Kejora Cinta Adrian Part 55

       Doktor yang bertanggungjawab di atas pembedahan itu mendekati mereka berlima. Saat itu debaran yang kuat dirasakan. Entah apa yang akan mereka lakukan jika ada sesuatu yang tak baik berlaku kepada Arissa.

Tubuh Adrian dipegang kuat oleh Dato’ Iskandar dan Dato’ Zulkarnain. Pemuda itu sudah tidak berdaya untuk menghadapi sebarang berita buruk lagi. Otaknya sudah pusing, peluh yang membasahi tubuh seakan menunjukkan isyarat yang dia sudah mencapai tahap terakhir ketahanan tubuhnya.

“Dia mengalami beberapa keretakan pada tulang kaki, tangan dan bahu akibat hentakan kuat tersebut. Dia juga mengalami pendarahan yang teruk. Kami dah cuba lakukan yang terbaik untuk pesakit,” Ujar doktor tersebut. Terbeliak biji mata Adrian. Dia melepaskan pautan tangan bapa dan bapa mertua yang melekat di pinggang dan bahunya lalu mendekati doktor tersebut dengan lebih rapat.

“So macam mana keadaan isteri saya? Is she safe? What about the baby?”

Si doktor menarik nafas panjang.

“About that..”

“Cakaplah doktor! Macam mana dengan anak saya??” Adrian meninggikan nada suaranya. Dia cemas. Darah sudah memuncak di kepala. Terkejut doktor tersebut dibuatnya.

 “Kami dah lakukan pemeriksaan ultrasound pada kandungan Puan Arissa. Unfortunately, we can’t detected any pulse from your baby. I’m sorry to say that he’s gone. We already pull him out during D&C surgery tadi untuk mengelakkan jangkitan kuman. Puan Arissa kami akan tempatkan di ccu dahulu untuk pemeriksaan rapi. Sebaik sahaja keadaanya stabil kami akan pindahkannya ke wad biasa.”

Kata-kata doktor tersebut meranapkan segenap harapan yang pernah Adrian bina. Impian untuk menjadi seorang bapa telahpun musnah. Para ibu sudahpun berpelukan, menangis hiba mengenangkan apa yang telah terjadi kepada Arissa Azzalea yang malang. Dato’ Iskandar memandang sayu ke arah menantunya itu. Adrian memalingkan dari memandang wajah pilu orang yang dikecewakannya.
Arissa, aku dah bunuh anak kita..?
***
        Adrian Zareth membuka matanya yang terasa perit akibat pancaran cahaya lampu. Dia membuka matanya dengan perlahan-lahan. Tangan digerakkan untuk menghalang pancaran lampu dari berterusan memanah matanya. Terasa sakit seluruh tubuhnya pada saat itu. Adrian mengeluh. Dia menutup matanya kemudian membukanya kembali. Pandangannya semakin jelas. Dipandang sekelilingnya. Suasana yang asing muncul di pemandangan matanya itu. Adrian bingung. Matanya meliar. Dia cuba mengangkat tangan kanannya namun, terasa pedih. Pemuda itu menunduk kelihatan tangan kanannya dicucuk dengan satu jarum yang disambung iv drip. Adrian cuba mengingati apa yang telah berlaku. Pemuda itu kemudiannya mengeluh berat.

        Aku pengsankah tadi? Arissa..! Ya Allah! Arissa!

Adrian bangkit dari pembaringan. Jarum yang menyalurkan ubat di tangannya dicabut rakus, menyebabkan darah mulai keluar dari rongga yang tak bertutup itu. Si pemuda mencapai sweaternya yang berada si kerusi bersebelahan dengan katilnya. Perlahan, berbekalkan tenaga yang masih tinggal, Adrian melangkah menuju ke pintu keluar. Dia mencapai tombol pintu. Tiba-tiba daun pintu dikuakkan. Terkejut pemuda kacak tersebut dibuatnya. Kelihatan Dato’ Zulkarnain muncul di depannya.
           
“Astaghfirullahalazim! Ryan nak ke mana pula ni..?” Si bapa terkocoh-kocoh mendapatkan anak lelakinya itu. Dia memegang bahu si pemuda lalu membawanya ke katil.

