Kejora Cinta Adrian Part 5

            Pertemuan dua sahabat itu kini menjadi sepi. Tiada kata yang terhambur daripada mulut masing-masing. Adrian berasa bersalah mengenangkan dia telah melukakan hati salah seorang sahabat yang paling baik pernah dia temui. Arissa tidak seharusnya dimalukan sebegitu olehnya. Namun, apa yang dihasratkan hatinya adalah lebih penting. Dia tidak akan mencintai sahabat baiknya sendiri , apatah lagi menjadikan Arissa sebagai isterinya. Pemuda itu tidak mahu melukakan hati gadis jelita itu. Dia tidak mahu hubungan jangka panjang itu  membunuh hati orang yang tidak dicintainya itu.

            “Sorry,” satu perkataan terpacul keluar dari mulut Adrian. Saat itu Arissa menggeleng. Dia tidak menyalahkan pemuda itu. Dia tahu, pemuda itu tidak mampu memberikan kebahagiaan kepadanya kelak. Terselit sedikit kesyukuran. Gadis itu pasti, dia akan mendapat jodoh yang lebih baik daripada Adrian Zareth.
“Baguslah kalau kau berterus-terang. Aku yakin, lelaki poyo macam kau ni tak akan bahagiakan aku. Lagipun aku bukannya ada perasaan pada kau. So aku tak adalah rasa macam ditinggalkan bila kau tak setuju nak teruskan perkahwinan ni,” Arissa cuba menyembunyikan perasaannya daripada terus dibaca oleh Adrian. Dia tidak mahu kelihatan seperti seorang perempuan yang terlalu mengharapkan sesuatu. Gadis itu ketawa kecil. Menggoyangkan kakinya yang tidak mencecah tanah itu. Adrian memandang sahabatnya itu. Tiba-tiba tangannya memegang kepala gadis tersebut. Arissa pelik dengan kelakuan Adrian. Pemuda itu kemudiannya menarik gadis itu dan mencium kepalanya. Tergamam Arissa tatkala itu. Apa maksud di sebalik ciuman Adrian itu? Tanda terima kasih?
  
          “Kau tahu tak Arissa? Aku rasa kaulah sahabat terbaik yang pernah aku ada. Walaupun aku tak kahwin dengan kau, aku harap tak akan nada jurang antara kita berdua.  Hope you still be my bestfriend,Adrian tersenyum. Arissa akhirnya memahami maksud ciuman lelaki itu. Jantungnya berdegup kencang tanpa sebab. Gadis itu bangun dari duduk dan mengadap Adrian.

            Sure! Why not? Setakat hal sekecil ni tak adalah sampai nak musnahkan persahabatan kita. Aku tak rasa apa pun. Chill lah.!” Gadis itu tertawa kecil. Adrian turut bangun. Dia masih berasa tidak senang dengan tingkahlaku gadis itu yang kelihatan seakan-akan menyembunyikan perasaan kecewanya.

*   *   *
            Datin Zaraa mengetuk pintu bilik anak gadisnya yang bernama Arissa Azzalea. Sejak semalam gadis itu terperuk di dalam biliknya, enggan keluar. Wanita tersebut risau jika terjadi sesuatu kepada gadis itu. Arissa tidak akan bersikap sebegitu sekiranya tiada perkara yang bercelaru di fikirannya. Gadis itu pastinya sedang runsing. Ibu kepada tiga orang anak itu mengetuk pintu bilik Arissa berkali. Sudah seharian gadis itu tidak menjamah apa-apa.

            “Rissa..! Bukalah pintu ni. Rissa ada apa-apa ke? Dah seharian Rissa tak keluar bilik. Tak lapar ke? Mama ada masak makanan kegemaran Rissa ni. Rissa? Bukalah..” Pujuk ibunya. Arissa masih berdiam diri, membuatkan wanita itu makin risau. Bermacam andaian buruk yang berada dalam fikirannya. Segera wanita itu turun ke bawah, mencapai telefon, ingin menghubungi suaminya.

