Kejora Cinta Adrian Part 33

            Setelah selesai mengerjakan sembayang Isyak berjemaah bersama, Adrian dan keluarganya turun ke ruang makan untuk makan malambersama-sama. Dato’ Zulkarnain tersenyum melihat perubahan yang baik daripada Adrian. Sepanjang hidupnya belum pernah Adrian menjadi imam. Inilah kali pertama dan ianya sungguh sempurna. Nampak nilai kebaikan pemuda itu setelah bergelar seorang suami. Pastinya Arissalah yang mendorong pemuda itu ke arah jalan yang benar, fikir lelaki hartawan itu.

            Arissa menyediakan beberapa jenis lauk pauk untuk hidangan makan malam mereka sekeluarga. Terdapat asam pedas kegemaran bapa mertuanya, kari kepala ikan kesukaan ibunya dan juga ayam masak lemak cili padi khas buat suami-baru-berbaiknya itu. Saat tudung saji dibuka, semerbak bau harum masakan gadis itu. Bertambah-tambah lapar Adrian dibuatnya. Sudah seminggu dia tidak merasa air tangan isteri tersayangnya akibat perang dingin yang terjadi di antara mereka berdua sebelum ini.

“Amboi sedapnya bau..! Ni yang makin lapar ni!” Adrian berseloroh. Arissa mengerling suaminya itu.

Haa! Hari ni baru reti nak makan masakan isteri. Merajuk lagi tahulah nasib kau!

            Mertua dan suaminya sudahpun duduk di atas kerusi. Arissa menghulurkan sepinggan nasi untuk setiap seorang. Datin Julia tersenyum apabila melihat kelembutan menantunya melayan kehadiran mereka berdua di situ.

“Jemput makan, mummy, daddy. Rissa masak lauk biasa-biasa je ni. Harap-harap daddy dan mummy sudilah makan masakan Rissa yang tak seberapa ni,” Arissa tersenyum manis sambil menghulurkan pinggan berisi lauk kepada mertuanya itu.

“Jemput mummy dengan daddy aje? I macam mana pulak? Tak nak jemput?” Soal Adrian. Tertawa ibu bapa pemuda tersebut dibuatnya.

“Jemput makan..” Arissa membalas selamba.

“Tak romantik langsung.”

“Makan pun nak romantik ke? Tak faham betullah dengan dia ni,” Getus Arissa.

            “Tengok Arissa ni mummy. Macam tu aje dia cakap dekat Ryan!” Adrian sengaja mahu mengusik isterinya. Makin dilihat gadis itu makin geram. Comel!

Kenapalah time aku marah-marah dulu aku tak nampak semua kebaikan yang dia dah buat untuk aku?

“Makan ajelah Ryan. Jangan banyak cerita. Penat-penat Rissa masak dekat dapur tadi. Tak bersyukur betul Ryan ni,” Tegur si bapa. Adrian mencebikkan wajahnya. Arissa menjelir ke arahnya. Padan muka!

“Tahu-tahu je Rissa apa yang mummy dengan daddy suka kan. Pandai Rissa masak. Sedap!” Datin Julia memuji-muji menantunya.

Tak salahlah keputusan mummy ambil Arissa jadi menantu. Perfect untuk anak mummy!

“Biasa-biasa ajelah mummy. Belajar dekat buku resepi aje. Makanlah. Kalau sedap, tambahlah. Banyak nasi yang Rissa tanak tadi.”

“Kalau tiap-tiap hari Ryan makan sedap-sedap macam ni silap haribulan gemuklah anak daddy ni nanti,” Gurau Dato’ Zulkarnain. Adrian yang sedang mengunyah nasi tersedak. Segra Arissa hulurkan segelas air masak ke tangan Adrian.

Itulah makan gelojoh sangat! Kan dah tersedak!

“Uhuk! Uhuk! Daddy ni kesitu pulak! Kalau gemuk malulah,” Adrian. Dia meneguk air kosong itu sehingga tinggal separuh air di dalam gelas.

“Malu apanya? Tengok daddy buncit ni daddy tak malu pun?” Selepas itu satu suapan masuk ke dalam mulut. Sedap betul asam pedas menantu aku ni!

“Dah buncit daddy tu tak boleh nak hilang, terpaksalah jadi tak malu daddy oi.” Amboi lancang kuning sungguh anak aku ni!

Arissa tersenyum. Kalau macam ni tiap-tiap hari kan bagus. Tak adalah aku asyik sedih aje. Adrian ni sekejab marah, sekejab baik. Kalau dia baik-baik macam ni selalu tak adalah aku susah hati, bingung nak fikir.

*    *    *

            “Selamat malam daddy. Tidur lena-lena. Esok kita borak-borak panjang lagi. Assalamualaikum.” Adrian sebelum dia menutup pintu kamar tidurnya. Selepas makan malam tadi dia leka berborak dengan bapanya sampai tidak sedar jam sudah menginjak ke pukul satu pagi. Mata sudah mengantuk. Esok kena bangun awal nak ke pejabat pula.

            Samar-samar kelihatan si isteri sedang berbaring di atas katil empuk. Gadis yang mengenakan baju tidur satin biru tidak berlengan itu kelihatan seperti sedang enak dibuai mimpi. Adrian menelan air liurnya.

Aku nak buat apa ni? Dia dah tidur ke? Apa patut aku buat? Erk..

