Kejora Cinta Adrian Part 44

          Gadis yang bernama Arissa Azzalea menghampiri Adrian Zareth, suaminya. Pemuda yang sedang lena dibuai mimpi. Sewaktu gadis itu tiba di rumahnya, kelihatan kenderaan milik si suami sudahpun terpakir di hadapan. Rambut coklat gelap milik Adrian dibelai lembut Arissa. Terbit rasa bersalah kerana asyik mencurigai perhubungan mereka berdua.


        “Bila you balik? Pergi mana tadi?” Adrian terjaga dari tidurnya. Matanya perlahan dibukakan. Pemuda itu menggosok matanya yang masih kabur itu. Tidak bermaya rasa tubuhnya hari itu. Nak bangun pun dah rasa malas sejak insiden Cheryl bertemu dengannya tadi.


“Keluar sekejab.”


Adrian bangkit sedikit lalu menyandarkan badannya di sisi katil. Dia menarik perlahan tangan isterinya yang jelita
.

         “You kan tak sihat? Jaga kesihatan you. Nanti apa-apa jadi nanti kan susah? Sini. Duduk sebelah I..” Adrian mengesot ketepi dan memberi ruang untuk Arissa duduk bersebelahan dengannya. Arissa mengikuti kata-kata suaminya. Terharu apabila Adrian masih melayannya dengan baik walaupun dia asyik menyakitkan hati pemuda tersebut.


“Kenapa you baik sangat dengan I walaupun dah banyak kali I sakitkan hati you?”Soal Arissa mencetuskan ketawa kecil di bibir Adrian. Pemuda itu mengadap si gadis lalu disentuhnya kepala Arissa dengan lembut. Jari-jemarinya mengelus rambut panjang milik gadis tersebut
.

“Sebab I cintakan you. Isn’t that obvious?”


“Tapi..!” 


         Bibir Arissa ditekup perlahan menggunakan dua batang jarinya. Bulat mata gadis itu. Adrian memandang isterinya.


Please. Jangan cakap apa-apa.”Adrian menarik kepala Arissa lalu dibenamkan ke dadanya. Dia tahu perkataan ‘tapi’ Arissa hanya akan mengoyakkan hatinya.



            “Seumur hidup I, I tak pernah rasa sayang, cinta macam ni sekali. Buat masa sekarang biarlah I macam ni okay? I bahagia walaupun you tak ada perasaan yang sama macam I. Just stay with me. I promise I will make you love me.” Adrian menarik nafas panjang. 


Arissa berdiam diri. 


Ini bukan lagi Adrian yang aku kenal dulu. Dia bukan lagi Adrian yang sering menyakitkan hati aku. Dia bukan lagi Adrian, budak Amerika yang kuat berfoya-foya. Dia bukan lagi lelaki macam tu. Kini dia suamiku. Lelaki terbaik yang tuhan anugerahkan padaku…


         Saat itu berlalu dengan indah sehinggalah tiba-tiba muncul satu panggilan dari nombor yang tidak dikenali. Arissa lantas menolak tubuh sang suami lalu mencapai alat komunikasi miliknya. Ditatap nombor di skrin. Tak lain tak bukan, Ammar Wafi yang menghubunginya. Gadis itu mengeling ke arah suaminya yang sudahpun bertukar riaknya.


Jangan jawab panggilan tu, Arissa, rintih hati Adrian Zareth.


I  keluar sekejab. Excuse me.” Arissa lantas melangkah keluar, meninggalkan si suami yang makan hati dek gadis itu.


Nampaknya aku ni bukan sesiapa di hati kau, Arissa. Ternyata kau lagi pentingkan lelaki itu dari aku.


Kali ini telefon pemuda itu pula berbunyi. Panggilan dari pejabatnya.


“Hello? Sorry saya tak hadir mesyuarat pagi tadi. Ada apa yang perlu saya tahu,Juwita?” Soal Adrian sebaik sahaja talian disambungkan.


         “Encik Adrian. Tuan pengarah nak jumpa dengan Encik esok. Pukul sepuluh pagi di pejabatnya. Boleh saya confirmkan yang encik akan datang?” Soal pembantu peribadi Adrian kepadanya. Adrian lantas mengangguk.

“Okay. Boleh. Juwita, I need your help. Book me a ticket to Italy. One ticket, business class, as soon as possible. I think I need a long break.” Adrian lagi.



            “Kenapa awak tiba-tiba call saya ni? Awak tahu tak saya nyaris-nyaris kantoi dengan dia?”Marah Arissa sebaik sahaja dia menjawab panggilan telefon dari Ammar Wafi. Suaranya dipelahankan takut didengar pula oleh Adrian Zareth.


“Awak risau sangat kenapa?”


“Risaulah! Nanti dia tuduh saya ada affair dengan lelaki lain dekat belakang dia!”


“That’s means he don’t trust you lah?”


“Shut up! What exactly do you want from me?”


“Jom keluar.”


“Gila ke awak ni? Pagi tadi awak makan panadol berapa biji? Dua puluh? Gila apa nak ajak isteri orang keluar!”


“Suami awak tu boleh je keluar dengan perempuan lain?”


“What..?”


“Kenapa? Marah sebab saya tuduh suami kesayangan awak tu?” Bernada perli, menambahkan sakit hati Arissa terhadapnya. Kalaulah lelaki itu ada didepan mata pasti ditamparnya wajah lelaki itu tanpa belas kasihan. Biar dia rasakan peritnya penangan seorang isteri!


