Kejora Cinta Adrian Part 35

            Jari-jemari mengetuk meja, berirama. Ammar Wafi memandang sekeliling pejabat Adrian Zareth. Cantik. Segelanya tersusun rapi. Beberapa Bingkai gambar tertera wajah Adrian yang cukup kacak dan menawan itu. Terselit sedikit rasa cemburu melihat segala kesenangan yang telah diperolehi Adrian. Kesenangan yang jatuh bergolek-golek ke kaki pemuda tersebut. Kesenangan yang diperolehi dengan mudah. Itulah tuah memiliki bapa yang banyak harta, fikir Ammar.

Sudah lima belas minit Ammar menunggu Adrian. Setiausaha Adrian mengatakan pemuda itu sedang bermesyuarat dengan ahli lembaga pengarah di bilik mesyuarat. Pemuda itu semakin bosan. Kemudian, dia membelek telefon bimbit berjenama HTC miliknya. Dibukanya mesej yang dibalas Adrian pagi tadi, mesej yang dihantar kepada buah hatinya itu. Dia tersenyum sinis. Dia pasti Adrian mesti tertanya-tanya siapakah keparat yang menganggu rumahtangganya dan pasti pemuda itu tidak tahu bahawa sahabat baiknya itu orangnya.

Bukan main eh lagi kau sound aku. Tengoklah balasan yang aku bagi nanti, Ryan.

            Ammar mengatur strateginya. Dia akan menyakiti Adrian sehingga pemuda itu melepaskan Arissa daripada ikatan perkahwinan. Nasib baik nombor telefonnya keduanya itu tidak diberikan pada Adrian Zareth. Kalau tidak sah-sah kepalanya kena cantas dek pemuda yang panas baran itu!

Kedengaran pintu pejabat dibuka. Ammar mengalihkan pandangan. Tertera wajah Adrian dengan senyuman lebarnya. Meluat Ammar memandangnya.

Kita tengok berapa lama lagi kau mampu tersenyum lebar macam tu.

Ammar membalas senyuman sahabatnya itu. Dia bangkit daripada duduk dan menuju ke arah Adrian lalu bersalaman dengan pemuda tersebut, atau lebih tepat lagi musuh cintanya. Adrian meletakkan beberapa keping fail ke atas meja dan mencabut  kot yang tersarung pada badannya lalu disangkut di tempat yang disediakan.

“Lama jugak tak jumpa kau kan? Kalau tak silap aku lepas aku balik honeymoon hari tu. Kau ni tiba-tiba datang mesti ada apa-apa. Datang dekat office pulak tu.”

            Ammar berdehem. Mana kau tahu ni? Aku nak jalankan masterplan aku lah.

“Aku dataang singgahlah. Kebetulan aku pun ada jumpa client dekat area-area sini. Aku menganggu kau ke? Kalau kau busy tak apalah. Aku boleh balik,” Ammar mencapai briefcasenya. Adrian segera menahan pemuda itu lalu disuruhnya Ammar duduk di atas sofa.

“Eh kau ni.  Entah apa-apa jantan merajuk. Aku tanya je kan?”

“Macam tak sudi je aku dengar.”

“Ish kau ni! Duduk je dulu. Alang-alang aku tak busy ni kita boleh borak sikit. Kejab ye.” Adrian bangkit dan menuju ke intercom.

“Juwita, pesankan saya dua cawan coffee. Cepat sikit okay.” Dimatikan.

Adrian kembali mendapatkan Ammar. Tie hitam di leher dilonggarkan. Pemuda itu menyisir rambut coklatnya yang tersikat kemas. Dia duduk di atas sofa berhadapan dengan Ammar.

“Business macam mana? Okay?” Soal Adrian.

“Okaylah. Apa tak okaynya. Ini Ammar kan? Kau ni aku tengok macam letih aje. Kau tak cukup rehat ke?” Ammar. Berpura-pura ambil berat.

“Memang pun. Aku sempat tidur berapa jam je semalam. Tu yang letih tak ingat dunia tu. Kejab lagi kena pergi Klang pulak. Tak pasal-pasal pengsan tengah jalan je aku nanti.” Adrian menyandarkan badannya.

“Kau buat apa sampai tak cukup tidur ni haa? Layan bini?” Soal Ammar

Jangan cakap dia dah berbaik dengan Arissa??

“Kau ni otak kuninglah. Haish!”