“Ryan nak jumpa Rissa..! Ryan nak tengok macam mana keadaan dia..!” Pinta Adrian, separuh sayu separuh sebak. Kepala si bapa digelengkan. Dia melihat tangan si anak yang berlumuran darah. Lelaki tersebut menggarukan kepalanya yang tidak gatal. Adrian kemudiannya disuruh duduk dia atas katil.
“Ryan, sabar nak! Ryan tak sihat lagi ni! Tengok apa dah jadi dengan tangan tu..? Kesat darah tu dulu! Tunggu sini okay? Daddy nak panggilkan doktor,” Ujar si bapa setelah dia menghulurkan beberapa keping tisu kepada  Adrian.

       Sebaik sahaja kelibat si bapa hilang dari pandangan, Adrian turun dari katil. Tisu ditangannya dicampakkan ke lantai. Dia kemudiannya segera melangkah menuju CCU di tingkat lima dimana Arissa ditempatkan. Dia memerhatikan keadaan sekeliling, meninjau jika terlihat bayang-bayang orang yang dikenalinya. Adrian menghampiri jururawat yang berada di kaunter tak jauh dari tempat dia berdiri.
“Excuse me. Boleh saya tahu dekat mana katil pesakit yang bernama Arissa Azzalea? Saya suami dia.” Adrian bertanya kepada jururawat berketurunan india berusia lingkungan 30-an.

Sekejap ye. Saya check dulu. Arissa Azzalea ye,” Ujar jururawat tersebut dengan sopan. Beberapa  saat kemudian, wanita itu tersenyum.

“I’m sorry but your wife dah kami pindahkan ke wad biasa semalam. Pesakit dah sedarkan diri dan keadaannya pun dah stabil jadi pesakit doktor dah keluarkan dari wad CCU. Sekarang pesakit ada dekat tingkat enam,” Jururawat tersebut dengan jelas. Adrian mengerutkan dahinya.
Semalam? Maknanya dah satu hari aku tak sedarkan diri ke?

“Yeke? Okay. Thanks for the info.” Adrian bersuara perlahan. Jururawat tersebut memerhatikan tingkah laku Adrian. Dia memandang tangan Adrian yang masih mengalirkan darah. Wajah pucat itu ditenungnya sebentar sebelum jururawat tersebut bangun dari kerusi dan mendapatkan Adrian. Dia memanggil Adrian yang mula menapak beredar dari situ.

“Excuse me Mr! Are you alright? Your hand is bleeding. Do you need help?”

“I’m fine.. You don’t have  worry. I just.. want to see her right now,”Satu senyuman dilemparkan Adrian kepada wanita prihatin tersebut. Adrian kemudiannya meluru menuju ke tangga, meninggalkan jururawat tersebut. Kini hanya tinggalsatu tingkat sahaja yang memisahkan dia dan Arissa Azzalea yang tercinta. Tubuh yang berasa lemah itu digagahi hanya kerana dia mahu melihat keadaan si isteri. Sesampainya dia di sana, dia bertanya pula pada seorang lagi jururawat nombor katil Arissa. Dengan segala kudrat yang ada, Adrian memberanikan diri untuk berhadapan dengan si isteri. Pintu dikuak sedikit.

      “Rissa tak sangka semua ni boleh jadi! Rissa ingat Rissa nak buat suprise pada Ryan. Dia memang teringin sangat nak ada baby. Tapi sekarang..? Baby Rissa dah tak ada, mama.” Kedengaran suara esak tangis Arissa. Adrian tidak jadi melangkah masuk. Dia terhenti di situ. Dia kini hanya mahu mendengar luahan hati si isteri yang kecewa dengan sikapnya.

“Sayang, dahlah.. Sejak semalam Rissa tak henti-henti menangis. Semua benda dah jadi kan? Bukan salah Rissa, bukan salah Ryan. Semua yang terjadi adalah takdir tuhan. Kita kena redha, menerima apa yang Dia tentukan,” Datin Zaraa menenangkan anak perempuannya yang berada dalam kepiluan. Arissa mengesat air matanya. Seluruh tubuhnya rasa sakit dek insiden tersebut. Dia tidak menyangka yang bayi di dalam kandungannya telah pergi mengadap ilahi. Belum sempat lagi bayi itu berpeuang untuk keluar menatap dunia ini.

