Kejora Cinta Adrian Part 42

            “Serius aku tak tahu macam mana Cheryl tahu dekat mana aku ada sekarang. Aku tak tahu macam mana dia boleh kenal Arissa dan tahu semua pasal life aku. Aku rasa tension kau tahu tak? Tak pasal-pasal tadi dia pengsan kat mall. Shock sangat agaknya,” Adrian dengan pemanggilnya. Tangan kanan sibuk memegang senduk  mengacau bubur ayam yang dibuat khas untuk Arissa.

“Arissa pengsan? Eh? Kenapa? Sakit apa pulak?” Kedengaran nada cemas Ammar Wafidi hujung talian. Sebelah kening Adrian terangkat. Haih. Apasal dia pulak yang cemas ni? Bukan bini dia,bini aku kan..

“Entah. Aku pun tak tahu. Tiba-tiba datang dekat aku marah-marah then tak sampai beberapa saat dia terus rebah. Nasib baik aku sempat sambut. Kalau tak, memang cium lantai dah. Terkejut gila aku time tu. Macam nak luruh jantung aku dibuatnya.”

So sekarang dia macam mana? Okay dah? Dah bawak pergi hospital?” Beria-ia Ammar menyoal. Sedikit sebanyak membuatkan Adrian berasa pelik dengan tingkah laku sahabatnya itu.

“Pergi klinik je. Doktor kata dia just terkejut je.”

Kedengaran helaan nafas panjang Ammar, lega.

“Kau kenapa risau sangat ni?” Soal Adrian. Suis  dapur gas dimatikan. Dicapai satu sudu besar lalu dicedukkan sedikit, mahu merasai masakannya. Mana tahu sedap ke tidak. Nanti kalau tak sedap, orang sakit makin menjadi-jadi sakitnya. Em.. sedap pulak aku masak ni! Tahun depan dah boleh masuk Masterchef agaknya!

“Aku risau je. Entah-entah bini kau berbadan dua tak?” Ammar mengutarakan pendapatnya. Terselit seribu rasa risau jika mulutnya masin. Makin nipis peluangnya jika Arissa mengandungkan anak Adrian!

“Aduh! Panas!” Spontan Adrian apabila bubur yang panas itu menerpa masuk ke lidahnya. Terkejut dengan kata-kata drastik Ammar itu. Mungkinkah? “Kau rasa macam tu ke?”

“Entah. Aku teka je. Eh kau dengan Arissa dah tu ke?” Jangan! Jangan! Jangan!

            Satu senyuman lebar tiba-tiba terukir di hujung bibir Adrian. Mungkin ada benarnya juga pendapat sahabatnya itu. Mungkin Arissa sudah berbadan dua, mengandungkan anak sulung hasil perkahwinan mereka berdua.

Kalau masin mulut Ammar aku akan jadi seorang ayah tak lama lagi. Wahh.. Terujanya aku..! Aku akan ada baby tak lama lagi. Bagusnya! Tak sabar nak menimang anak. Aku akan jadi ayah yang paling cool dalam muka bumi ni..

Hello? Ryan? Kau ada kat situ tak?” Panggil Ammar, menyentap lamunan ‘bakal bapa’ itu. Terpinga-pinga si pemuda. Kacau betul! Baru nak berangan!

“Ada. Okaylah. Aku ada kerja sikit ni. Nanti apa-apa hal aku contact kau semula okay? Bye!” Segera Adrian mematikan talian. Tiba-tiba perasaan teruja menguasai diri. Kalau diikutkan hati mahu sahaja dia bersorak. Dia tidak sabar untuk menjadi seorang bapa, walaupun entah betul atau tidak tekaan Ammar tadi.
Adrian segera mengambil mangkuk dirak bersebelahan dengan sinki lalu menuangkan isi bubur ke dalamnya. Kemudian, dia mencapai dulang dan secawan hot chocolate yang dibuatnya sebentar tadi. Diletakkan  mangkuk tersebut di atas dulang. Bibir tersenyum. Kadang-kadang jadi suami prihatin ni nampak macam cool aje!

            Perlahan,kaki melngkah menuju tingkat atas. Anak tangga dipanjat berhati-hati, memastikan isi dulang tidak tumpah. Huh! Macam butler pulak rasanya!

Sesampainya di hadapan bilik, Adrian menolak pintu bilik dengan bahunya. Kelihatan Arissa sedang mengadap laptop yang berwarna pink terang miliknya. Adrian mengerutkan dahinya. Dia sangkakan Arissa sedang berehat.

“Kenapa you tak rehat? Kan I dah suruh you tidur tadi?” Dulang diletakkan di atas meja kecil bersebelahan dengan katil.

“Tak mengantuk.”

“Risau lagi?” Lalu Arissa menggeleng.

Online apa tu?” Soal Adrian. Arissa cepat-cepat menekup skrin laptopnya.

            “Nothing.”

Adrian berdehem. Pemuda itu mencapai dulang yang berada tak jauh daripadanya lalu diletakkan di atas tilam, berhadapan dengan isterinya.

I masakkan bubur untuk you..” Ujarnya. Dia melirikkan matanya yang cantik ke arah Arissa Azzalea. Arissa langsung tidak memandangnya. Segera gadis itu mengalihkan laptopnya dari penglihatan Adrian.

“Tak naklah. Tak laparlah.”

Bulat mata Adrian. Amboi! Orang dah susah-payah masak dia tak nak makan pulak? Ini namanya tidak bersyukur!

“Eh apa pulak tak nak makannya? Makanlah. You kena ingat you tu tak sihat.”