“Dah kau cakap tak cukup tidur. Aku tak fikir benda lainlah selain tu. Haha!” Ammar ketawa, ketawa yang seratus peratus dibuat-buat. Ah bencinya aku!

            Adrian hanya memandang wajah Ammar tajam-tajam. Langsung tidak ketawa dengan lawak yang dibuat pemuda tersebut. Ammar terdiam. Tiba-tiba dia seram sejuk. Adakah Adrian sudah tahu siapa gerangannya yang menjadi penjahat di dalam telenovela cinta suami isteri itu?

“Aku tak boleh tidur pasal ada satu jantan keparat mesej bini aku.”

Berdebar Ammar.

“Siapa? Kau kenalkah?”

Adrian menggeleng.

“Sebab aku tak kenallah aku tak dapat buat apa-apa. Cuma dapat balas mesej  dia je. Kalau ada depan mata aku dah lama aku bunuh jantan tak guna tu. Berani-berani dia nak rosakkan rumahtangga orang!” Adrian naik marah kembali.

            Akulah lelaki tu, Adrian. Tengok. Aku duduk betul-betul depan muka kau.

“Kau tanyalah pada bini kau tu.” Ammar.

“Aku tak sampai hati, Mar. Dahlah dia ingat aku ada perempuan simpanan. Kalau tiba-tiba aku soal dia ada lelaki simpanan, tak ke makin syak dia dekat aku? Nanti dia kata aku sengaja tuduh dia pulak sebab nak tutup rahsia aku. Aku kesian dekat Arissa tu. Dia baik sangat dengan aku. Tapi jantan tu lah nak api-apikan bini aku tu. Siap tanya lagi nak bercerai ke tak. Panas hati aku subuh tadi. Sampai tak bole nak tidur,”Adrian tanpa syak wasangka menceritakan masalah rumahtangganya kepada Ammar. Dia menaruh kepercayaan kepada lelaki tersebut. Walhal dia tidak tahu Ammar kini sedang mengetawakannya dalam hati.

“Kau ada perempuan simpanan ke?”

“Gila! Sejahat-jahat aku aku tak buat benda macam tu, Mar. Tapi iyelah. Salah aku jugak. Cheryl, ex aku ganggu aku lagi. Itu yang buat Arissa fikir bukan-bukan tu. Apa yang aku patut buat kalau macam tu? Aku tak nak Arissa sedih.”

“Kau asyik fikirkan Arissa. Perasaan kau macam mana pulak?”

            “Entahlah, Mar. Aku sekarang keliru sangat-sangat. Aku tak tahu nak percaya pada siapa. Depan aku Arissa tu baik sangat. Tapi bila aku baca mesej tu aku rasa macam dia tipu aku bulat-bulat. Jantan tu tak akan cakap macam tu kalau Arissa tak bagitahu masalah kitorang. Entah-entah memang betul dia ada lelaki simpanan. Tapi tak mungkinlah…” Adrian membongkokkan badannya, memegang kepala dengan kedua tapak tangan. Ammar tersenyum apabila pemuda itu tidak memandangnya. Padan muka kau!

“Macam ni, Ryan. Apa kata kau bincang elok-elok dengan Arissa. Kau soal dia.”

“Tak boleh. Aku tak sampai hati. Aku lemah tengok air mata dia.”

“Habis tu kau nak tunggu sampai hati kau hancur berkecai dulu ke?”

“Entahlah. Aku tak tahu. Aku buntu sangat-sangat.”

“Kalau macam tu lah gayanya, aku cadangkan kau perhatikan gerak-geri bini kau tu. Kau ambil tahu ke mana dia keluar. Dengan siapa dia berhubung.”

“Tak ke nampak macam aku mengongkong dia?” Adrian memandang Ammar.

“Kau nak dia terlepas ke tangan lelaki tu ke? Kau tak sayang dia ke?”

“Aku sayang sangat sangat. Aku cintakan dia. Lebih dari nyawa aku sekarang ni. Tak ada dia buat aku rasa macam nak mati aje, Mar. Aku tak pernah rasa sayang, cinta macam ni kuat seumur hidup aku. Sumpah!”

Bulat mata Ammar. Terbit rasa serba-salah di hatinya memperlakukan perkara sebegitu terhadap sahabat baiknya sejak kecil. Tapi hati yang dipenuhi cemburu dan dendam membuatkan dia cuba untuk tidak mengendahkan perasaan lemah itu. Dia tidak mahu menyerah kalah. Itu bukan namanya Ammar.