           “Abang, Arissa tak mahu buka pintu. Dah seharian dia berkurung dalam bilik. Zaraa risaulah kalau ada apa-apa yang buruk terjadi pada dia. Abang baliklah cepat,” Datin Zaraa mengadu kepada suaminya berkenaan hal Arissa. Kedengaran tawa Dato’ Iskandar di hujung talian. Lelaki itu menyuruh isterinya menggunakan kunci pendua yang telah disimpan di dalam laci di bilik mereka. Di situ terdapat kunci yang dapat membuka bilik anak gadisnya. Dia juga mengatakan yang dia tidak dapat pulang awal kerana ada beberapa lagi mesyuarat yang perlu dihadirinya pada hari tersebut. Datin Zaraa tersenyum. Dia tidak terfikir pula mengenai kunci pendua yang ada di dalam biliknya itu. Setelah memberikan salam dan mengucapkan selamat tinggal, wanita itu segera berjalan masuk ke dalam bilik tidurnya. Dia kemudiannya menuju ke arah almari yang diperkatakan oleh Dato Iskandar sebentar tadi. Kunci pendua bilik Arissa dicapainya. Wanita itu segera melangkah menuju kamar tidur puteri bongsunya.
  
          “Kalau Rissa tak mahu buka pintu tak apa. Mama ada kunci,” Bebel wanita berusia empat puluh lima tahun itu. Kemudian dia memasukkan kunci ke dalam tempatnya lalu memulas tombol kamar tidur anaknya itu. Saat kakinya melangkah wanita itu terpana melihat keadaan bilik anaknya yang berselerak. Barang-barang kelihatan bertaburan di atas lantai. Adakah Arissa mengamuk dan memecahkan barang-barang peribadinya? Kelihatan Arissa terperuk di penjuru biliknya.

“Rissa, apa yang dah jadi ni..?” Soal Datin Zaraa dengan wajah yang hairan.
           
           Wanita itu perlahan-lahan melangkah ke arah anak gadisnya itu. Sampainya dia di situ, janggannya yang lembut menyentuh bahu Arissa. Wanita itu agak gementar kerana ini kali pertama Arissa berkelakuan sebegitu rupa. Tidak pernah sekalipun gadis itu mengamuk sehingga habis pecah barang-barang di dalam kamarnya. Mata kuyu wanita itu memerhatikan anaknya yang langsung tidak mahu menunjukkan wajahnya. Keluhan terbit di hujung bibirnya. Wanita itu kemudiannya bangun dan menuju ke arah tingkap. Sudah jam empat petang namun, bilik gadis itu masih gelap tanpa cahaya. Langsir tebal di jendela ditarik. Saat itu cahaya serta-merta  menerangi bilik gadis berusia 21 tahun itu.
           
             Datin Zaraa dapat melihat betapa berseleraknya tempat tersebut. Wanita itu mengutip barang-barang yang bersepahan di atas lantai. “Apa yang tak kena dengan Rissa ni? Sampai macam ni sekali buat perangai. Mama tak suka okey? Mama tengah cakap dengan kayu ke? Dah tak ada mulut nak menjawab ke?” Soal ibunya.  Wanita itu memalingkan wajahnya, memandang Arissa yang masih membisu. Seketika kemudian, wanita itu memanggil orang gaji kediamannya masuk ke bilik Arissa.

           “Kemaskan bilik Arissa ni ye, Mila. Mana yang dah pecah tu awak buang ajelah. Anak saya ni dah gila agaknya,”Ujar Datin Zaraa kepada orang gajinya yang bernama Karmila. Wanita berusia tiga puluhan itu mengangguk. Dia segera keluar untuk mendapatkan penyapu dan alat-alat untuk mengemas.
“Rissa, beritahu apa yang dah jadi pada mama. Mama tak nak anak mama ni buat perangai macam ni,” Datin Zaraa mengusap kepala anaknya. Arissa bergerak sedikit. Kemudian gadis itu membuka matanya. Terasa perit dek penangan cahaya yang menyinari matanya. Rupanya gadis itu sedang tidur semasa wanita itu sibuk menyuruhnya membuka pintu.
  