“Rissa tak tahu kenapa susah sangat Ryan nak percaya pada Rissa! Rissa  ni jahat sangat ke mama?” Arissa lagi. Gadis itu mengaduh sakit.  Darah masih lagi keluar dari rahimnya. Adrian di luar bilik menekup mulutnya. Perasaan serba-salah menyelubungi diri.

“Rehatlah.. Nanti makin banyak darah yang keluar. Tolonglah dengar cakap mama ni sikit.. Mama tahu buat masa ni Rissa marahkan Ryan tapi Rissa sabarlah ye..”

      “Rissa benci Ryan! Kalau bukan sebab dia semua ni tak akan terjadi. Kalau bukan dia yang bawak Rissa ke sana dah tentu Rissa tak akan gugur! Mama tolonglah Rissa. Mama jangan bagi Ryan jumpa Rissa please..?” Kata-kata Arissa membuatkan Adrian tersentap. Tak sangka Arissa menggunakan ayat sedemikian rupa.

Kau dah benci aku? Memang patut pun. Aku kan pembunuh? Kalau bukan sebab aku, anak tu masih hidup. Aku memang tak layak jadi suami untuk kau, Arissa..

“Rissa tak baik cakap macam tu! Walau apa pun, Ryan tu tetap suami Rissa!, Walaupun Rissa cuba nak elakkan diri,  lambat-laun Rissa kena menghadap dia jugak tahu tak?”  Datin Zaraa tegas. Arissa sudah mula merepek tak tentu hala.

“Tapi kalau Rissa jumpa dia mesti Rissa akan teringatkan balikapa yang dah jadi! Mama tak ada dekat tempat Rissa, jadi mama tak akan faham!” Arrisa berterusan meluahkan perasaannya, marah dan kecewa makin kuat.

“Rissa, cuba tenangkan diri tu dulu. Tidur. Mama tak mahu sebelahkan Rissa ataupun Ryan. Mama nak Rissa anggap semua ni satu dugaan yang Allah turunkan buat hambaNya. Ini bukan masa nak salahkan siapa-siapa. Apa yang dah jadi, kita biarkan berlalu. Taak payah nak ingatkan sangat benda tak elok ni. Sekarang, mama nak biarkan Rissa rehat dulu. Mama nak keluar cari makanan untuk Rissa,” Datin Zaraa bangkit dari duduk. Dia tak mahu mengeruhkan keadaan. Jika dia berpihak pada anaknya pasti Ryan akan terluka. Jika dia melakukan sebaliknya, entah apa pula yang akan dikatakan anak tunggalnya itu. Padanya dua-dua yang bersalah. Masing-masing keras kepala, tak mahu menyerah kalah. Hidup berumahtangga sepatutnya saling mempercayai antara satu sama lain, bukan saling menuding jari.

Semoga segalanya baik-baik sahaja. Semoga Rissa dapat berfikir dengan rasional.

“Mama nak tinggalkan Rissa sorang-sorang ke?” Soal Arissa. Saat itu dia merasakan bahawa tiada siapa yang menyebelahi nasibnya, masing-masing asyik membela Adrian.

Sekejap lagi mama datang semula. Buat masa sekarang mama nak Rissa rehat..”

“Macam mana kalau Ryan datang?”

Datin Zaraa memandang anaknya lalu tersenyum.

“Maafkan sahajalah dia. Lagipun dia kan suami Rissa?”

“Tapi..!”

Adrian menutup matanya rapat-rapat. Hinakah aku sampaikan kau tak nak jumpa aku? Macam tu sekali kau benci aku..?
Tiba-tiba bahunya disentuh oleh seseorang.  Terkejut Adrian. Kelihatan Dato’ Iskandar sudah berada di belakangnya. Lelaki itu senyum ke arahnya. Kemudian, dikuakkan pintu di mana wad Arissa ditempatkan lalu bertembunglah pandangan suami isteri tersebut. Adrian memalingkan wajahnya, tidak memandang langsung muka Arissa.