“Kalau Arissa pun berperasaan seperti kau dia tak akan layan laki entah apa-apa tu. Kau kena selidik bini kau tu, Ryan. Sorrylah cara aku cakap ni macam salahkan Arissa tapi aku cuma nak sahabat baik aku ni bahagia dunia akhirat. Itu aje,”Ammar tersenyum ke arah Adrian Zareth. Rancangannya kini berjalan dengan baik. Cuma tunggu masa dan sedikit lagi helah. Kemudian, Arissa bakal menjadi miliknya. SEPENUHNYA!

Kejora Cinta Adrian Part 34

            Bunyi mesej mengejutkan Adrian dari tidur. Pemuda itu menggeliat. Sungguh letih badannya itu. Tidak pernah dia rasakan letih seperti itu. Arissa kelihatan lena di sisinya. Kepala gadis itu berada di atas lengannya. Kelihatan bahunya yang terdedah. Adrian tersenyum. Dia mencium bahu Arissa. Wangi. Hari itu merupakan hari paling bahagia buatnya.Akhirnya dia telah memiliki Arissa, gadis yang dipujanya itu. Adrian merangkul tubuh Arissa. Tidak sangka dia tunduk juga kepada gadis jelita itu. Jantung berdegup kencang, seakan membisikkan betapa sayangnya pemuda itu kepada isterinya.

“I love you, Arissa. Love with all my heart.” Adrian membisikkan kata cinta di telinga Arissa.

Telefon bimbit di bawah bantal digapai.

Siapa pulak hantar mesej pagi-pagi macam ni? Dah pukul empat rupanya!

Adrian menekan butang buka. Dua mesej dari nombor yang tidak dikenali di telefon Arissa. Mesej daripada orang yang sama. Adrian menggosok matanya yang terasa kabur itu. Setiap butir ayat diteliti.

So macam mana? Awak dah buat keputusan sama ada nak teruskan perkahwinan tu atau tak?

Saya nak yang terbaik untuk awak. Apa-apa hal saya sedia membantu awak.
Menyirap darah Adrian saat itu. Memang benarlah sangkaannya selama ini! Tak lain tak bukan lelaki yang bernama ‘sweetheart’ itu menghubungi Arissa!

Aku ingat Arissa sengaja menyakitkan hati aku. Aku ingat dia tak berselingkuh dengan mana-mana lelaki! Tapi apa semua ni?? Dia tak cuba buat aku cemburu tapi memang benar dia ada lelaki lain! Urgghh! Kenapa semua ni terjadi? Siapa lelaki ni?? Kenapa dia still menghubungi isteri aku?

Get the hell out of my business! I will kill you for sure. This is my wife and I don’t want you to mess around with her. See her again and I will cut your throat! Get your fucking ass out of her sight! I warn you!

            Mesej dihantar! Adrian menarik tangannya yang berada di kepala Arissa. Entah kenapa dia rasa seperti diperbodohkan bulat-bulat oleh Arissa. Perasaannya berkecamuk, tak tahu mana yang betul dan mana yang salah. Dilihatnya wajah isteri yang masih lena dibuai mimpi. Berbagai persoalan timbul di benaknya.

Kenapa kau buat macam ni? Boleh tak kalau kau jelaskan apa yang sebenarnya dah jadi? Tolonglah. Tolong jangan permainkan perasaan aku, Rissa. Aku tak faham apa yang sedang terjadi ni.

            Adrian bangkit dari katil setelah dia memadam kedua-dua mesej dari lelaki yang menganggu ketenteraman hidupnya. Adrian kemudiannya menyarung seluar dan mencapai singlet yang tersangkut di kepala katil. Dikerlingnya Arissa yang masih berselimut. Entah mengapa dia tidak lagi rasa bahagia. Cemburu menguasai diri. Arissa begitu baik padanya, tetapi apa maksud mesej yang baru dibacanya tadi? Arissa bercadang untuk berceraikah?

Aku tak tahu macam mana nak hadapi semua ni. Kenapa tiap kali aku pandang kau, aku rasa seperti aku dikhianati? Mungkinkah semua ni permainan perasaan aku? Arissa tak akan buat macam tu.

“Ryan..” Kedengaran namanya dipanggil. Adrian menoleh, memandang isterinya yang jelita tersebut. Arissa menggosok matanya.

“You nak ke mana?”

“Keluar ambil angin.” Ringkas!

