Kejora Cinta Adrian Part 1

ASSALAMUALAIKUMWARAHMATULLAHIWABARAKATUH!

Hi peeps! Okay, First of all, Bintang nak perkenalkan Novel pertama yang akan Bintang siarkan dalam blog ni. Tajuk dia Kejora Cinta Adrian (KCA), seperti yang awak awak semua boleh lihat dalam kulit novel yang Bintang dah tunjukkan kat sini. Handsome kan hero dia? Itulah lelaki yang bawak watak Adrian Zareth. Okay. Cerita ni berkisarkan kehidupan dua orang sahabat baik yang secara drastiknya terpaksa berkahwin dan menjalani kehidupan sebagai suami dan isteri. So apa-apa hal, Bintang rasa baik awak awak semua baca sendiri okay? Kenapa? Sebabnya Part 1 KCA dah pun tersedia di bahagian bawah ni. Jangan malas malas ye muchuks. Rajin sikit okay! HAHA!


CHAPTER 1

“Sedarlah! Perkahwinan kita ni tak akan berkekalan! You jangan ingat I akan cintakan you! You ni cuma seorang manusia yang pentingkan diri sendiri je! Nama I Arissa Azzalea dan I tak akan tunduk pada segala kemahuan you yang tak masuk akal tu!” Seorang gadis menengking suaminya dengan nada yang kasar. Lelaki yang berada di hadapannya itu tidak menunjukkan sebarang reaksi terhadap kata-kata kasar  Arissa Azzalea.

“Hey, perempuan. Nak bising apa lagi ni? Bosanlah. Kalau you nak mengamuk tak tentu pasal sebab I tak  bagi you keluar dengan kawan you, I minta maaf. Pergilah. Kemaskan beg you dan keluar dari rumah. Itu yang you nak, kan?” Selamba sahaja suaminya berkata. Dia sudah lali dengan perangai baran isterinya yang masih muda itu. Arissa segera masuk ke dalam bilik tidurnya, mencapai bagasi dan mulai mengemas barang-barangnya. Si suami tersenyum. Dia menonton rancangan kegemarannya di televisyen sambil tangannya memegang secawan kopi yang masih panas. Kedengaran Arissa Azzalea membebel sendirian di kamar tidurnya.

“Kalau aku tak setuju kahwin dengan lelaki tak berguna ni, hidup tak akan jadi susah macam ni. Mama, papa, Arissa minta maaf. Arissa tak boleh hidup dengan orang macam dia ni,” gadis itu mengesat air matanya yang mulai bertitis. Tangannya pantas meletakkan pakaian dalam bagasi, mahu keluar dari rumah secepat mungkin, muak melihat muka pemuda yang menyakitkan hatinya.­ Setelah siap berkemas, Arissa segera melajukan langkahnya menuju pintu keluar. Dia tahu, setiap kali dia mahu beredar, pemuda itu pastinya akan menghalangnya dari meninggalkan rumah. Gadis itu memulas tombol pintu namun, suaminya masih bersuara. Makin sakit hatinya. Biar aku berambus. Puas hati kau!

“Arissa!” Panggil suaminya. Gadis itu tersenyum, kali ini dia menang lagi. Pemuda tersebut pasti akan menghalang pemergiannya. Yes! Victory!

“Kasut you yang kata atas rak tu bawak sekali ye? Menyemakkan rumah aje nanti. Haa, nanti tutup pintu tu. Kunci rumah pulak you letak je atas meja.”
          
  “You ni suami yang paling tak berguna dalam dunia! Bukannya nak halang I pergi, tapi sebaliknya! Menyesal I kahwin dengan you, tahu tak?!” Arissa bersuara lantang. Tiba-tiba suaminya yang tinggi lampai itu menuju ke arahnya. Gadis itu terdiam. Pemuda itu memandang wajah isterinya yang jelita itu. Tangannya diletakkan di atas kepala gadis itu.

           “Who do you think you are? Who are you to judge me? You kan yang nak pergi sangat? Pergi jelah. Buat apa I nak halang? Listen carefully now. You are not the only one who regret about this marriage. Understood?” Suaminya bersuara. Terpana Arissa Azzalea mendengar kata-kata suaminya itu. Pemuda itu tak pernah mengeluarkan kata-kata sebegitu sebelum ini. Ini benar-benar mengejutkannya.


          
  “Kenapa you tak ceraikan I dari mula lagi kalau you menyesal kahwin dengan I?” Ujar si isteri lagi. Si suami mengeluh berat. Dia mengeluarkan kotak rokok. Dia mengambil sebatang rokok dan mencucuhnya dengan pemetik api. Arissa Azzalea hanya memandang pemuda itu. Matanya mulai berkaca semula. Kelihatan asap berkepul-kepul keluar dari mulut suaminya. Adrian tidak pernah merokok di hadapannya selama ini. Dia sendiri pun tidak tahu sejak bila si pemuda mula berjinak-jinak dengan rokok. Jelas sekali pemuda itu dahulunya anti terhadapnya. Pemuda itu mendiamkan diri sebentar. Kemudiannya, pemuda itu mulai melangkah, menuju ke arah pintu utama rumahnya.
“You nak ke mana? Jawab soalan I!” Panggil Arissa Azzalea.


           “None of your business. You ni memang jenis manusia yang tak pernah nak hiraukan perasaan orang lain ,kan?” Sejurus selepas mengeluarkan kata-kata yang diibaratkan seperti satu tamparan, suami kepada Arissa Azzalea keluar dari rumah. Pemuda itu kemudiannya beredar daripada perkarangan rumahnya dengan menaiki Lotus Ellise miliknya. Arissa Azzalea terpana. Pemegang bagasi ditangannya terlepas. Suaminya sudah jauh berubah! Seratus peratus!


