Pertama dan Terakhir Part 2

“So, apa hal yang kau nak cakapkan tu haa? Cepatlah beritahu aku,” Gesa Adam Fariz. Adrianna seboleh-boleh menahan tawanya.

            Nak tahu sangat nampaknya dia ni..! Hahaha!

“Kau tengah buat apa tadi?” Adrianna sengaja melambat-lambatkan perbualan, risau tida siapa yang akan menghabiskan masa sejam Super Saver yang dibelinya itu.

            “Aku tengah main PS2 ni,” Adam dengan nada bersahaja.

“Kau bawa PS2 rupanya.. Kaya jugak kau ni..” Adrianna ketawa.

            “Taklah. Biasa-biasa je. Hmm.. Cepatlah cakap apa halnya,” Ujar Adam tatkala itu. Adrianna berpura-pura tidak mengerti. “Cakap apa?”

“Yang tadi tu yang kau siap buat voice message petang tadi tu sebab apa? Apa halnya? Kalau nak beritahu, cepat. Aku malas nak bazir masa aku,” Tegas kedengaran sura Adam di hujung talian. Adrianna berasa gementar. Dia menguis-nguis hujung bantalnya dengan jari. Gadis itu menarik nafas panjang sebelum mengeluh berat.

            “Macam ni.. Baru-baru ni Ain asyik call aku ajelah. Cerita pasal kau memanjang,” Adrianna berhenti bersuara seketika. Adam berasa terkejut. Permainan yang sedang dimainnya dihentikan. Diletakkan joystick PS2 itu ke lantai. Pemuda tersebut pelik dengan kata-kata yang baru sahaja didengarinya dari mulut Adrianna.

            “Hmm.. Adrianna nama kau, kan? Ain cerita apa pada kau pasal aku? Pelik jugak aku sekarang ni. Apahal dia tiba-tiba sibuk nak bercerita pasal aku dekat kau?” Adam menyoal Adrianna yang mula menggelabah. Gadis itu menelan air liurnya.

“Macam ni, Adam..” Adrianna memulakan kata-katanya.

 Katanya Nurul Ain Hadayna menyimpan perasaan istimewa terhadap pemuda itu. Perasaan yang lebih dari seorang sahabat. Ain menyukai Adam.  Pemuda tersebut terkejut. Dia ketawa resah. Patutlah Ain kerap menelefonnya baru-baru ini. Rupa-rupanya ada udang di sebalik batu. Adrianna kemudiannya meneruskan ceritanya. Dia memberitahu Adam bahawa Ain telah menyukainya sejak berumur sembilan tahun. Itu bermakna gadis itu telah menganggap  Adam lebih dari seorang sahabat sejak lapan tahun lepas. Cintanya bermula sejak mereka belajar dalam kelas agama yang sama dahulu.

            Adam segera menidakkannya. Dia tidak percaya bahawa telah lapan tahun Ain menaruh hati kepadanya. Hatinya mulai berasa tidak selesa. Adrianna berkata bahawa dia jemu apabila gadis itu sering menelefonnya dan berbicara mengenai Adam Fariz. Dari mula perbualan sehingga habis, tiada topik lain selain Adam.

            “Adam... Tolonglah ambil Ain jadi girlfriend kau.. Aku betul-betul dah tak larat nak layan dia. Tolonglah selamatkan ketenangan hidup aku ni,” Adrianna memujuk Adam untuk setuju mengambil Ain sebagai kekasihnya. Adam Fariz segera menidakkan kata-kata Adrianna tersebut.

            “Ah! Tak ada kerja aku nak buat amal kebajikan macam tu! Aku tak sukalah pada Ain  tu. Bukan type yang aku suka. Aku anggap dia tak lebih dari seorang kawan. Itu ajelah. Kalau kau nak suruh aku couple dengan dia, sorrylah, okey? Aku tak berminat langsung,” Adam segera membidas. Dia tidak mahu berkasih-kasihan dengan Ain yang tidak disukainya itu. Lagipun Ain dan dia tidak pernah rapat dan hanya berjumpa apabila ada kenduri atau perayaan di kampung sahaja.

            Adrianna bingkas bangun dari duduknya dan berjalan menuju ke arah meja studynya. “So apa yang nak aku katakan pada Ain bila dia tanya nanti?” Soal Adrianna.

Adam terdiam. Dia cuba memikirkan apa yang patut Adarianna sampaikan kepada Ain. Pemuda itu menarik nafas panjang. Kemudian, dia merebahkan dirinya di atas lantai konkrit yang hanya beralaskan permaidani itu.

            “Kau kata dekat si Ain tu yang aku reject dia. Aku boleh terima dia sebagai seorang kawan sahaja. Tak lebih dari tu. Kata jugak kat dia aku dah ada girlfriend. Kan senang cerita?” Cadangan Adam untuk Adrianna. Adrianna ketawa sebentar. Adam pelik.