Arissa bangkit dari pembaringannya, selimut diselak. Dia menghampiri suaminya itu lalu dipeluknya pemuda tersebut. Kepalanya dilekapkan di dada sang suami. Adrian tersenyum kelat. Dia mengelus rambut lembut isterinya itu. Perlahan dia mengucup kepala Arissa Azzalea.

Apa yang patut aku fikir sekarang, Arissa..?

“Tak boleh tidur ke?”

            “I ganggu you ke?” Adrian. Dia memejamkan mata sambil memeluk erat-erat tubuh Arissa, berharap agar dia dapat melupakan segala yang menganggu fikirannya. Arissa mencium dada suaminya. “Taklah.”

“You tidurlah dulu ye sayang. I nak ke dapur. Haus.”

“Tak nak..”Manja kedengarannya.

“Habis tu you nak apa?”

“You…”

“Nak I?”

Arissa mengangguk. Matanya masih tertutup. Tiba-tiba terasa badannya diangkat Adrian. Terus segar bugar matanya. Dipandangnya wajah sang suami yang samar-samar kelihatan. Arissa tersenyum. Dirangkul leher Adrian. Adrian makin bingung. Dia jelas-jelas tidak memahami apa yang sedang berlaku. Di matanya Arissa sungguh baik. Tapi mesej tersebut? Kemudian, si suami mula bersuara.

“You sayang I tak?” Pemuda itu masih mendukung isterinya. Dibawanya Arissa ke katil. Arissa memandang mata coklat hazel suaminya itu lalu dia mengangguk.

“You cinta I tak?”

Arissa terdiam. Adakah dia sudah jatuh cinta kepada sahabat baiknya itu?

“Macam mana dengan you?” Soalan berganti soalan.

“I cinta pada you.” Adrian membalas. Terasa wajahnya panas. Saat itu matanya mulai berkaca. Entah mengapa dia begitu sensitif baru-baru ini.

“Kenapa ni? You nak menangis ke? Adrian..” Arissa mulai rasa tidak sedap hati.

“Arissa, I nak you janji sesuatu dengan I. Boleh?” Satu permintaan terhambur keluar dari mulut Adrian.Tubuh si isteri diletakkan di atas katil. Adrian duduk bersebelahan dengan Arissa lalu dia memegang pipi Arissa dengan lembut.

 “Berjanji yang you tak akan tinggalkan I.”

“Adrian. Kenapa you tiba-tiba cakap macam ni?”

“Promise me..!”

“I promise.” Arissa akur.

“I tak nak kehilangan you. I tak nak.”

Arissa tidak memahami akan sebab Adrian berperangai sebegitu pada subuh-subuh hari.

Dia mamai ke? Apa maksud semua ni?

“You okay tak ni? Tolonglah jangan menangis. Tak handsomelah..”

Adrian tertawa. Segera dia mengesat air matanya yang bertakung. Menarik jari-jemari Arissa lalu mengucupnya berkali-kali. Ya, dia sudah benar-benar jatuh hati kepada gadis yang dahulunya sahabat baiknya.

“Jadi akhirnya you mengakulah I ni handsome?”

Arissa mencubit pipi Adrian yang tak seberapa itu. Adrian menerkam ke arah si isteri lalu menggeletek gadis itu. Arissa menjerit kecil sambil diiringi tawa. Adrian menekup bibir gadis itu dengan telapak tangannya.

“Shuuuhh..! Mummy dengan daddy ada dekat sebelah. Tak boleh bising.”

Bulat mata Arissa. Dia mengalihkan tangan Adrian. Dia menampar bahu suaminya.

“You yang mulakan dulu kan..?”

“Iya. Iya. I salah. Dah. Jom tidur. Esok nak bangun sebelum subuh.” Adrian. Kening Arissa terangkat. “Apasal awal sangat?” Soalnya tanda tidak mengerti.

“Kan kita kena solat subuh berjemaah dengan mummy dengan daddy. Tak ingat ke? And satu lagi, kita kena bersihkan diri. Kan kita dah tuu..?” Usik Adrian.

Arissa menampar manja dada Adrian. Suka malukan orang!