Jari-jemarinya yang halus kemudiannya mendail nombor telefon kediaman bapanya. Seketika selepas itu, panggilannya berjawab. Kedengaran suara ibunya di talian. “Mama, Rissa nak balik rumah. Dua jam lagi Rissa sampai,” Ujarnya.
*   *   *
            Suasana di perkarangan Villa Iskandariah kelihatan bersih dan cantik. Kelihatan beberapa orang tukang kebun menyiram tanaman dan menghias pokok renek yang berada di luar pagar. Angin sepoi-sepoi bahasa bertiupan, menyamankan keadaan. Tiba-tiba kelihatan sebuah kereta berhenti di pintu pagar utama. Seketika kemudian pintu pagar dibuka. Kenderaan tersebut memasuki perkarangan villa mewah itu. Kelihatan seorang wanita separuh abad menunggu di pintu utama villa berkenaan. Keluar seorang gadis dari perut kereta. Dia segera menuju  ke arah wanita itu lalu bersalaman dengannya.

            “Tak ada angin tak ada ribut tiba-tiba aje Rissa balik. Ada apa-apa ke ni? Haa, apa lagi tercegat dekat luar ni? Masuklah,” Ujar wanita yang bernama Zaraa, ibu kepada Arissa Azzalea. Arissa Azzalea mencapai bagasi besarnya lalu membontoti langkah si ibu. Wanita tersebut membawanya ke bilik. Sesampainya di bilik, si ibu menyuruh anaknya duduk di atas katil. Riak wajahnya serius tatkala itu. Naluri keibuannya merasakan sesuatu tidak kena dengan anak gadisnya apabila melihat Arissa tidak pulang bersama suaminya, Adrian Zareth. Perlahan si ibu memegang lembut tangan anak perempuannya itu. Dia memandang mata Arissa yang kelihatan suram, tidak seperti kebiasaan. Ada apa, sayang?

          
  “Mana Ryan? Selalunya Rissa balik dengan dia?” Soalan ibunya betul-betul menggegarkan jiwa Arissa Azzalea. Dia tidak tahu jawapan apa yang harus diberikan kepada ibunya. Gadis itu mendiamkan diri, cuba berfikir alasannya. Adakah patut dia memberitahu ibunya yang perkahwinannya hampir musnah? Padahal mereka baru setengah tahun berkahwin. Pastinya wanita itu tidak dapat menerima kata-katanya yang drastik itu. Gadis jelita itu mengeluh berat.

            “Ryan.. Dia balik Amerika. Ada hal yang dia kena settlekan dekat sana. Mummy minta dia bereskan something  dekat sana. So, Rissa kena balik sini. Maybe seminggu dua Ryan akan berada dekat sana, mama,” mahu atau tidak, Arissa Azzalea terpaksa berbohong bagi mengelakkan ibunya bersedih hati apabila mengetahui perkara sebenar yang terjadi di antara dia dan Adrian Zareth.

*   *   *
No new message

Arissa Azzalea memeriksa inbox telefon bimbitnya. Ternyata suaminya tidak cuba menghubunginya. Gadis itu menghempaskan tubuh di atas tilam empuknya. Tidak sangka Adrian begitu dingin dengannya baru-baru ini, tidak seperti yang dikenali selama ini. Adrian Zareth adalah seorang pemuda yang selalu tersenyum dan sangat baik. Namun, setelah berkahwin dengan gadis itu, pemuda itu mulai berubah, seakan tidak menjadi dirinya sendirinya lagi. Dia tidak lagi tersenyum dan kebanyakkan masa dihabiskan dengan mendiamkan diri di bilik bacaan. Arissa diabaikan sehingga gadis itu mulai memberontak, cuba mempertikaikan haknya sebagai seorang isteri. Apa salahnya pada lelaki itu?

“Kenapa awak berubah sampai macam tu, Ryan? Awak bukanlah Ryan yang saya kenal dahulu..” Arissa merenung nasibnya yang malang. Adrian adalah anak kepada sahabat baik ibu dan bapanya. Selama ini, pemuda itu merupakan sahabat yang sangat baik. Pemuda itu tidak akan menyakiti hati gadis itu dengan kata-kata kasar dari mulutnya. Tapi mengapakah kelakuannya semakin berubah baru-baru ini? Arissa mengaku, di antara mereka berdua mungkin tiada secalit cinta pun. Namun, dia tidak berharap agar hubungannya dan Adrian berakhir dengan penceraian. Ini pasti akan melukakan hati keluarganya yang begitu mengharap.

Si gadis mencapai telefon bimbit yang terlepas dari genggamannya. Dia mahu menghubungi suaminya yang tidak tahu khabar berita. Nombor Adrian telahpun tertera di skrin telefon, hanya menunggu masa untuk menekan butang ‘call’. Arissa menarik nafas panjangnya lantas dia menekan butang tersebut. Beberapa deringan kedengaran sebelum panggilannya berjawab.

“Hello, Ryan. Erm.. You okey tak ni?” Arissa mulai bersuara, menyapa pemuda yang menjawab panggilannya. Kedengaran hembusan berat nafas pemuda itu di hujung talian. Arissa tidak sedap hati saat itu.
          
 “Enough, Rissa. I’m sorry but I can’t take it anymore. It’s over….”

0 comments:

myfreecopyright.com registered & protected
Transparent Green Star