Kejora Cinta Adrian Part 39

            Malam itu Adrian tidak dapat melelapkan matanya. Hatinya gusar, gelisah apabila teringat akan kejadian tengahari tadi. Seingatnya dia cuma membelikan sejambak mawar merah dan sekotak coklat buat isterinya. Bagaimana pula ada sekotak lagi hadiah asing berada di antara hadiah-hadiahnya? Siapa yang beri? Bermacam-macam persoalan timbul di pemikirannya. Hilang terus seleranya tengahari itu. Mungkinkah itu pemberian sweetheart, lelaki jahanam itu?

Adrian menghirup udara segar di balkoni rumahnya, merenung nasib. Malam itu, dia tiada keinginan untuk bemesra dengan sang isteri. Tawar hati. Kopi panas di dalam cawan dihirupnya perlahan. Jutaan bintang di langit diperhatikan. Kalau dibilang, mungkin sebanyak itu cintanya pada Arissa.

Mungkin ke bunyi loceng yang aku dengar tadi tu menunjukkan hint yang jantan tu datang ke rumah? Aku tak faham apa lagi yang dia nak dari isteri aku.

“Ryan…” Kedengaran suara si isteri. Adrian menoleh ke belakang lalu menguntum senyuman kepada Arissa. Dia tidak mahu isterinya itu tahu yang dia sedang berdukacita. Arissa mendekati Adrian lalu tangannya digenggam pemuda itu. Adrian kemudiannya menarik tubuh si isteri untuk melabuhkan punggung di atas pehanya. Arissa hanya mengikuti sahaja. Gadis itu melabuhkan tangannya di atas bahu Adrian.

“Dah pukul dua, kenapa you tak tidur lagi? Ada masalah ke?” Arissa memandang suaminya yang hanya bersinglet dan berseluar panjang. Adrian menggeleng. “Tak boleh tidur. Kenapa you bangun? Rindu dekat I ye?” Adrian mencuit hujung hidung Arissa yang kecil tetapi mancung itu. Arissa menggeleng. Adrian menjegilkan matanya. Tak nak ngaku konon!

“I tahu, you mesti tengah gatal ni.. Mesti nak tidur peluk-peluk dengan I kan? Eleh, tengok muka dah merah. Kan betul tuu..” Makin menjadi-jadi usikkan Adrian lalu dihadiahkan satu tamparan di dadanya. Arissa bangun dan menarik tangan si suami menuju ke  kamarnya. Adrian hanya mengikuti langkah Arissa.

Aku akan buat kau lupakan jantan tu Arissa. Walau macam mana susah pun pasti aku akan buat kau lupakan dia. Kau hak aku seorang. Aku tak mahu berkongsi kasih. Aku bukan dayus. Aku akan pastikan kau milik aku seorang, sayangku.

*    *    *

            Satu pertemuan rahsia sedang berlaku di sebuah restoran membabitkan Ammar dengan seorang gadis. Pertemuan yang merancang seribu rancangan memusnahkan hidup sahabatnya. Cheryl, bekas kekasih Adrian sudahpun tiba dari Amerika. Hanya satu tujuan kedatangan gadis berambut blonde itu iaitu untuk memisahkan Adrian daripada isterinya.

Meja dihentak kuat. Datangnya dari buku lima si gadis tinggi lampai seakan model itu. Ammar terkejut. Baru sahaja dia membuka mulut, Cheryl-Ann dah mula naik angin. Patutlah Adrian tak tahan dengan prangai panas baran tak bertempat gadis tersebut. Cepat sangat emosi.

“What do you mean by ‘he’s married’??” Cheryl dengan nada tinggi. Hampir seluruh pengunjung restoran tersebut mengerling ke arahnya, namun tidak diperdulikannya langsung. Bukan itu yang menjadi keutamaannya sekarang.

“Yes. Adrian. He’s married.”

“But how? He never told me anything! No wonder he kept avoiding me for past few month! That bastard should learn a lesson!” Kasar sungguh bahasanya. Sakit telinga Ammar.

“Relax. Nothing will ever solve if you keep yelling like this. Let’s make a plan. I want to know something. Do you still want him?”

Cheryl mengeluh. Selepas itu dia mengangguk lemah. Tak mungkin dia lupakan lelaki kacak berdarah kacukan yang berjaya menambat hatinya sejak bebrapa tahun lepas. Betapa susahnya untuk dia memikat Adrian, mana mungkin dia menyerah kalah begitu sahaja.

“Okay. Let me see. I think i have an idea. A brilliant idea.”

Kata-kata Ammar menarik minat Cheryl. Gadis itu menongkat dagu, mendengar rancangan jahat Ammar terhadap sahabatnya sendiri. Saat ini tak kisahlah walaupun dia sudah berkawan dengan Adrian untuk belasan tahun sekalipun. Janji dia dapat apa yang dihajatnya di hati. Biarpun terpaksa meyakitkan Adrian.