Kejora Cinta Adrian Part 33

            Setelah selesai mengerjakan sembayang Isyak berjemaah bersama, Adrian dan keluarganya turun ke ruang makan untuk makan malambersama-sama. Dato’ Zulkarnain tersenyum melihat perubahan yang baik daripada Adrian. Sepanjang hidupnya belum pernah Adrian menjadi imam. Inilah kali pertama dan ianya sungguh sempurna. Nampak nilai kebaikan pemuda itu setelah bergelar seorang suami. Pastinya Arissalah yang mendorong pemuda itu ke arah jalan yang benar, fikir lelaki hartawan itu.

            Arissa menyediakan beberapa jenis lauk pauk untuk hidangan makan malam mereka sekeluarga. Terdapat asam pedas kegemaran bapa mertuanya, kari kepala ikan kesukaan ibunya dan juga ayam masak lemak cili padi khas buat suami-baru-berbaiknya itu. Saat tudung saji dibuka, semerbak bau harum masakan gadis itu. Bertambah-tambah lapar Adrian dibuatnya. Sudah seminggu dia tidak merasa air tangan isteri tersayangnya akibat perang dingin yang terjadi di antara mereka berdua sebelum ini.

“Amboi sedapnya bau..! Ni yang makin lapar ni!” Adrian berseloroh. Arissa mengerling suaminya itu.

Haa! Hari ni baru reti nak makan masakan isteri. Merajuk lagi tahulah nasib kau!

            Mertua dan suaminya sudahpun duduk di atas kerusi. Arissa menghulurkan sepinggan nasi untuk setiap seorang. Datin Julia tersenyum apabila melihat kelembutan menantunya melayan kehadiran mereka berdua di situ.

“Jemput makan, mummy, daddy. Rissa masak lauk biasa-biasa je ni. Harap-harap daddy dan mummy sudilah makan masakan Rissa yang tak seberapa ni,” Arissa tersenyum manis sambil menghulurkan pinggan berisi lauk kepada mertuanya itu.

“Jemput mummy dengan daddy aje? I macam mana pulak? Tak nak jemput?” Soal Adrian. Tertawa ibu bapa pemuda tersebut dibuatnya.

“Jemput makan..” Arissa membalas selamba.

“Tak romantik langsung.”

“Makan pun nak romantik ke? Tak faham betullah dengan dia ni,” Getus Arissa.

            “Tengok Arissa ni mummy. Macam tu aje dia cakap dekat Ryan!” Adrian sengaja mahu mengusik isterinya. Makin dilihat gadis itu makin geram. Comel!

Kenapalah time aku marah-marah dulu aku tak nampak semua kebaikan yang dia dah buat untuk aku?

“Makan ajelah Ryan. Jangan banyak cerita. Penat-penat Rissa masak dekat dapur tadi. Tak bersyukur betul Ryan ni,” Tegur si bapa. Adrian mencebikkan wajahnya. Arissa menjelir ke arahnya. Padan muka!

“Tahu-tahu je Rissa apa yang mummy dengan daddy suka kan. Pandai Rissa masak. Sedap!” Datin Julia memuji-muji menantunya.

Tak salahlah keputusan mummy ambil Arissa jadi menantu. Perfect untuk anak mummy!

“Biasa-biasa ajelah mummy. Belajar dekat buku resepi aje. Makanlah. Kalau sedap, tambahlah. Banyak nasi yang Rissa tanak tadi.”

“Kalau tiap-tiap hari Ryan makan sedap-sedap macam ni silap haribulan gemuklah anak daddy ni nanti,” Gurau Dato’ Zulkarnain. Adrian yang sedang mengunyah nasi tersedak. Segra Arissa hulurkan segelas air masak ke tangan Adrian.

Itulah makan gelojoh sangat! Kan dah tersedak!

“Uhuk! Uhuk! Daddy ni kesitu pulak! Kalau gemuk malulah,” Adrian. Dia meneguk air kosong itu sehingga tinggal separuh air di dalam gelas.

“Malu apanya? Tengok daddy buncit ni daddy tak malu pun?” Selepas itu satu suapan masuk ke dalam mulut. Sedap betul asam pedas menantu aku ni!

“Dah buncit daddy tu tak boleh nak hilang, terpaksalah jadi tak malu daddy oi.” Amboi lancang kuning sungguh anak aku ni!

Arissa tersenyum. Kalau macam ni tiap-tiap hari kan bagus. Tak adalah aku asyik sedih aje. Adrian ni sekejab marah, sekejab baik. Kalau dia baik-baik macam ni selalu tak adalah aku susah hati, bingung nak fikir.