“Arissa. Stoplah jadi bodoh. Awak tahu tak semua yang kita tengok tadi tu hanya lakonan? Awak tahu tak yang suami awak tu tahu kalau awak ada dekat situ?”


“Ammar! Sekali lagi awak pandai-pandai nak tuduh, jangan harap saya nak jumpa awak sampai saya mati!”


“Awak ni tak boleh terima hakikat ke yang suami awak langsung tak cintakan awak? Arissa jangan jadi buta!”


Arissa mengenggam jari-jemarinya rasa amarah. Air mata sudah bertakung, menunjukkan betapa sakitnya hatinya ketika itu.Ammar memang keterlaluan!



“Awak dekat mana?” Soal Arissa. Dia mahu menyelesaikan masalah yang sedang berlaku. Dia tidak mahu Ammar Wafi terus bersangka buruk terhadap suaminya.


“Dekat rumahlah. Kenapa? Nak ajak saya keluar? Boleh. Dekat tempat biasa. Café Batista.”


“Okay, setengah jam lagi saya sampai.”


“Gembiranya saya awak sudi nak keluar dengan saya.”


“Saya bukan nak keluar dengan awaklah..!”


“Tak kisahlah. Janji bukan datang bersama suami tersayang awak tu.”


“Kita kena settlekan masalah ni. Jangan terlewat.”


Okay darling. Bye!


Segera Arissa mematikan talan. Dia meengus kecil. Kebelakngan ini emosinya sering terganggu. Ada apa masalahkah yang terjadi kepadanya?


 Tas tangan dicapai. Gadis itu meninjau sekeliling, melihat kalau-kalau suaminya ada berhampiran. Setelah keadaan nampak terkawal, segera gadis itu menurun tangga, menuju ke kenderaannya. Dia mahu menyelesaikan masalahnya dengan Amar Wafi yang tak habis-habis meracuni pemikirannya.


Saat sahaja gadis itu berlalu, pint bilik dikuakkan Adrian. Naik merah wajah pemuda itu menahan perasaan.

Tak sangka Arissa akan bertemu dengan lelaki yang sering menganggu ketenangan rumahtanganya itu. Akhirnya Adrian membuat keputusan untuk mengekori langkah iserinya. Trasa benar-benar ingin tahu siapa keparat yang telah mengucar-kacirkan hidup mereka berdua.


Hari ini aku akan tahu siapa yang selama ini cuba menganggu isteri aku. Dan pastinya, segala masalah akan aku selesaikan tak kira cara baik ataupun cari buruk. Yang penting, Arissa tak lagi diganggu lelaki bodoh tu.

Adrian mencapai sweaternya yang tersangkut dan kakinya segera melangkah, cuba mengikuti Arissa sebelum dia kehilangan jejak isteri tercintanya itu.

11 comments:

Ad_dEen at: December 1, 2011 at 7:37 PM said...

nice...
harap pertemuan tu kantoi..
and adrian tahu yang lelaki tu adalah AMMAR!
then adrian plan lah sesuatu utk buat kemenangan dipihaknya...arissa terima dia dan tak berbelah bagi lagi..
rasa cam arissa ni ngandung je..
x gitu cik bintang?

Anonymous at: December 1, 2011 at 10:25 PM said...

Good Adrian,
hehe
Ammar wafi, kamu berakhir sebentar lagi

Unknown at: December 1, 2011 at 10:34 PM said...

Best,
hope Adrian dapat tau siapa sebenarnya Amma wafi ni
but, Adrian act like dont know it, haha

IVORYGINGER at: December 3, 2011 at 1:22 AM said...

yup cm setuju ja dgn Ayie. Biar Andrian ikut then tau sapa Ammar. then pura2x la plak mcm tak tau apa2x. sbb sblm ni pun Ammar pura2x depan dia. lps tu sibuk nk tau khidupan dia n isteri. la biar di ajar laki tu. kawan baik apa nama klu sanggup kianati kwn baik sendiri. kawan makan kawan apa. klu betul ko cinta sm Arissa spatutnya ko doakan kbahagian dia bukannya rosakkan. jahanam Ammar biar Adrian ajar dia baik. walau hati sakit but teach him a good lesson until dia sedar dgn perbuatan salah dia tu. WIsh Andrian kuat menerima hakikat ni n trust ur wife love even Arissa never say she love u but her action already show it u know it, so beleive it.

Bintang Asterisk at: December 5, 2011 at 6:52 PM said...

Ad_dEen: wow. sungguh terer imiginasi awak ni. HAKHAK

Bintang Asterisk at: December 5, 2011 at 6:52 PM said...

ANONYMOUS: haha. insyallah

Bintang Asterisk at: December 5, 2011 at 6:52 PM said...

Ayie aka Yizuue: HAHA. tungguuuu..

Bintang Asterisk at: December 5, 2011 at 6:53 PM said...

IVORYGINGER: wow! best jugak kalau macam tu kan. thengkaseh for the idea! great!

Unknown at: December 8, 2011 at 3:40 AM said...

lame gile da tak bace kca ni...
buzy sesangat.,..
tup2 bukak tgk byk gler n3 br..
tenkiu kak bintang...
^L^

Bintang Asterisk at: December 11, 2011 at 5:29 PM said...

FYDA: biasalah kan orng busy misti lah atade masa nak jenjalan blog akak. HAHA. tape akak tak kisah in fact akak yang patut berterima kasih pada Fyda sebab sudi gak nak baca. =)

Zakiah Halim at: August 16, 2012 at 8:17 AM said...

eeiii... geram la dgn amar tue... cekik2 dia karang baru tau...

myfreecopyright.com registered & protected
Transparent Green Star