Kejora Cinta Adrian Part 21

            Philadelphia Cream Cheese seberat 200g ditangan diteliti Arissa. Dia bercadang mahu membuat  lemon cheese cake petang itu. Bahan-bahan semua sudah tersedia di dalam troli. Sesekali seronok juga pergi ke pasaraya membeli-belah barangan dapur. Pandangannya beralih ke arah seksyen buah-buahan yang berada tak jauh dari tempatnya berada. Dua blok Cream cheese dicapainya lalu diletakkan ke dalam troli. Segeranya dia menolak troli tersebut menghampiri longgokkan buah epal segar di situ.

Nak epal yang mana ye? Royal Gala ke? Fuji ke? Ataupun Granny Smith? Oh! Golden Delicious ni macam sedap je. Duh. Arissa. After all kan memang nama buah tu dah macam tu. Mestilah sedap. Nak nak makan sambil tengok tv.

            Dicapainya beberapa biji Golden Delicious lalu dimasukkan ke dalam plastik. Arissa berasa gembira melihat buah-buahan segar di situ. Rasa mahu beli setiap jenis buah yang ada di pasaraya tapi dia tahu dia cuma tinggal berdua engan Adrian. Mana mungkin beli banyak-banyak. Tak pasal-pasal membazir pula nanti!
Tiba-tiba bahunya disentuh oleh seseorang. Terkejut si gadis. Dia segera memaling untuk melihat siapa yang tanpa salam menegurnya. Bulat mata gadis apabila terpampang wajah seseorang yang sangat dikenalinya.

“Amani! Lama tak jumpa! Alahai! Rindunya! Kau apa khabar?” Soal Arissa kegirangan. Dia berpelukan dengan sahabat lamanya, Amani seblum mencium kedua belah pipi gadis seusia dengannya itu. Amani tersenyum lebar. Tak sangka terjumpa sahabatnya itu setelah setahun tidak mendengar khabar berita dari sahabatnya sejak tingkatan satu itu.     

            “Dengar cerita kau dah kahwin, Rissa. Sampai hati kau tak jemput aku kan? Ermm. Mana Ammar?” Soal Amani ingin tahu. Dipandangnya sekeliling. Tiada kelibat Ammar Wafi berdekatan. Di saat dia memandang wajah Arissa, ternyata riak gadis itu telah pun berubah.
“Eh kenapa muka monyok macam tu? Kau gaduh eh dengan dia?” Soal Amani sambil menggosok-gosok bahu Arissa. Arissa menggeleng.

            “Amani, aku nikah dengan lelaki lain. Bukan dengan Ammar.”

            “Kau biar betul? Kau nikah nikah dengan Adrian Zareth pujaan hati aku tu? Adrian yang kita selalu skype tu ke?” Soal Amani dengan bersungguh-sungguh. Arissa segera mengangguk. Tak sangka Arissa tidak berkahwin dengan Ammar sebaliknya dengan Adrian Zareth yang smoking hot tu.  Setahu dia, mereka hanya berkawan baik.

Arissa menyedut Frappuccino Caramel kegemarannya yang berada di tangan. Amani memandangnya dengan serius. Minuman di hadapan langsung tak bersentuh. Timbul sesuatu di fikiran gadis kecil molek itu. Arissa selalu buat prank terhadap gadis itu sejak sekolah lagi. Boleh percaya ke minah ni? Jangan-jangan dia nak kenakan aku lagi macam dulu-dulu. Haish! Tak puas hati ni!

“Macam mana kau boleh ambil Adrian kesayangan aku? Bukan ke kau bercinta dengan Ammar?” Amani dengan gaya seorang detektif. Sebelah matanya dikecilkan, mulut mungilnya dimuncungkan sambil jari bermain-main di dagu. Nak tergelak Arissa dibuatnya.

            “Eh kau bukan dah ada si Ashraff Omar tu ke?” Soal Arissa cuba mengubah topik. Dia tidak mahu membangkitkan cerita mengenai Ammar Wafi, kekasih lamanya yang ditinggalkan.

“Ashraff Omar mana pulak? Ouh! Ye tak ye. Buah hati pengarang jantung aku tu. Hei! Kau nak ubah topik ye? Kau nak mengelak soalan aku eh? Jawab dulu.”

           Arissa segera menyuap potongan blueberry cheese cake ke dalam mulut sahabatnya itu. Kedengaran telefon Amani berbunyi nyaring. Segera gadis itu mencapai telefonnya itu. Gadis itu melihat nama Syafiqah terpampang di situ. Lantas dijawab panggilan gadis tersebut. Arissa memandang gelagat sahabatnya itu. Macam-macam mimik muka ditunjukkan. Langsung tak berubah. Masih sengal seperti dahulu. Macam budak-budak jugak.

“Oh! Kau dah sampai? Bagus bagus. Bintang ada tak? Lagi bagus. Kitorang dekat Starbuck ni. Cepatlah. Ada cerita baik punya,” Amani. Beberapa saat kemudian dia menamatkan panggilan. Arissa mengangkat keningnya. Aik? Diorang nak datang? Apasal tak text aku pun? Wuu. Aku dipinggirkan buat sekelian kalinya.
  
