagitahu Arissa yang mummy dan daddy nak datang. Mesti dia terkejut.”

Memang. Memang dia akan terkejut.

“Okaylah mummy. Mummy nak makan apa? Ryan boleh suruh Arissa masakkan.”

“Tak apalah. Buat susah susah je. Ni daddy kirim salam.”

“Waalaikumussalam.”

“Okaylah. Nanti kita jumpa ye sayang.”

“Baik mummy. Pesan pada daddy drive carefully.

*    *    *

            Setelah mematikan enjin kenderaannya, Adrian segera keluar dari perut kereta dan bergegas memanjat anak tangga ke biliknya. Arissa yang sedang menonton televisyen terkejut lalu segera berdiri, memandang gelagat suaminya itu. Dipandangnya pula jam di dinding.

Awal lagi ni. Apasal laki aku ni tiba-tiba balik? Nasib baiklah aku sempat balik dulu, kalau tak mengamuk tak tentu arah dibuatnya.

            Arissa berasa curiga, perlahan dia melangkah menuju ke tingkat atas, mahu mengintai perlakuan Adrian yang mencurigakan itu. Dia berhenti tepat-tepat di hadapan pintu biliknya. Telinga dipasang. Kemudian, tiba-tiba Adrian keluar dengan satu beg besar. Terkejut Arissa dibuatnya. Gadis itu masuk ke dalam biliknya yang tidak berkunci. Jantungnya berdegup pantas. Dadanya dipegang, kerisauan melanda diri gadis jelita itu.

Nak pergi mana pulak ni? Jangan cakap dia nak keluar dari rumah pula. Biar betul dia ni?

Pintu biliknya tiba-tiba dibuka. Kelihatan Adrian masuk dengan beg yag baru dilihatnya. Arissa tergamam. Apa yang sedang terjadi ni?

“Apa yang you buat ni?” Ayat pertama terkeluar dari mulut Arissa setelah seminggu tidak bertegur sapa. Adrian memandang Arissa. Amarahnya masih tidak hilang. Kalau diikutkan hati mahu sahaja dia menghalau gadis tersebut dari rumahnya, dari hidupnya yang kian berantakan.

“Tak nampak?” Soal Adrian ringkas.

Arissa bangkit dan menuju ke arah suaminya itu. Dia cuba menarik tangan Adrian namun segera pemuda itu mengelak. Pemuda itu melangkah setapak ke belakang. Terkesima Arissa dengan sikap Adrian.

“Mummy dan daddy nak datang tidur sini dua tiga hari. So semasa diorang ada dekat sini, kita act macam kita couple bahagia. Sekarang I nak kemas bilik tetamu. Malam ni and 2 malam akan datang I tidur dekat sini. Tak nak diorang suspicious.”

6 comments:

Unknown at: September 21, 2011 at 2:59 AM said...

sakitnya hati ni...
hope kedatangan parents adrian akan memulihkan la balik hbngan dorang be2..
janganla sampai bercerai plak..

Bintang Asterisk at: September 21, 2011 at 3:00 AM said...

Sabarlah fyda ye. Don't worry. Nanti fyda dah tak sakit hati punya. HEHEHE.

Aida Nadia at: September 21, 2011 at 1:47 PM said...

adrian ni suka syk bukan2...
xsuka ahhh..

Bintang Asterisk at: September 21, 2011 at 4:19 PM said...

Adrian ni lembab sikit orangnya kalau nak tahu. HAHA.

Unknown at: September 22, 2011 at 9:14 PM said...

package luaran da lgkap da..
tapi sayang,,lembap pulok..
kih33

Bintang Asterisk at: September 22, 2011 at 9:16 PM said...

HAHA. muka matang perangai budak-budak. HAHA. COMEL apa? >,<

myfreecopyright.com registered & protected
Transparent Green Star