Adrian berasa tidak sedap hati. Dia tidak tahu apa yang harus dilakukan. Adakah dia patut terus naik ke katil dan tidur bersebelahan isterinya tanpa sepatah kata atau harus mengejutkan si isteri dan meminta keizinannya dahulu? Adrian memilih pilihan kedua.

Perlahan-lahan pemuda itu menapak ke katil, berdekatan dengan Arissa yang kelihatan seksi dengan baju separa lutut yang melekat di tubuhnya. Bergelora perasaan Adrian tatkala melihat isterinya yang halal namun tak terusik itu.

Hujung jari Adrian menyentuh kulit lengan Arissa.

“Arissa. Bangun.” Panggil pemuda itu separuh berbisik. Arissa tidak terjaga. Atau lebih tepat lagi, sengaja berpura-pura tidur. Gadis itu berganjak sedikit, mengiring ke tepi, menampakkan sebahagian pehanya yang putih melepak. Adrian mengucap banyak-banyak. Dia tidak tahu berapa lama dia boleh bertahan untuk tidak menyentuh isterinya yang seakan-akan cuba menggodanya itu.

“Arissa…! Bangunlah kejab. I nak tidur dekat mana ni? Boleh tak tidur sebelah you? You tak marah kan?”Soal Adrian. Arissa masih tidak membalas kata-katanya lalu Adrian terus melabuhkan badannya di atas tilam empuk tersebut. Pemuda tersebut kemudiannya bangun. Dia tidak dapat melelapkan matanya. Resah perasaannya apabila melihat Arissa yang jelita itu berada di sebelahnya.

            Adrian menyandarkan belakang badannya ke kepala katil yang beralaskan bantal. Dia memerhatikan si gadis yang kini menjadi ratu hatinya, Arissa Azzalea. Adrian tidak senang duduk. Pemuda itu kemudiannya mendekatkan diri dengan gadis yang kelihatan comel itu. Rambut gadis itu dibelai lembut. Adrian mencium rambut wangi isterinya itu. Lembut, tidak mahu mengejutkan gadis tersebut. Risau nanti dimarah pula.

“Sampai bila kita nak macam ni?”Soal Adrian perlahan.

“Macam apa?” Tiba-tiba Arissa bersuara. Terkejut Adrian dibuatnya. Segera dia menjauhkan diri daripada Arissa, risau jika dituduh cuba melakukan hal bukan-bukan terhadap gadis itu. Mata Arissa terbuka. Adrian mengurut dadanya berkali-kali. Isterinya itu bangun dari pembaringan. Kini dua perawan itu berhadapan antara satu sama lain.

            “I tak buat apa-apa. Sumpah!” Adrian mengangkat tangannya. Arissa tertawa kecil. Comel betul suami aku ni. Geram!

Adrian berdehem. Dia tidak memandang Arissa. Tangan Arissa tiba-tiba hinggap di wajahnya. Adrian menahan dirinya. Tidak tahu apa yang patut dilakukan ketika sedang berdua-duaan dengan si isteri dalam keadaan begitu.

“Rissa. I nak you.. sekarang,”Adrian memberanikan diri megucapkan ayat berani matinya. Arissa terdiam namun dia tidak membantah apa-apa. Mungkin dah sampai masanya dia beri apa yang seorang suami patut dapat. Gadis itu mengangguk lembut. Adrian tersenyum. Dicapainya tangan gadis itu lalu dicium penuh kelembutan.

Tubuh gebu Arissa dibelai Adrian penuh lembut. Malam tersebut bakal menjadi malam bersejarah buat mereka. Malam pertama mereka bersama sebagai suami isteri yang sebenar. Adrian menarik nafas panjang. Wajah bertemu wajah, bibir bertaut rapat, menyalurkan perasaan kasih dan sayang antara dua insan yang saling memerlukan di antara satu sama lain.

            “Be careful. It’s my first time..” Perlahan suara Arissa kedengaran. “Me too..” Ringkas Adrian. Saat itu lampu di malapkan dan bermulalah kehidupan baru pasangan suami isteri tersebut. Kehidupan di alam perkahwinan sebenar.

6 comments:

Unknown at: September 22, 2011 at 7:56 PM said...

lepas ni janganla adrian merajuk lagi dengan arissa,,
t tak dapat nak makan masakan die...
hiii
so sweet dorang ni..
hope lepas ni xdekla gadoh2 lg ye..
stakat gado2 manje 2 ok lg..
peace no war,,hee

Bintang Asterisk at: September 22, 2011 at 8:09 PM said...

HAHA. beselah tu. rumahtangga kan banyak dugaan dan cabaran. (bajet macam ada pengalaman je) HAHA.

kak ida at: September 22, 2011 at 10:48 PM said...

satu titik tolak yg baik untuk mrk berdua..saling memahami dan fahami kehendak naluri masing masing..agar tidak ada badai lagi yg akan meruntuhkan suasana rumahtangga mrk..

Bintang Asterisk at: September 23, 2011 at 12:17 AM said...

HAHA. sungguh power ayat anda ye ida. HAHA! cool!

farhana at: September 23, 2011 at 1:45 AM said...

yeah..makin best..
x jemu membaca..
next n3 pliz!

Bintang Asterisk at: September 23, 2011 at 1:52 AM said...

Thengkaseh Farhana! Besar hati Bintang dibuatnya. HAHA! u r ohsem! Yeay!

myfreecopyright.com registered & protected
Transparent Green Star