“Ain kata kau mana ada girlfriend! Kuat betul menipu kau ni, kan?”Masih berbaki lagi ketawa Adrianna. Kini, giliran Adam pula untuk ketawa. Adrianna terdiam seketika.

            “Adalah! Yang aku beritahu dia tu lain. Dekat kampung aku memanglah tak ada girlfriend. Dekat kolej adalah!” Adam menahan rasa geli hati, cuba menipu Adrianna.“Tipulah. Mati pun aku tak percaya..!” Ejek Adrianna.

            “Hekaleh.. Tak percaya pulak minah ni. Betullah apa yang aku cakap..!” Tegas Adam. Namun, tiba-tiba berderai ketawanya. Tak dapat menahan rasa ingin ketawa lagi. Adrianna tersenyum sendirian. Adam seorang yang agak sporting juga.

“By the way, aku rasa seronok berborak dengan kau, Adam. Hopefully, kita boleh jadi kawan. Rasa macam best je kawan dengan kau ni,” Terus-terang Adrianna kepada pemuda tersebut. “Boleh ajelah.. No hal! Lagipun aku ni bukanlah menteri kewangan nak pilih-pilih siapa yang aku nak kawan. Anyway, aku rasa kau ni macam sengal-sengal je. Seronok dapat berborak dengan girl macam kau ni. Sempoi aje,”Adam tersenyum lagi.

“Aku ni kau kata sengal?? Haa..Nantilah kau... Sekarang kau buat apa je? Aku dah kacau game kau kan tadi? So tak apa ke kau tidur lewat-lewat ni?” Soal Adrianna selamba.

 “Tak apalah.. Lagipun aku nak tengok sambungan The Matrix ni. Tadi main PS2 pun sebab tunggu Night Line habis. Kacau betul tadi tu. Best-best layan cerita ni ada break pulak..”Adam merungut-rungut. Adrianna segera mengangguk.

            Malam itu gelap gelita tanpa sinaran rembulan dan bintang hanya menunggu masa untuk titisan hujan turun membasahi bumi. Adrianna Safiyya dan Adam Fariz berbual mesra seakan-akan sudah lama mengenali hati budi masing-masing. Ada kalanya mereka ketawa, saling bergurau senda dan saling mengusik antara satu sama lain. Motif utama Adrianna untuk menyatukan kawan baiknya dengan Adam nampaknya tidak berhasil. Kelihatannya perasaan sayang dan keinginan untuk berpasangan tidak boleh dipaksa-paksa. Semua yang terjadi hanya manusia merancang namun tuhan yang menentukannya. Malam ini, ketentuan yang telah ditakdirkan adalah pengenalan dua orang insan yang bernama Adrianna Safiyya dan juga Adam Fariz.

*   *  *

            Adrianna Safiyya memutuskan talian setelah hampir sejam setengah dia berbual dengan Adam Fariz. Gadis itu tersenyum sendirian apabila memikirkan apa dia dan Adam telah borakkan sebentar tadi. Adrianna bangun dari duduknya dan mulai melangkah menuju ke arah katilnya. Perlahan-lahan gadis itu menghempas tubuhnya di atas tilam yang bersaiz queen miliknya. Terasa seronok berbual dengan pemuda yang tidak dikenalinya itu.

            “Adam... Kau macam berbeza dengan lelaki lain. Aku dapat rasakannya. Tapi kenapa aku rasa lain macam je..? Entahlah.. Kau ni macam manalah orangnya....” Adrianna memeluk bantalnya erat. Dia masih tersenyum. Matanya memandang jam. Sudah pukul 1.45 pagi. Adrianna segera mencapai comforter di kakinya lalu diselimut seluruh tubuhnya.

      *   *   *

          “Adrianna..? Macam mana orangnya kau ni ya? Okey ke? Hmm.. Seronok berkawan dengan dia ni. Sengal betul. Suka melawan. Macam kitorang dah kenal lama pulak,” Adam termenung sebentar selepas itu. Dia cuba berfikir apa yang menyebabkan Ain jatuh cinta kepadanya. Setahunya, dia tidak pernah melayan Ain lebih dari seorang kawan. Sama seperti rakan-rakannya yang lain, tidak ada keistimewaan layanannya terhadap gadis itu.

            “Hahaha.. Mungkin aku ada daya penarik yang lagi menyerlah kot. Inikan Adam Fariz, bad boy gilaan Malaya? Mestilah ramai peminat. Eleh, tiba-tiba perasan pulak aku ni..” Adam ketawa sendirian. Tak malu puji diri sendiri!