*    *    *

            “Selamat malam daddy. Tidur lena-lena. Esok kita borak-borak panjang lagi. Assalamualaikum.” Adrian sebelum dia menutup pintu kamar tidurnya. Selepas makan malam tadi dia leka berborak dengan bapanya sampai tidak sedar jam sudah menginjak ke pukul satu pagi. Mata sudah mengantuk. Esok kena bangun awal nak ke pejabat pula.

            Samar-samar kelihatan si isteri sedang berbaring di atas katil empuk. Gadis yang mengenakan baju tidur satin biru tidak berlengan itu kelihatan seperti sedang enak dibuai mimpi. Adrian menelan air liurnya.

Aku nak buat apa ni? Dia dah tidur ke? Apa patut aku buat? Erk..

Adrian berasa tidak sedap hati. Dia tidak tahu apa yang harus dilakukan. Adakah dia patut terus naik ke katil dan tidur bersebelahan isterinya tanpa sepatah kata atau harus mengejutkan si isteri dan meminta keizinannya dahulu? Adrian memilih pilihan kedua.

Perlahan-lahan pemuda itu menapak ke katil, berdekatan dengan Arissa yang kelihatan seksi dengan baju separa lutut yang melekat di tubuhnya. Bergelora perasaan Adrian tatkala melihat isterinya yang halal namun tak terusik itu.

Hujung jari Adrian menyentuh kulit lengan Arissa.

“Arissa. Bangun.” Panggil pemuda itu separuh berbisik. Arissa tidak terjaga. Atau lebih tepat lagi, sengaja berpura-pura tidur. Gadis itu berganjak sedikit, mengiring ke tepi, menampakkan sebahagian pehanya yang putih melepak. Adrian mengucap banyak-banyak. Dia tidak tahu berapa lama dia boleh bertahan untuk tidak menyentuh isterinya yang seakan-akan cuba menggodanya itu.

“Arissa…! Bangunlah kejab. I nak tidur dekat mana ni? Boleh tak tidur sebelah you? You tak marah kan?”Soal Adrian. Arissa masih tidak membalas kata-katanya lalu Adrian terus melabuhkan badannya di atas tilam empuk tersebut. Pemuda tersebut kemudiannya bangun. Dia tidak dapat melelapkan matanya. Resah perasaannya apabila melihat Arissa yang jelita itu berada di sebelahnya.

            Adrian menyandarkan belakang badannya ke kepala katil yang beralaskan bantal. Dia memerhatikan si gadis yang kini menjadi ratu hatinya, Arissa Azzalea. Adrian tidak senang duduk. Pemuda itu kemudiannya mendekatkan diri dengan gadis yang kelihatan comel itu. Rambut gadis itu dibelai lembut. Adrian mencium rambut wangi isterinya itu. Lembut, tidak mahu mengejutkan gadis tersebut. Risau nanti dimarah pula.

“Sampai bila kita nak macam ni?”Soal Adrian perlahan.

“Macam apa?” Tiba-tiba Arissa bersuara. Terkejut Adrian dibuatnya. Segera dia menjauhkan diri daripada Arissa, risau jika dituduh cuba melakukan hal bukan-bukan terhadap gadis itu. Mata Arissa terbuka. Adrian mengurut dadanya berkali-kali. Isterinya itu bangun dari pembaringan. Kini dua perawan itu berhadapan antara satu sama lain.

            “I tak buat apa-apa. Sumpah!” Adrian mengangkat tangannya. Arissa tertawa kecil. Comel betul suami aku ni. Geram!

Adrian berdehem. Dia tidak memandang Arissa. Tangan Arissa tiba-tiba hinggap di wajahnya. Adrian menahan dirinya. Tidak tahu apa yang patut dilakukan ketika sedang berdua-duaan dengan si isteri dalam keadaan begitu.

“Rissa. I nak you.. sekarang,”Adrian memberanikan diri megucapkan ayat berani matinya. Arissa terdiam namun dia tidak membantah apa-apa. Mungkin dah sampai masanya dia beri apa yang seorang suami patut dapat. Gadis itu mengangguk lembut. Adrian tersenyum. Dicapainya tangan gadis itu lalu dicium penuh kelembutan.

Tubuh gebu Arissa dibelai Adrian penuh lembut. Malam tersebut bakal menjadi malam bersejarah buat mereka. Malam pertama mereka bersama sebagai suami isteri yang sebenar. Adrian menarik nafas panjang. Wajah bertemu wajah, bibir bertaut rapat, menyalurkan perasaan kasih dan sayang antara dua insan yang saling memerlukan di antara satu sama lain.