“Dah kalau I tak nak makan jugak you nak buat apa? Paksa I telan makanan yang you buat tu ke? Tak kuasa I. Entah apa yang you letak dalam tu,” sindir Arissa. Adrian terkesima mendengar kata-kata yang baharu sahaja terhambur keluar dari mulut si isteri. Entah mengapa terasa pedih di dalam hatinya. Sudahlah hampir beberapa jam dia cuba menyiapkan bubur tersebut di dapur, mencari resepi dan tangannya sudah beberapa kali melecur dibuatnya. Kalau tidak kerana dia sayang kepada gadis itu pastinya dia tidak akan memperbodohkan dirinya untuk turun ke dapur.

“Sudahlah Arissa. Kalau you tak nak tak apa.” Adrian menarik kembali dulang tersebut. Dia tidak mahu menambahkan rasa sakit hatinya ketika itu. Tidak mahu bertekak hanya kerana semangkuk bubur ayam. Pemuda itu bangun lalu menuju ke pintu, mahu keluar dari kamar tersebut.

“Memang I tak nak pun. Entah-entah beli dekat luar cakap masak sendiri.”

Adrian memejamkan matanya lalu menarik nafas panjang-panjang. Hilang segala perasaannya yang teruja tadi. Kini Arissa hanya menambahkan pedih yang dirasakannya itu. Keluhan berat dilepaskan sebelum pemuda itu melangkahkan kaki beredar dari bilik tersebut.

            Telefon bimbit pemuda itu tiba-tiba kedengaran sewaktu pemuda itu menuruni anak tangga menuju ke dapur. Bergetar-getar Blackberry tersebut di dalam poketnya sambil ringtonenya nyaring menjerit.
Hish! Siapa pulak yang call ni!

Segera pemuda itu meletakkan dulang ke meja makan. Diseluknya poket jeans lusuh miliknya. Dahi berkerut melihat nama yang tertera di skrin.

Perempuan jahat ni!

“What do you want huh?”

“I want you to leave her and follow me back to America!”

“Seriously you are sick! Never! Ever!”Adrian meninggikan suaranya. Apa lagi yang Cheryl mahukan selain menganggu hidup dan rumahtangganya?

“I love you and I don’t want that stupid bitch ruin all I have!”

Meremang bulu tengkuk Adrian mendengar panggilan kasar Cheryl terhadap isteri tercintanya. Amarah yang terpendam sejak tadi mula meletus.

“For your information, I’m not yours! And here’s the deal. Repeat your sentence about my wife in front of the mirror. Then you will know who exactly you are.”

“I don’t care. I want to meet you or else I will make your wife pay all the price of having a husband like you.”

“Okay.”Ringkas Adrian. Dia sudah muak untuk bertekak dengan Cheryl.

“Okay?”Cheryl separuh tidak percaya.

“Tell me where and when. We have to settle down this problem immediately.”

“Okay. Let’s meet at…”Cheryl memberikan alamat di mana mereka berdua bakal berjumpa. Adrian menarik nafas dalam-dalam. 

Aku rasa tak sedap hati..

14 comments:

Anonymous at: November 16, 2011 at 9:51 PM said...

Adrian, please don't go!

Unknown at: November 16, 2011 at 9:57 PM said...

Writer
cepat2 sambung k?

Benci sangat lah sama watak Ammar wafi ni

Bintang Asterisk at: November 16, 2011 at 9:58 PM said...

ANONYMOUS: HAHA. got to go jugak.

Bintang Asterisk at: November 16, 2011 at 9:59 PM said...

AYIE: HAHA! insyallah Bintang akan sambung cepat-cepat.

oh jangan benci nanti sayang. kahkahkah

zuzu at: November 16, 2011 at 10:33 PM said...

best sangat2..
keep it up..!!
bintang cepat2 la sambung k
dah xsabar nie..haha

Salina Azni at: November 16, 2011 at 10:54 PM said...

dh azali cite, hero akan p jumpa x-gf dia n x-gf akan perangkap dia... harap2 cite ni tk sama dgn cite2 yg biasa kita baca tu... at least adrian bawa arissa ke...

evy at: November 17, 2011 at 2:26 AM said...

mungkin betul la Arissa pregnant....hrp2 Adrian baik2 sj...apa la dpt x gf psiko n bf pun betray dia..kesian..

Bintang Asterisk at: November 17, 2011 at 5:19 PM said...

ZUZU: HAHA!insyaAllah Bintang akan cuba sambung cepat-cepat. Thengkaseh support Bintang. You're OHSEM!

Bintang Asterisk at: November 17, 2011 at 5:21 PM said...

Salina Azni: HAHA! entahlah. macam tu je kot. Kalau tade turun naik and klimaks novel ni dalam part sepuluh gerenti dah habis. hehehe. Thengkaseh atas komen y memberangsangkan itu! Bintang hargai kesudian awak membacanya. =)

Bintang Asterisk at: November 17, 2011 at 5:22 PM said...

EVY: HAHA! Just wait and see dahlings. hehehe. after all dah baca dah kan part 1. No wonderlah awak boleh teka kan? =)

MimiAzhar at: November 17, 2011 at 9:38 PM said...

Wah , makin sayang kat KakBintang ! HAHA

Hopefully , happy ending :DD

Anonymous at: November 17, 2011 at 11:23 PM said...

best best..makin menarik...sambung cepat eh? thanks bintang..:)

Bintang Asterisk at: November 18, 2011 at 5:35 PM said...

MIMI AZHAR: hehehe. yeay! ada org sayang! insyallah.

Bintang Asterisk at: November 18, 2011 at 5:35 PM said...

ANONYMOUS: I'm the one who shoul say thaengkaseh. Thengkaseh sebab sudi baca novel Bintang. terharuuuu~

myfreecopyright.com registered & protected
Transparent Green Star