Permainan lumba kereta yang dipanggil “Need For Speed” tersebut disambung semula. Namun pemikiran sang pemuda kacak melayang entah kemana. Masih bingung. Apa yang tidak kena dengannya, dia sendiripun tidak tahu.

*   *   *

Adrianna menghubungi kekasih lamanya yang bernama Muhammad Hafsyam. Dia bosan yang amat. Sudah selesai mengemas satu rumah pun. Dia memandang sekeliling, sudah cantik! Berasa puas hati dengan kerja yang telah dilakukannya. Adrianna mengeluh berat.  Ayah, ibu dan adik-adiknya keluar bersiar-siar ke  Sunway Lagoon. Dia tidak menyertai mereka kerana tidak sukakan suasana tempat tersebut. Dipandangnya telefon bimbit yang tidak berbunyi itu.

            Kenapalah time-time macam ni baru aku teringatkan kau ha, Hafsyam??

Tit! Tit! Satu mesej masuk! Segera gadis itu memandang skrin.

“Kau kan sepatutnya tak contact aku dah. Nanti boyfriend kau marah aku pulak, kan?”  Begitulah mesej pendek yang Hafsyam balas kepadanya. Adrianna memuncungkan mulutnya. Memang itulah yang gadis itu mahukan. Jari-jemari laju menekan butang-butang kekunci, membalas mesej pemuda tersebut.

“Aku dah bosanlah. Ada boyfriend macam tak pernah wujud aku rasa..”Adrianna.

“Kenapa kau cakap macam tu pulak? Gaduh ke? Alaa..Biasalah tu,”

Adrianna mengeluh berat. Dengan bekas kekasinya itu yang dipanggil Hafsyam itu, Adrianna boleh berterus-terang tanpa rasa malu.

            “Masa aku couple dengan kau dulu tak adalah aku kena rasa macam ni.. Rasa sunyi betullah. Dia macam tak ambil berat langsung pasal aku. Macam aku ni tak wujud pulak..,” Hafsyam pelik apabila membaca mesej dari bekas kekasihnya itu.

Dia rasa seolah-olah Adrianna sedang cuba mengimbau kembali kenangan silam. Dia juga berasa seperti gadis itu cuba menagih simpati dan berharap agar hubungan cinta mereka berputik kembali.

            “Kau jangan nak bandingkan kisah kita dengan kisah cinta baru kau ni. Dan..Ingat Adrianna. Kau yang buang aku dulu. Aku sampai sekarang tak mengerti apa sebab kau tinggalkan aku.” Hafsyam bingung memikirkan apa yang telah dilakukannya dahulu sehinggakan Adrianna bertekad mahu meninggalkannya. Adrianna tiba-tiba tersentak membaca mesej pemuda yang pernah menjadi kekasihnya sebelum ini. Tiba-tiba persoalan Hafsyam membuatkan Adrianna sesak. Haruskah dia berterus-terang mengenai hal ini?

Aku tinggalkan kau sebab aku dah tak ada rasa sayang ataupun suka terhadap kau, Hafsyam! Tapi.. kita berpisah setelah setahun aku bersama kau. Apa alasan yang patut aku berikan?

“Aku minta maaf, Hafsyam. Tapi time tu aku serabut sangat-sangat. Kau pulak berikan aku tekanan. Kau tuduh aku curang pada kau. Kau kata aku menggatal dengan lelaki lain selain kau. Aku rasa terhina tahu? Aku tak boleh terima apa yang telah kau katakan, Hafsyam,” Adrianna menjelaskan hal yang mengakibatkan dia benci dengan pemuda tersebut.

“Aku kan dah kata yang aku hanya bergurau time tu??” Hafsyam tegas. Sedikit terselit rasa amarah kepada Adrianna kerana menganggap gurauannnya satu perkara yang serius sehingga mengakibatkan perpisahan mereka berdua. Hafsyam masih mencintai gadis manis tersebut walaupun sudah hampir tiga bulan mereka berpisah. Dia masih berharap agar pertalian mereka disambung kembali.

“It’s over, Syam. Between us is nothing. I just can’t accept you anymore...”

“ Kau boleh kembali pada aku, Adrianna Safiyya! Kita rujuk balik!” Rayu Hafsyam ketika itu. Adrianna merengus kecil apabila Hafsyam berterusan memujuknya. Hatinya sudah tertutup untuk pemuda tersebut. Dia tidak sayang atau cinta pada Muhammad Hafsyam.  

*  *  *

            “Apa?? Syam nak rujuk semula??” Terkejut Ain apabila mendengar kata-kata yang baru sahaja Adrianna khabarkan padanya. Adrianna mengangguk lemah. Gadis itu meneguk minuman sejuk di dalam gelas dihadapannya. Matanya memandang sekeliling kedai makan tersebut, cuba mengalihkan perhatiannya daripada terus teringatkan Hafsyam. Ain menepuk bahunya perlahan,mengejutkan gadis yang berada dalam lamunan itu.

