Kejora Cinta Adrian Part 46

         “Kenapa termenung ni awak? Rindukan suami ke?” Suara Ammar Wafi mematikan lamunan Arissa. Gadis itu memandang kelibat yang datang tanpa diundang itu. Ammar tersenyum lebar, berpura-pura seakandia tidak bersalah walhal dialah penyebab utama rumahtangga gadis itu berantakan.Ammar mengambil tempat duduk, betul-betul di hadapan Arissa. Naik bingung Arissa dibuatnya. Di mana sahaja dia pergi pasti Ammar ada. Entah-entah dia pasang cctv dekat rumah aku tak? Musykil-musykil.


            “Mana je saya pergi ada je awak. Awak ni stalker ke? Bukan ke saya dah cakap yang saya tak nak awak ganggu saya. Saya dah ber-su-a-mi! Faham tak?” Arissa menegur pemuda itu dengan nada sindir. Ammar berdehem.


Tahu. Tapi tak lama lagi bakal jadi bekas suami. Tunggu sedikit masa lagi.


“Hai, bukannya saya datang nak mengurat awak. Alang-alang saya terserempak dengan awak, saya tegurlah.Takkan itu pun salah?”


Arissa mengecilkan matanya. Dah aku tak suka,tak payah nak tegur sangatlah!


How about your husband? Mana dia? Tak nampak pun? Hai, takkan berkelahi lagi kot?”


None of your businesslah! Kenapa sibuk-sibuk sangat hal orang? Dah tak ada kerja lain dah?” Arissa makin lemah dengan perangai Ammar yang tak tentu hala macam orang psiko itu. Tak ada kerja lain nak menambah racun dalam hubungannya yang dah sedia ada rosak itu.


“Awakkan kawan saya. Kawan kenalah saling bantu-membantu. Oh. Dah sampai pun air saya,” Ammar berbicara hipokrit. Seorang pelayan wanita datang membawa dulang minuman.Entah bila agaknya pemuda itu memesan minuman, Arissa pun tidak tahu. 


 “Awak minum air apa tu? Ewww.. Bau dia..! Em!” Arissa menekup mulut. Tiba-tiba terasa loya apabila hidungnya tertusuk dengan bau secawan green tea panas yang dipesan Ammar. Makin lama makin tak tertahan rasanya perasaan loya itu.


“Saya pesan green tea je kot. Geli pulak? Rasanya dulu hari-hari awak minum?”



            Arissa Azzalea segera bangun dari duduk. Entah mengapa tekaknya masih berasa mual. Terasa pahit seperti mahu memuntahkan sesuatu. Gadis itu segera melangkah menuju ke ladies, meninggalkan Ammar yang terkapai-kapai sendirian. Satu sahaja yang berada di fikirannya, membuang segala apa yang bermain di tekaknya.

Ammar Wafi menghidu cawan yang terkandung green tea itu.

Pelik. Kenapa dengan green tea aku? Nak kata busuk, tak. Tapi apasal dia geli pulak? Siap nak muntah segala? Padahal masa couple dengan aku hari tu, masa makan dekat Johnny’s and Sushi King, air tu jugak yang dia pesan. Weird betullah! Ke dia nak mengelak dari aku? Cis!

*   *  *

            Gadis cantik itu mencuci mulutnya. Saat itu terpandang pantulan wajahnya di cermin. Pucat lesi,macam darah tak naik ke muka. Perutnya berasa kurang senang, terasa seperti senak yang diulangi dengan mual. Nakkata masuk angin,dia sudah makan. Nak kata silap makan, apa yang dia makan sampaikan perutnya meragam sebegitu rupa.


Mungkin sebab period aku datang lewat kot? Biasanya kalau lewat ni nampak gayanya menderitalah aku jawabnya seminggu ni. Aduh. 


Telefonnya berbunyi. Panggilan dari Ammar. Tidak mahu dijawabnya. Malas melayan pemuda itu. Buat sakit hati. Hanya panggilan Adrian sahaja yang ditunggunya. Panggilannya tidak berbalas. Hanya sekali dijawab namun beberapa saat kemudian dimatikan tanpa sebarang kata. Entah kemana pemuda itu menghilang. Sejak dia keluar semalam, Adrian turut pergi meninggalkan rumah. Semenjak itu, batang hidungnya tidak kelihatan langsung. Puas Arissa mencari di sekeliling rumah. Setiap bilik dijelajahi hanya untuk memastikan pemuda itu ada namun hampa. Sampai ke pagi dia tidak dapat melelapkan mata akibat memikirkan keadaan suaminya yang langsung tiada khabar berita. Merajukkah dia? Tapi apa yang aku dah lakukan?


Panggilan Ammar langsung tidak diendahkan. Gadis itu menekan butang reject. Dia mendail nombor Adrian, berharap agar pemuda  sudi menjawab panggilan.



***


“Bos, ada call tu.Tak nak jawab ke?” Soal Farhan. Dia menepuk perlahan tangan Adrian. Adrian menggerakkan tubuhnya lalu ditarik sweater merah darah yang membaluti tubuhnya, berpura-pura seperti dia sudah melelapkan mata di tempat duduk penumpang bersebelahan dengan pemandu itu.


“Bos. Dah banyak kali bini bos call.Takkan bos langsung tak nak jawab?” Farhan bersuara lagi. Adrian memekakkan telinga, malas mahu mendengar. Pemuda yang sedang memandu itu mengeluh.

Apa sebenarnya yang berlaku dengan diorang ni?