“Kenapa tercongok dekat luar je? Masuklah tengok isteri Ryan tu,” Bicara si ayah mertua. Adrian menolak lembut tangan lelaki itu. Terkejut Si bapa mertua melihat lelehan darah di tangan anak menantunya itu.

“It’s okay papa. Ryan tak diperlukan dekat sini. Sorry..” Lalu dia terus beredar dari situ. Arissa mengetip bibirnya. Dia tidak ttahu berapa lama Adrian sudah berada di situ. Tapi, dia pasti Adrian mendengar setiap butir perkataan yang keluar dari mulutnya.

      “Abang, pergi kejar Ryan tu, tengok keadaan dia!” Datin Zaara meminta suaminya mendapatkan Adrian. Pandangannya beralih kepada Arissa yang bergenang air mata itu pula.
“Tengok apa yang Rissa dah lakukan? Ini ke yang Rissa hendakkan??”

***

Sudah hampir dua minggu Arissa berada di rumah ibu dan bapanya. Adrian langsung tidak menunjukkan wajahnya sejak kejadian di hospital tempoh hari. Pemuda itu enggan bertemu Arissa, apatah lagi berbicara dengannya. Berhunungan juga tidak, menyepikan diri seperti sudah mati. Hubungan yang mereka bina kini seakan berada di titik penghujungnya. Adrian sudah tawar hati untuk terus bersama si isteri.
          Tengahari itu, sebaik sahaja pemuda itu habis bermesyuarat, dia didatangi oleh bapa Arissa, Dato Iskandar. Keadaan janggal wujud tatkala matanya bertentangan dengan si bapa mertua.

Adrian bersalaman dengan bapa mertuannya sebelum menjemput lelaki berusia lima puluhan itu duduk di atas sofa yang tersedia di ruang pejabatnya.

“Lambat habis meeting. Ryan sibuk ke?” Soal Dato’ Iskandar. Adrian mengangguk. Seboleh-bolehnya dia ingin menyibukkan dirinya. Dia tidak mahu ada sedikit waktupun untuk berfikir mengenai si isteri. Itu hanya menambahkan kesakitan di hatinya.

“Boleh tahanlah, pa. Sekejap lagi Ryan kena keluar jumpa client pula. Banyak sangat benda yang Ryan perlu settlekan..”

“Sampaikan Ryan lupa pada Rissa?” Bernada perli pula si bapa. Terkejut Adrian mendengarnya namun seboleh-boleh menahan wajahnya dari menunjukkan sebarang ekspressi.

“Biarlah dia  tinggal dekat sana dulu, pa. Kalau dia balik ke rumah pun, tak ada orang yang boleh jaga dia. Ryan kan selalu outstation. Bulan ni memang Ryan banyak keluar,” Adrian menerangkan situasinya pada Dato’ Iskandar.

     Dato’ Iskandar berdehem. Dia tahu sebenarnya anak menantunya itu terluka dengan apa yang terjadi sebulan lepas. Isterinya sudahpun menerangkan setiap perkataaan yang Arissa keluarkan semasa di hospital. Hendak disalahkan Adrian seratus peratus pun tidak boleh , begitu juga dengan anaknya.

“Ryan, apa yang dah terjadi bukan kehendak kita. So kalau boleh papa nak Ryan berhenti menyalahkan diri Ryan.”

     Adrian menggeleng. Dia bangun dari duduk dan menuju ke arah intercom, meminta Juwita memesan minuman untuk bapa mertuanya itu.

     “Bukan sebab tu Ryan tak jemput Rissa. Ryan just.. busy dengan kerja. Sekurang-kurangnya bila dia duduk dekat sana ada orang yang boleh tengok-tengokkan dia.” Pemuda itu menghidupkan laptop di mejanya. Pandangannya langsung tak melekat pada si ayah.

