Kejora Cinta Adrian Part 37

            “Tak sangka daddy dengan mummy balik awal sangat. Kata nak stay dua tiga hari. Ryan, rumah kita tak best ke?” Soal Arissa kepada suaminya. Adrian mengangkat bahu tanda tidak tahu. Pemuda itu menjilat ais krim Cornetto yang berada di tangannya. Arissa memuncungkan bibirnya. Baharu sahaja nak bermesra dengan mertua, mereka dah terburu-buru nak balik. Katanya Dato’ Zulkarnain terpaksa terbang ke Sydney kerana ada urusan penting malam ini.

“Best apa kalau diorang tak ada. Tak kacau daun. Bolehlah kita manja-manja. Tak gitu?” Adrian tersengih dah macam kerang busuk. Pemuda tinggi lampai itu menghayunkan buaian yang dinaikinya. Arissa hanya mampu pandang ke depan dan belakang. Dia menggeleng berkali-kali.

Dah tua pun perangai macam budak-budak. Nak ais krimlah, nak main buaianlah.

“Orang tanyalah. Bukan orang suruh geleng. Jawablah..” Gerutu Adrian. Si isteri yang statik berada di buaian sebelah membulatkan mata. Geram!

“Tak best pun..” Selamba Arissa. Lantas Adrian menahan kakinya daripada terus menghayun buaian. Dia memandang wajah isterinya yang bersahaja. Dikecilkan matanya, memandang Arissa.

“Habis tu kalau tak best kenapa masa mummy dan daddy balik tadi you ketawa sorang-sorang. Eleh. Padahal dia excited nak berdua-duan dengan I!” Usik Adrian.

“Siapa pulak ketawanya? Bukan you ke yang buat muka gatal masa I tutup pintu rumah tadi! Inilah orang panggil paku dulang paku serpih, cakap orang dia yang lebih!” Berpepatah pula Arissa Azzalea ini!

“What dulang what serpih? I don’t understandlah.” Blur Adrian dibuatnya. Arissa bangun dari buaian lalu menepuk dahi pemuda kacak itu. Terpempan Adrian. Habis comot bibirnya de kais krim. Tertawa kecil Arissa dibuatnya.

“Itulah you! Siapa suruh duduk Amerika tu lama sangat? Kan pepatah melayu pun haram tak tahu.”

“So you blame me? Blame it on my parents lah! I kecik lagi masa tu kan!”

            “Alasan! Kalau you ni ada anak, mesti anak you malu dapat daddy macam you. Bahasa melayu pun tunggang-terbalik!” Arissa mengejek Adrian. Habis jatuh ke tanah ais krim cornetto di tangan Adrian. Adrian bangun dari terus duduk di buaian. Dia mendekati si isteri namun Arissa segera berlari anak menjauhi pemuda tersebut. Adrian mengejarnya. Sampainya di bangku batu, Arissa duduk. Adrian berdiri betul-betul di hadapan isterinya yang comel itu. Gadis yang mengenakan baju lengan pendek dan legging itu dipandangnya dalam-dalam sehingga Arissa mengalihkan pandangannya. Seganlah tu!

“You ni lari-lari pulak. Tahulah you tu juara lari pecut masa tadika dulu. Okay. Sekarang I nak tanya you something. Harap you jawab dengan jujur dan tersangat-sangat ikhlas. Okay. Ready?” Soal Adrian.

Arissa menggeleng. “Apa ready-ready? Ingat ni rancangan Who wants to be a millionare ke? Tak nak jawab..” Arisssa menjelirkan lidahnya. Tiba-tiba Adrian melutut di hadapan gadis itu dan menarik jari-jemarinya lalu diletakkan di dada. Arissa tergamam dengan reaksi spontan suaminya itu. Lidahnya kelu.

            “You rasalah kan, kalau kita ada anak, I akan jadi daddy yang baik tak?” Satu pertanyaan membuatkan Arissa makin kelu. Dia tidak menyangka ayat berkenaan keluar dari mulut Adrian.

“Kenapa tergamam ni? I tak ada cakap nak belikan you Ferrari ke apa ke. Nak bagi sejuta ringgit pun bukan. Simple je soalan tu. Jawablah..”

“I tak pernah fikir tentang semua tu lagi…” Separa terkejut.

“Soon or later mesti kita akan ada baby jugak kan? So I mintak opinion you aje, sayang. You tak nak baby ke?” Mata Adrian penuh pengharapan. Berdegup kencang dada Arissa. Macam nak luruh jantung dibuatnya. Tak pernah terfikir sehingga ke situ.

“Tak tahu nak jawab macam mana..”

“Sayang, pandang i..” Adrian dengan nada romantis. Bergetar jiwa Arissa mendengar panggilan manja dari sang suami. Dia memandang wajah Adrian.