          “Rissa. Fiqah dengan Bintang nak join kita. Okay tak?” Soal Amani.

           “Aku tak ada hal. The more the merrier. Lagipun dah lama tak keluar sama-sama ni,”Arissa tersengih. Dia menikmati makanan yang tersedia di hadapannya itu dngan penuh selera. Amani ketawa. Makan banyak-banyak pun tak gemuk. Beruntung sungguh kawan aku seorang ni!
  
          Kelihatan dua orang sahabatnya muncul sambil mengangkat tangan. Amboi. Melawa sakan. Macam orang nak pergi date pulak gayanya. Arissa dan Amani turut mengangkat tangan kepada mereka. Dari jauh dah nampak senyuman lebar gadis berdua itu. Macam iklan colgate pun ada!

“Yo! Lama tak jumpa! Hidup lagi kau ye?” Soal Amani kepada sahabatnya, Bintang. Nama glamour. Nama tak glamour Abby. Bintang dan Syafiqah saling bersalaman dengan sahabat yang sudah lama tak jumpa itu.

“Kalau aku dah mati tak adalah depan mata kau ni, Amani. Mulut jangan masin. Aku ni dah lah tak kahwin lagi,”Bintang menyiku Amani yang jauh kecil daripadanya. Syafiqah ketawa kecil. Dia duduk di di kerusi bersebelahan dengan Arissa manakala Bintang, bersebelahan dengan Amani.

            “Cakap pasal kahwin, ni kawan kita sorang ni dah kahwin dah. Tak ajak kita pun,”Amani membuka topik. Arissa memegang kepalanya. Aiseyman! Dah tak boleh nak elak dah ni! Matilah aku.

Terkejut dua sahabatnya yang baru sampai itu.

“Amboi! Kawan ke macam ni. Kahwin senyap-senyap tak bagitahu. Sampai hati kau kan, Rissa. Yang Ammar tu pun satu. Haram tak jemput. Hari tu aku jumpa dia tak mention apa-apa pun?” Syafiqah bersuara. Dia memandang muka Arissa yang sudah lain macam. Arissa mengeluh. Tak sangka dia akan mengucapkan ayat yang sama buat sekali lagi.

“Amani, Fiqah, Bintang. Aku nikah dengan lelaki lain. Bukan dengan Ammar.”

           “What??” Terkejut Syafiqah dan Bintang dibuatnya. Haish dulu bukan main bercinta dengan Ammar. Tiba-tiba kahwin dengan orang lain. Apa dah jadi ni? Sungguh musykil. Kena tanya ni!

           “Nah tengok sendiri gambar kahwin aku ni kau korang tak percaya,” Arissa menghulurkan Blackberrynya ke tangan Bintang. Gambar-gambar perkahwinan diteliti satu persatu. Terkedu ketiga-tiga sahabatnya itu.

“Ini bukan kau punya gay boyfriend, si Adrian tu ke?” Soal Bintang musykil. Arissa menggaru kepalanya yang tidak gatal itu sebelum mengangguk.

“Habis tu si Ammar tu macam mana?” Soal Amani.

“Aku clash dengan dia.”
  
          “Sebab apa? Sebab kau curang eh?”Syafiqah pula menambah perisa.

“Sebab tak boleh nak go on. Kenapa tiba-tiba aku rasa macam korang attack aku je ni?” Soal Arissa. Dia menyedut minuman. Dia memandang ketiga-tiga sahabatnya yang tidak sabar mendengar penjelasannya.
Seorang pelayan datang untuk mengambil pesanan dua gadis itu. Kacak orangnya. Akheer nama yang tertera di name card jejaka tinggi lampai itu.

            “Can I take your order, ladies?” Soalnya penuh sopan. Dahlah kacak, sopan pula tu. Mata Syafiqah tak berkelip dari memandang pemuda itu. Amani perasan dengan kelakuan sahabatnya yang manis itu lalu segera dia menepuk bahu gadis tersebut. Terkejut sebentar gadis itu. Syafiqah tersenyum. Bintang membelek menu yang baru dihulurkan padanya. Entah apa aku nak minum ni. Panas!

“One Java Chip Frappuccino. Fiqah kau pulak?” Soal Bintang kepada Syafiqah selepas memesan minuman. Syafiqah tersenyum malu. Kacak pulak mamat ni!

“Double Chocolaty Chip Frappuccino.”

Setelah selesai memesan, pelayan tersebut beredar. Gadis-gadis itu saling berpandangan. Menyambung kembali perbualan sudah terhenti setengah jalan. “Actually kitorang tak kisah kau kahwin dengan siapa pun. Janji kau bahagia. Tak gitu kawan-kawan?”Soal Amani. Kedua-dua Bintang dan Syafiqah mengangguk. Arissa tersenyum hambar. Bahagiakah aku?

           “Thanks babes. I appreciate it so much.”

0 comments:

myfreecopyright.com registered & protected
Transparent Green Star