            “Be careful. It’s my first time..” Perlahan suara Arissa kedengaran. “Me too..” Ringkas Adrian. Saat itu lampu di malapkan dan bermulalah kehidupan baru pasangan suami isteri tersebut. Kehidupan di alam perkahwinan sebenar.

Kejora Cinta Adrian Part 32

            “Assalamualaikum..” Kedengaran suara ibu Adrian dari luar rumah. Wanita tersebut tercegat di luar pagar sambil menekan loceng. Terkocoh-kocoh Adrian dan Arissa bangkit dari katil.

“Mummy dan daddy dah sampai! Macam mana ni??” Arissa membetulkan pakaiannya. Adrian menggaru kepalanya.

 Ah! Kacau daun sungguh!

“Macam ni. You pergi sambut diorang, I pergi ambil barang dalam guest room. Malam ni kan diorang tidur dekat situ? Takut kantoi pulak nanti I tidur dekat situ.” Adrian mengutarakan idea. Arissa mengangguk. Dia tersengih. Adrian segara bergegas menuju pintu keluar namun Arissa memanggilnya. Pemuda itu berhenti melangkah apabila si isteri mendekatinya.

“Ada apa?”

“Mulut you. Ada kesan lipstick…” Arissa mengesat mulut suaminya. Adrian senyum kambing. Dipandangnya bibir Arissa.

Habis dah lipstick dekat bibir dia. Tadi bukan main merah bibirnya! Geram!

Adrian turut mengesat bibir Arissa yang comot. Comelnya bini aku ni!

“Okay dah. Cepat tahu? Jangan tinggalkan bahan bukti!” Arissa mengarah namun masih comel di mata Adrian. Adrian mengetap bibir. Geram memandang wajah manis Arissa. Sekali lagi dikucupnya bibir si gadis. Chuupp! Kemudian pemuda itu  berlari ke bilik tetamu, mahu menyimpan barang-barangnya. Nanti diketahui pula yang mereka tidak tidur sebilik!

Arissa tersenyum malu. Tak pernah rasa sebahagia ini. Dia menuruni tangga, segera mendapatkan mertuanya yang sudah lama tercegat di luar rumah. Pintu utama dibuak luas sebelum ditekannya remote pintu pagar. Beberapa saat kemudian, pintu pagar terbuka lebar lalu Mercedes Benz S-Class masuk ke dalam perkarangan rumah. Kelihatan orang tua Adrian keluar dari perut kereta.

“Apasal lambat sangat buka? Rissa buat apa? Busy?” Datin Julia.

            “Tak busy pun. Rissa tadi.. Emm.. Tengah kemas bilik.. Itulah pasal. Tak berapa dengar bunyi loceng..” Arissa tersengih. Gadis itu segera bersalaman dengan mertuanya. Dicium tangan ibu metuanya sebelum pipinya dilagakan ke kiri dan kanan. Rasanya sudah lama mereka tidak bertemu. Mungkin sebulan dua.

“Betul ke Rissa kemas bilik je ni?” Soal si ibu mertua. Arissa cepat-cepat menganggukkan kepalanya. Datin Julia menghampiri menantunya lalu membetulkan rambut Arissa yang sudah tidak terurus itu. Wanita itu ketawa kecil. Merah wajah Arissa dibuatnya.

Semua ni gara-gara Adrianlah ni! Malunya..!

“Mana Adrian? Kemas bilik jugak ke?” Soalan lagi!

“Adrian..? Er.. Dia ada dekat atas. Mandi! Haah. Adrian tengah mandi.” Ah! Menipu aje kau ni kan Arissa!

“Haih? Pukul sebelas baru nak mandi? Adrian tak pergi kerja ke hari ni? Kereta dia ada je daddy tengok ni,” Dato’ Zulkarnain mencelah. Lelaki setengah abad itu membuka bonet kereta mewahnya lalu mengeluarkan dua buah bagasi. Arissa membantu bapa mertuanya mengangkat beg berat tersebut. Saat itu dia tertanya-tanya sama ada Adrian sudah selesai mengemas bilik tetamu rumahnya itu.

“Masuklah dulu, mummy, daddy. Tak apa. Beg ni biar Rissa je angkat. Mesti mummy dan daddy penat kan datang dari jauh..” Si menantu bersuara lagi.