            “I nak you lahirkan baby untuk I. I promise, as soon baby lahir I akan jaga dia sebaik-baiknya. Malam-malam kalau baby nangis, you tak payah risau nak bangun ke apa ke, biar I je yang handle.” Langsung terkedu Arissa. Sungguh manja Adrian malam itu. Meremang bulu roma memikirkan betapa seksanya mahu bersalin.

Ada ke orang cakap macam ni kalau nak ada anak?

“You ni biar betul. Bukan ke terlalu..”

“Awal?” Adrian memotong. Arissa mengangguk.

Adrian mencium tangan isterinya itu dengan penuh kelembutan sebelum dia kembali memandang si jelita yang mencuri hatinya itu.

“I nak dia jadi pengukuh kepada hubungan kita. I pasti, bila kita dah ada baby, you akan cintakan I sebagaimana I cintakan you. Kita besarkan dia sama-sama. I nak ada keluarga dengan you. Boleh?”

Arissa hanya memandang. Dia kehilangan kata-kata.

“You tak sudi ye? Tak apalah. Maybe you belum bersedia untuk terima I dalam hidup you..”Adrian lagi. Entah kenapa tiba-tiba dia rasa terkilan apabila Arissa tidak mampu untuk menjawab permintaannya itu. Adrian bangun dari terus melutut lalu dia meninggalkan Arissa. Pemuda kacak itu berjalan ke tasik yang berada kira-kira beberapa puluh meter dari bangku tersebut. Batu-batu kecil dikutipnya lalu dicampakkan ke dalam tasik.

“Adrian..” Panggil Arissa. Serba-salah gadis itu dibuatnya.

Adrian diam. Tidak menjawab.

Arissa bangkit lalu menuju ke arah Adrian, suaminya yang mengenakan singlet beserta sweater putih berhood dan jeans lusuh.

“Betul ke apa you cakap ni? Atau you main-main?”

Adrian berterusan mencampakkan batu ke dalam tasik. Dia tidak memandang Arissa.“You rasa soal anak ni boleh dibuat main-main ke Rissa?”

            “Bukan apa. You kan selalu main-main. So I just want to make sure.”

Adrian memaling, memandang ke arah Arissa. Wajah seriusnya mula kelihatan.

“Look at me. Now, what do you think? Muka I macam main-main ke?”

Arissa menggeleng. “No.”

Adrian mendekati Arissa lalu memeluk tubuh isterinya itu erat-erat. Terpana Arissa saat itu. Kemudian, dia tersenyum.

“Apa yang I cakap tadi ikhlas dari hati, Rissa. I betul-betul dah jatuh sayang, cinta pada you. Kalau boleh I tak nak kehilangan you. I tak nak you tinggalkan I.” Terbayang-bayang mesej yang dilihatnya. Mesej yang merenggut ketenangannya. Dia tidak mahu perkara tersebut terjadi sedangkan dia sudah jatuh cinta pada isterinya itu.

“Kenapa you cakap macam ni, Ryan?”

“I tahu you tak cintakan I tapi I promise yang I akan cuba jadi husband yang baik untuk you. I just don’t want you to leave me. I need you.”

“Adrian..”

“Promise jangan tinggalkan I walau apapun terjadi. Please, sayang.” Pinta Adrian.

Arissa mengangguk. Adrian melepaskan pelukan lalu dihadiahkan Arissa sebuah kucupan manja di dahi gadis tersebut. Senyuman lebar terukir di bibir lelaki kacak tersebut. Adrian rasa lega setelah menyuarakan hasratnya.

“So maknanya, you sudilah lahirkan baby untuk I ye? Yeay! Seronoknya..! Nanti I akan jadi daddy paling cool dalam muka bumi. I will make our child proud! Haha!” Adrian ketawa besar. Begitu teruja pemuda itu. Arissa tergelak kecil.

“Nak jadi daddy cool konon. Makan ais-krim pun comot-comot. Macam budak terencat je I tengok! Sini. I kesatkan,”Jari-jemari halus Arissa lekat di bibir Adrian yang comot itu. Entah mengapa saat itu dia merasakan satu perasaan yang dipanggil bahagia. Bahagia kerana mempunyai seorang suami seperti Adrian.


5 comments:

Aida Nadia at: September 25, 2011 at 1:32 PM said...

ble agk2 dorg dpt baby erk...???

Bintang Asterisk at: September 25, 2011 at 4:32 PM said...

Secret. HAHA! Soon or later Aida mesti tahu jugak. Tapi kena stay tune dgn KCA lah. HAHA!

Unknown at: September 25, 2011 at 9:50 PM said...

best...
sweet jer.
next n3 ek..

Bintang Asterisk at: September 26, 2011 at 12:27 AM said...

Huhu. Nanti kak Bintang letak. =)

Unknown at: October 7, 2011 at 7:31 PM said...

kak bintang, asal n3 38 & 39 tader? akak da remove ek? nk next n3 plezZz!!!makin suspens dgn si ammar tu...

myfreecopyright.com registered & protected
Transparent Green Star