“Tak apa. Kalau bos tak nak jawab biar saya aje yang jawab,” Spontan Farhan. Dia lantas memberhentikan kenderaan berwarna kuning itu di sisi jalan. Dicapainya Blackberry Adrian, mahu dijawabnya panggilan dari isteri majikannya itu. Saat itu Adrian segera mengambil alat komunikasi tersebut dari tangan pemuda yang muda daripadanya itu. 


“Kau jangan berlagak nak jadi telangkai boleh tak??” Tiba-tiba pemuda tersebut naik angin. Tersentak Farhan mendengar nada kasar yang terhambur dari mulut Adrian. Adrian melurut kasar rambut coklatnya apabila melihat riak wajah Farhan yang mulai mendung itu. Tak pasal-pasal dimarahi pemuda yang tak bersalah itu.


“Sorry. Aku bukannya nak mengamuk tak tentu pasal. Aku tengah kusut ni. Aku tak nak jawab call dia. Aku tak nak dengar suara dia. Aku rasa macam ada satu beban dalam ni,” Adrian menekan dadanya. Farhan memandang bosnya itu. Memang betul tekaannya.Rumahtangga Adrian sedang bergolak.


“Bos, luah ajelah.Tak payah pendam lagi.”


“Kau park kereta dekat depan tu.”


Farhan mengangguk tanda faham. Akhirnya Adrian sudi untuk bercerita.


Adrian mengeluh resah. Dia tiada pilihan lain. Dia hanya mampu untuk meluahkan, sekurang-kurangnya beban di dada tak seberat sekarang.



***


            “She’s cheating on me, with my best friend.” Ujar Adrian. Rasa marah mula bertukar sebak. Matanya sudah berkaca namun dilindungi dari dilihat Farhan. Entah mengapa hatinya begitu lemah apabila berbicara mengenai Arissa. Gadis itu benar-benar meruntunkan hatinya, membuatkan jiwanya menjadi begitu terluka dek apa yang dilihat mata kasar miliknya.


“Bos,bos jangan serkap jarang je bos. Mana tahu bos tersilap.”


Adrian menggeleng. Dia kini mengerti sweetheart yang selama ini dicemburui olehnya adalah orang yang sama iaitu Ammar Wafi. Ternyata sekali Arissa lebih memilih pemuda tersebut daripada suaminya sendiri. Buktinya,gadis itu cepat-cepat keluar setelah mendapat panggilan daripada Ammar. Lebih menyakitkan lagi apabila dia merasakan dirinya dikhianati rakan baiknya sendiri. Bukan main hebat lagi pemuda itu memainkan peranannya,  sehinggakan dia sendiripun boleh tertipu dengan lagak tidak bersalah sahabatnya itu. Kawan baik konon.


“Aku nampak dengan mata kepala aku sendiri okay? Bukan sekali dua aku bagi peluang pada Arissa tu! Dah banyak kali aku nampak dia bergayut dengan lelaki tu, text segala.Kali ni aku tengok dengan mata aku sendiri..! Lelaki tu rupanya bestfriend aku sendiri! Hati aku betul-betul kecewa sekarang ni, otak aku tak boleh fikir apa dah. Buat masa sekarang aku tak mampu nak berdepan dengan dia. Aku takut, aku risau aku akan cakap sesuatu yang akan buat aku menyesal di kemudian nanti. Macam nak pecah dada aku tengok diorang berdua. Aku betul-betul rasa seperti diperbodohkan..!” Adrian meraup wajahnya. Akhirnya air mata yang ditahannya mencurah juga. Tangkai hati betul-betul disentap. Jika orang lain mungkin dia terpaksa akur,tetapi ini melibatkan sahabat baiknya. Apa yang lebih teruk boleh terjadi lagi?


“Bos, buat masa sekarang bos dengar cakap saya. Bos ambil cuti. Tenangkan pemikiran bos. Dalam masa sekarang bos baik berdiamkan diri dulu. Siasat apa yang perlu sebelum buat apa-apa keputusan. Saya takut bos tak berfikir dengan rasional.Nanti tak pasal-pasal semuanya jadi lebih teruk. Sabar bos,” Pesan Farhan. Dia menepuk belakang lelaki yang hanyut dibuai perasaan kecewa itu. Adrian memandang langit yang makin gelap, seperti kesedihan di hatinya juga.

4 comments:

Ad_dEen at: December 12, 2011 at 11:20 PM said...

alahai...
harap adrian dgr nasihat si farhan tu...
jangan bertindak terburu2...
bila ariisa nak tau die mengandung ni..
hrp2 berita tu tak sampai ke pengetahuan ammar..
kang dia plan mcm2 plak nk bg arissa gugur ke apa ke..ish..xmau..simpang2...
hehe..emo plak..
cpt smbung cik bintang..
nk nyanyi lagu teruja jap..
adios..

Bintang Asterisk at: December 13, 2011 at 1:20 AM said...

Insyallah. akan dipertimbangkan idea awak itu ye Addeen. HAHA. Thenkaseh sudi mengomen di sini. You're OHSEM!

IVORYGINGER at: December 13, 2011 at 2:36 AM said...

hope dgr ckp farhan pegi siasat dl. apa yg awk tgk tak seperti yg disangka. lgpun awk tak pernbah tnya isteri awk ttg smua panggilan n msg yg dia terima tu dr siapa. cuba dgr dr pihak arissa. sbb dlm hal ni ammar yg jd dalang nk hancurkan kbahagaian awk. bpura2x didepan awk n arissa. sbb arissa tak tau lgsg yg awk kenal ammar. hnya ammar tau awk suami arissa.

Aida Nadia at: December 14, 2011 at 12:31 AM said...

alaaaa...cian kt wife dia...

myfreecopyright.com registered & protected
Transparent Green Star