          “Mama..? Apa yang mama buat dekat bilik Rissa ni..?” Soal gadis jelita itu. Dia menguap lalu menggeliatkan badannya yang terasa sakit. “Apa yang dah jadi? Apasal Rissa selerakkan bilik?” Soal si ibu. Arissa terkejut apabila disoal sebegitu rupa. Saat itu matanya yang mengantuk segera terang. Dia memandang biliknya yang berselerak. Gadis itu menepuk dahinya. Dia terlupa akan apa yang telah dilakukannya semalam. Arissa meminta maaf kepada ibunya. Dia tahu pastinya Datin Zaraa risau akan keadaannya yang tiba-tiba berubah sebegitu rupa.

           Sorry. Rissa tak sengaja,”Ujar gadis itu. Dia memicit kepalanya yang terasa sakit. Dia mulai teringat akan perlakuannya yang di luar kawalan itu. Dia ternyata kecewa apabila Adrian tidak mahu meneruskan perkahwinan yang dirancang dua keluarga itu. Dia sudah mulai menaruh harapan terhadap Adrian. Terasa tercalar sedikit maruahnya. Dia cuba untuk tidak menunjukkan kekecewaannya pada Adrian. Arissa tidak tahu apa yang harus dijelaskan kepada kedua-dua ibubapanya. Pastinya mereka akan turut kecewa dengan keputusan Adrian yang disifatkan sebagai mementingkan diri itu.

           “Apa yang jadi?” Soal si ibu. Dia menggeleng. Arissa enggan memberitahu mengapa dia berkelakuan sebegitu. Gadis itu segera bangun dan mencapai tualanya. Kemudian, segera dia memasuki kamar mandi. Ditinggalnya Datin Zaraa terkontang-kanting keseorangan. Wanita itu menggelengkan kepalanya tanda pening mengenangkan perangai anak gadisnya yang tidak menentu itu.

           Tiba-tiba kedengaran lantang bunyi ringtones telefon bimbit gadis itu. Terkejut Datin Zaraa dibuatnya. Wanita itu mencari dari manakah datang bunyi telefon bimbit tersebut. Selimut tebal di katil anaknya itu ditarik. Kelihatan Blackberry gadis tersebut di atas bantal. Segera dicapai telefon berkenaan. Kelihatan nama dan gambar Adrian tertera di skrin telefon bimbit berkenaan. Datin Zaraa tersenyum. Itulah pemuda yang akan menjadi menantunya tidak lama lagi. Wanita terbabit menekan butang ‘jawab’.

        Hey, babe! Nak keluar tak petang ni? Jom, aku belanja kau makan..!” Kedengaran suara riang Adrian. Datin Zaraa tersengih. Adrian pastinya tidak menyangka yang ibu kepada gadis berkenaan yang menjawab panggilannya.

“Ryan. Ni mama Arissa lah,” Kata si ibu. Kedengaran Adrian berdehem, memperbaiki nada suaranya.
  
          “Erk.. Rissa mana, auntie? Sorry.. Ryan tak sangka yang auntie yang jawab..”

“Arissa tengah mandi. Ryan datanglah jemput Arissa dekat rumah. Ryan gembirakan Arissa. Bawa dia keluar bersiar-siar. Auntie tak tahulah apa tak kena dengan Arissa. Dua tiga hari ni dia nampak macam stress,Ujar Datin Zaraa. Adrian terdiam. Dia tahu mengapa Arissa Azzalea berkelakuan sebegitu.

0 comments:

myfreecopyright.com registered & protected
Transparent Green Star