            “So kau nak terima semula tak Hafsyam?” Soal Ain kepadanya. Gadis itu kelihatan teruja untuk mengetahui keputusan Adrianna. Adrianna segera menggeleng. Aain menyoalnya mengapa gadis itu enggan menyambung pertalian yang sudah lama terputus itu. Adrianna mengeluh berat. Dia memandang mata Ain.

            “Aku dah buat keputusan untuk tidak kembali kepada Hafsyam, okey? Dia tuduh aku curang, menggatal dengan lelaki lain. Aku tak boleh terimalah!” Adrianna bersuara tegas.

“Memang kau menggatal dengan lelaki lain pun, kan?” Bernada perli nada Ain.
“Ain!”

“Memang kau buat macam tu pun, kan? Kau kianat pada Hafsyam.  Kau pasang lelaki lain. Kau try mengurat si Fendi, Kau main mata dengan dia! Then, boleh pulak kau minta putus macam tu aje, kan?  Kau lupa ke? Kau ni punca hubungan korang retak. Tak salah kalau Hafsyam nak rujuk balik,”Ain memberitahu perkara-perkara buruk yang berlaku di belakang Hafsyam ketika pemuda itu dan Adrianna masih menyulam kasih.

            Adrianna segera mencapai beg tangannya, mahu beredar daripada keadaan yang tidak menyenangkan hati itu. “Aku tak akan terima lelaki yang menghina aku dan lelaki yang mengutuk di belakang aku selepas kitorang putus, okey! Dan kau, Ain, aku tak mahu kau nak berlagak jadi telangkai aku dan Hafsyam sebab antara aku dan dia dah tak akan ada apa-apa hubungan lagi, faham?” Adrianna menolak perlahan kerusi yang sebentar tadi menjadi tempat duduknya. Ain segera bangun dari duduk dan mulai mengikut jejak langkah Adrianna yang meninggalkan kedai makan itu.

            “Kau dengan Hafsyam tu pasangan yang secocoklah! Tapi korang ni ego! Masing-masing tak mahu mengalah. Cubalah fikir sikit, Adrianna. Aku pasti kalau kau terima dia kali ni, comfirm hubungan korang akan bahagia!” Masih tidak mahu mengalah Ain. Adrianna berhenti melangkah. Dia memalingkan tubuhnya mengadap Ain. Gadis itu memegang bahu sahabatnya itu.

            “Ain, let me tell you the truth. Aku tak pernah ada perasaan sayang pada Hafsyam. Aku pernah suka pada dia tapi semua tu dah berakhir. Dia tak mampu buatkan aku cinta pada dia. So, it’s all over now. Jangan kau harap aku akan kembali pada dia,”

            Ain menggelengkan kepalanya beberapa kali, tanda protes terhadap kata-kata Adrianna yang dianggapnya sebagai ‘hanya menutup kelemahannya sendiri’.

“Adrianna, Adrianna, kenapa kau keras kepala sangat, hah?”

Adrianna menepuk bahu gadis itu secara tiba-tiba. Dia tersenyum sinis memandang Ain. “Dan lagi satu, aku dah ada pengganti Hafsyam dah. Aku tak mahu curang pada dia. Seriously.  Jangan nak busy body nak suruh aku berbaik dengan Hafsyam okey? Tak mahu,”

            “Yelah tu, Adrianna. Tak curang apanya...!” Ain menjeling gadis manis yang bersikap acuh tak acuh itu. Adrianna ketawa apabila memikirkan kata-kata mengenai pengganti Hafsyam itu. “Karutlah.. Mana mungkin aku nak setia pada Taufiq?,” Bisiknya perlahan. Ain hanya menggeleng mengenangkan sikap Adrianna.

            “Aku yang bernama Adrianna Safiyya dengan ini bersumpah tak akan kembali lagi kepada Muhammad Hafsyam walau apapun yang terjadi. Noktah!” Adrianna mengangkat kelima-lima batang jarinya tanda dia berjanji untuk tidak kembali bersama dengan Hafsyam lagi. Kemudian gadis itu ketawa kecil. Dia menutup mulutnya.

Ain mencebik mendengar kenyataan tegas yang baru sahaja terhambur keluar dari mulut seorang gadis jelita yang bernama Adrianna Safiyya Bt Ahmad Zafran itu.

            Degil! Degil sangat-sangat kau ni kan, Adrianna? Aku rasa simpati pada Hafsyam sebab dapat girlfriend yang teruk macam kau ni! Kalau aku jadi dia pastinya akulah yang mula-mula tinggalkan kau, tahu?? Dasar tak reti menghargai!

0 comments:

myfreecopyright.com registered & protected
Transparent Green Star