“Okey, kalau itulah kata Ryan, papa faham. Tapi boleh papa tahu kenapa Ryan tak pernah nak datang jenguk dia lepas dia keluar hospital tempoh hari? Diakan isteri Ryan. Ryan tak rasa kasihan pada dia? Ryan tak nak tahu ke macam mana keadaan Rissa?” Soalan bertubi-tubi menerjah ke pemuda tersebut. Adrian mengeluh berat. Dia duduk di atas kerusi sambil tangannya mengurut kepala. Entah apa alasan yang patut diberikan lelaki itu kepada ayah mertuanya.

       “Ryan..! Entahlah. Ryan tak tahu macam mana nak cakap. Ryan risau tentang hal dia.Sangat sangat risau, pa. Ryan nak sangat jenguk dia tapi..!”

“Ryan risau Rissa tak nak berjumpa dengan Ryan?”

Adrian menganggukkan kepalanya. Pemuda itu mengelus kasar wajahnya dengan kedua-dua belah tapak tangan. Perbualannya dengan si bapa benar-benar membuatkan dia tak senang duduk. Seboleh-bolehnya dia cuba mengelak untuk berfikir mengenai sang isteri namun pada hari itu, dia tidak dapat mengelak lagi setelah si bapa mertua datang mempersoalkan tindakannya. Dia tidak menyalahkan lelaki itu. Kalau dia berada di tempat Dato’ Iskandar, dia pasti akan berbuat benda yang sama.

“Ryan. Kita sebagai suami, kita tak boleh pentingkan diri sendiri. Memang ya, Arissa tak mahu berjumpa dengan Ryan. Tapi sampai bila kamu berdua nak mengelakkan diri antara satu sama lain? Kamu berdua tetap suami dan isteri. Walau apa pun yang terjadi, kita sebagai seorang lelaki ada tanggungjawab dan tanggungjawab seorang suami adalah menjaga isterinya.  Macam inilah, cuba Ryan datang jumpa Rissa, minta maaf dengan dia, cakap baik-baik dengan dia. Insya Allah dia akan lembut hati.” Dato’ Iskandar mendekati menantunya itu lalu ditepuk bahu pemuda tersebut. Adrian menundukkan wajahnya. Ada benar juga kata si bapa. Tapi entahlah, hatinya begitu takut. Takut untuk ditolak oleh Arissa. Sedangkan kata-kata Arissa tempoh hari masih berbekas di hati, manakan mampu untuk menghadapi sekali lagi keadaan yang sama.

“InsyaAllah, papa.”

    “Ryan fikir baik-baik tentang apa yang papa bagitahu Ryan ni. Apa-apapun, pintu rumah papa sentiasa terbuka untuk Ryan. Datanglah bila-bila masa. Papa balik dulu. Papa cuma singgah untuk beritahu hal ni. Kalau boleh papa taknak rumahtangga kamu berdua jadi macam ni. Baliklah seperti sediakala, nak.” Dato’ Iskandar menapak beredar dari ruangan pejabat menantunya itu. Adrian mengeluh berat.
   
 Aku tak tahu macam mana nak berhadapan dengan kau, Arissa. Aku rasa serba salah. Aku merosakkan segala-galanya. Hati aku terlalu lemah sehinggakan aku tak mampu untuk memandang kau lagi. Setiap perkara yang dah terjadi membuatkan aku sangsi kepada kau. Mungkinkah bayi itu bukan milik aku tetapi milik Ammar? Entah kenapa aku fikir benda bodoh macam ni. Aku tak tahu apa yang harus aku lakukan untuk terus mempercayai kau.

Adrian menarik nafas dalam-dalam. Dia sudah berusaha untuk mengelakkan diri daripada Arissa. Namun, jauh di sudut hati dia berasa rindu akan senyuman si jelita yang selama ini telah mencuri hatinya itu. Terlalu rindu. Dia rindukan saat-saat bahagia yang pernah muncul di dalam kehidupan mereka berdua. Saat mereka menyulam kasih dan cinta bersama.

        Pintu diketuk berkali-kali, mematikan lamunan Adrian.