*       *

            “You..! Malulah! Semua orang pandang kita..!” Ujar Arissa. Terasa mahu menyorokkan mukanya di celah ketiak Adrian saat itu. Adrian tersenyum lebar. Arissa yang asyik berkepit dengannya dipandangnya sekali sekala. Mata-mata di mall tersebut melekat ke arah pasangan muda itu. Mereka mengenakan baju yang sama. Baju couple yang biasanya remaja-remaja pakai sedondon dengan buah hati masing-masing. Arissa merendahkan pandangannya. Dah berumur macam tu mana ada orang pakai lagi. Kalau umur belasan tahun boleh diterima lagi. Patutlah Adrian beria-ia mahu dia memakai baju putih bergambar hati tersebut. Tulisan di baju Adrian tertulis ‘Addicted to HER’ dan Bajunya pula tertulis ‘Addicted to HIM’. Sungguh terang lagi bersuluh mahu menunjuk.

Malu! Dia ingat kitorang ni apa? Budak sekolah ke nak pakai baju macam ni??

“You nak malu kenapanya? You patut berbangga you dapat suami sekacak I. Diorang pandang sebab kita berdua ni nampak sepadanlah.” Seloroh Adrian. Beberapa orang budak perempuan sekolah sudah lembik lutut melihat ketampanan Adrian. Nak nak pula bila Adrian tersenyum ke arah mereka. Kalau boleh mahu diekori lelaki kacak itu.

“Kacak tapi bingai. You trick I! Tak kira I nak beli baju sekejab lagi! Tak nak pakai baju macam ni!” Bentak Arissa. Rambut panjangnya dilurut kedepan, menutup sedikit sebanyak tulisan di bajunya. Entah bila entah aku addicted dekat mamat ni. Kalau bab malukan orang memang nombor satu! Tak pernah berubah! Eeiii!

“You malu eh kalau orang tahu I ni husband you? Tak apalah. Kejab lagi I belikan you baju lain. Nanti kalau orang tahu, you jugak yang tebal muka dapat husband macam I..” Dah keluar ayat sedih Adrian. Arissa mula rasa serba-salah. Tak sangka pulak Adrian kecil hati dengannya.

“Sorry..”

“No biggie. Plus, it’s not your fault. I yang terhegeh-hegeh nak pakai couple-t ni. Okay, jom masuk sini. Kita belikan t-shirt baru untuk you,”Adrian menarik isterinya. Arissa tidak berganjak, membuatkan pemuda tampan itu tidak dapat meneruskan langkahnya. Arissa mengembungkan pipinya yang gebu itu.

 “Tak apalah. Tak payahlah beli..” Ujar Arissa perlahan, hampir tidak boleh didengari. Adrian memandang manusia yang lalu-lalang sambil tersengih. Dia tahu mereka sedang melihat gelagat comel isterinya. Beberapa remaja koleh melintasi mereka, masing-masing ralit melihat Adrian yang tampan itu. Adrian spontan menunjukkan isyarat ‘peace’ kepada mereka. Lembik lutut gadis-gadis berkenaan dibuatnya. Arissa menampar dada suaminya yang seakan tidak memberi sepenuh perhatian kepadanya.

“What..? Kenapa pukul I? Sakit tahu tak!” Gerutu Adrian dia lantas meninggalkan Arissa tercegat sendirian di situ. Arissa belari anak menuju ke arahnya. Dia yang merajuk, dia pula yang terpaksa memujuk! Tak adil! Tak adil!

“Hodohlah you merajuk..” Usik Arissa. Adrian mencebikkan wajahnya. Comel!
“Tadi dahlah you malu ada husband macam I. Sekarang you cakap I hodoh pulak. You ni memang tak reti bersyukur tahu tak?”Ngomel Adrian, merajuklah kononnya. Arissa tertawa kecil, Adrian mengerlingnya.

“Ap..!” Belum sempat Adrian menghabiskan ayatnya Arissa menarik pipi si suami. Terkedu Adrian dibuatnya.

“You ni lately sensitive sangat tahu tak? Kenapa? You datang bulan eh?” Seloroh Arissa.

“Datang bulan? Apa tu?”Soalnya bingung.

“Tak tahu sudah.”

“Alaa bagitahu lah…” Adrian menarik tangan Arissa.


Datang bulan pun tak tahu? Takkan suci sungguh otak mamat ni?

“Tak nak..” Arissa beredar perlahan. Hari ini dia mahu shopping puas-puas, nak habiskan duit Adrian. Sudah lama dia tidak membeli pakaian dan eksesori dirinya.

“You! Tunggulah I!” Adrian segera mendapatkan Arissa lalu ditarik tangan gadis itu lalu jari-jemari gadis dipaut rapat. Seronok rasanya apabila dapat meluangkan waktu hujung minggu bersama isteri tercinta. Bebas dari sebarang tekanan.


myfreecopyright.com registered & protected
Transparent Green Star