“Encik, ni saya bawakan minuman. Err.. Bukan Encik Adrian ada tetamu ke tadi?” Juwita sebaik sahaja dia masuk ke dalam pejabat Adrian. Dia memandang sekeliling. Tiada sesiapa di situ selain dia dan Adrian.
“Dia dah balik. Letakkan aje dulang tu dekat atas meja.”

“Oh..okay, baiklah. Saya minta diri dulu..” Juwita meletakkan dulang di atas meja kopi berhadapn dengan sofa. Gadis tersebut kemudianya berjalan menuju ke arah pintu keluar. Adrian berdehem.

“Temankan saya minum sekejap, Juwita..” Secara tiba-tiba ayat tersebut tergelincir keluar dari mulut Adrian. Bulat mata Juwita. Tak pernah-pernah bosnya itu mempelawanya seperti itu. Gadis bujang yang mengenakan kemeja putih berlengan panjang  dan skirt pensil merah paras lutut itu menapak ke arah majikannya yang muda lagi kacak itu. Adrian memandang lengang-lenggok tubuh cantik di hadapan matanya itu.

“Please have a seat.”

“Saya agak terkejut. Sebelum ni Encik Adrian tak pernah..!”

“Tak pernah pelawa awak berbual dengan saya?” sampuk Adrian.

      Gadis yang tua setahun daripada Adrian itu mengangguk. Selama ini dia sering memerhatikan pemuda kacak yang elegan itu. Pemuda itu tidak pernah mengusiknya, apatah lagi bermain mata dengan gadis tersebut. Dia sangat professional terhadap pekerjanya. Kadangkala gadis itu  sengaja cuba menguji majikannya itu dengan memakai pakaian yang agak seksi namun Adrian ternyata tidak tertarik malah dia langsung tidak memandangnya. Sedikit-sebanyak Juwita berasa tertarik hati kepada pemuda yang sudah bergelar suami orang itu.

“Saya nak tanya pendapat awak, Juwita.” Ujar Adrian. Dia mencabut kot yang tersarung di tubuh badannya lalu disangkutkan pada penyangkut yang disediakan. Juwita memandang tubuh tegap lelaki yang cuba dikaguminya sejak dulu itu. Adrian kemudiannya melonggarkan tali lehernya lalu duduk di atas sofa berhadapan dengan gadis cantik tersebut. Juwita terasa berdebar pula. Tidak pernah dilihat Adrian dari sisi itu.
       “Ada apa yang saya boleh tolong..?” Gugup gadis tersebut dibuatnya. Wajah Adrian yang kacak rupawan itu diperhatikan namun dia cuba mengekalkan riak bersahaja walaupun dadanya sudah dilanda ombak.

“Soalan yang saya nak tanya ni tak ada kaitannya dengan kerja tahu?”
Juwita segera mengangguk.

“Kalau awak cintakan seseorang, awak masih akan terima dia tak kalau dia minta maaf? Means, he did a very terrible things to you and always make you cry. If he regret for everything he did, will you accept his apologize?” Soalan Adrian, serius.

“Of course. Macam yang Encik Adrian cakap, kalau dia dah betul-betul menyesal dengan apa yang dia buat, tentu sekali saya akan maafkan dia.. Orang yang saling mencintai ni haruslah sentiasa memaafkan satu sama lain. Itulah makna sebenar percintaan. Boleh saya tanya? Apa yang terjadi?” Juwita tersenyum manis sambil matanya dilirikkan ke arah Adrian. Juwita menjawab persoalan Adrian dan kemudiannya menyoalnya kembali.

         “It’s just.. Entahlah. Kalau betullah semua yang awak cakap ni, that’s mean obviously she don’t really love me..” Adrian tersenyum hampar. Kecewa.

3 comments:

IVORYGINGER at: August 25, 2015 at 7:24 AM said...

Dont be stupid Andrian... dont simply make thing worse... please understand your wife... she said that bcoz she hurt on loosing your child... go n ask your friend what exactly happen...

Unknown at: August 12, 2016 at 7:29 AM said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website kami www.kumpulbagi.com atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

Kikin at: June 4, 2017 at 8:20 PM said...

Sambung lagi pls

myfreecopyright.com registered & protected
Transparent Green Star