“Tak penat manalah. Bukan jauh pun perjalanannya. Sejam dua je lagipun.”

Sebiji beg dijinjing Dato’ Zulkarnain dan sebiji lagi dijinjing Arissa. Bayang-bayang Adrian masih tidak kelihatan sewaktu mereka menapak ke dalam rumah. Arissa tersenyum kambing tapi perasaannya macam jantung macam nak tercabut dari tangkainya.

“Mummy dengan daddy duduk dulu. Rissa nak panggilkan Adrian sekejab ye?” Arissa meletakkan bagasi berisi pakaian mertuanya di atas lantai. Gadis itu segera bergerak, memanjat tangga. Namun, beberapa saat kemudian Adrian keluar.

            “Mummy! Daddy! Sorrylah Ryan tak sambut mummy dengan daddy tadi. Busy dekat atas. Apa khabar? Mummy sihat? Makin cantik mummy sekarang kan?” Adrian memaniskan muka. Dia segera berpelukan dengan ibunya sejurus sahaja menuruni anak tanggga yang tinggi itu. Kemudian, dia bersalaman dengan bapanya pula. 

“Mummy sihat aje. Itulah yang datang tu,” Datin Julia. Wanita tersebut duduk bersebelahan dengan suaminya. Adrian duduk di sebelah isterinya.

“Mandi apanya macam ni. Berpeluh-peluh sekali. Macam orang baru balik jogging je daddy tengok!”Usik si bapa.

“Eh? Bila masa pulak Ryan mandinya? Tadi tengah kemas baju dalam bilik.” Adrian menjawab. Arissa membulatkan mata, memberi isyarat kepada suaminya.

“Rissa yang cakap Ryan tengah mandi tadi.”

Adrian menepuk dahinya.

Nak tipu pun bagilah isyarat awal-awal!

“Memang. Tadi memang  nak mandi tapi tiba-tiba teringat baju tertinggal dekat bilik sebelah.” Arissa mencubit peha Adrian.

Bilik sebelah tu bilik tetamu lah ‘pandai’! Tak pandai menipu betul laki aku ni!

“Oh. Bukan ke bilik sebelah tu bilik tetamu? Ryan tidur dekat situ ke?” Soal ibunya. Kepala pemuda itu ligat memikir alasan apa yang patut diberikan pada wanita lewat empat puluhan itu. Aisey Mummy ni!

“Eh tak adalah! Rissa nilah. Dia biasa lipat kain dekat dalam bilik tu. Baju lipat semalam dia tak simpan lagi. Itulah pasal.”

Arissa bangun dari duduk. Adrian dan mertua memerhatikannya.

“Mummy dengan daddy rehat dulu ye? Rissa nak buat air. Mesti mummy dan daddy haus. Maklumlah jauh perjalanan,” Arissa segera menuju ke dapur.

­­­*   *   *

            Arissa membancuh sejug the o ais limau di dapur. Entah mengapa dia rasa berdebar-debar di hadapan kedua mertuanya itu. Tiba-tiba teringat akan kata-kata Adrian tadi. Kata-kata yang membuatkan dia berasa gembira dan rasa cukup berbesar hati. Gadis itu tersenyum sendirian sambil tangannya mengacau air di dalam jug kaca tersebut.

Dia cakap dia sayang aku. Adrian cakap dia sayang aku! Hehehe..

Tiba-tiba pinggangnya dirangkul seseorang. Tak lain tak bukan, Adrian. Terkejut Arissa dibuatnya. Dia segera memalingkan tubuhnya. Dahinya berlaga dengan dagu Adrian. Aduh!

“Apalah you ni! Suka sangat kejutkan orang!” Gerutu Arissa. Adrian mengurut-urut dagunya yang sakit. Keras betul kepala bini aku ni!

“Dah you tu tersenyum sorang-sorang dekat dapur ni. Berangan pada siapa haa?” Adrian masih memeluk pinggang Arissa. Arissa mengintai-ngintai di pintu. Takut mertuanya nampak.

“Tengok tu. Orang cakap dia buat tak tahu je!”

“Berangankan pakwe I lah!” Saat itu berderau darah Adrian. Pakwe mana?!
“Pandang I sekarang..!”nada berbaur arahan. Jealous lagi!

“Sekarang, I nak dalam otak you tu fikirkan I seorang je! Bukan laki lain.”

“Kalau tak nak?”Arissa mengusik si suami.

“Shuuhh..!” Adrian menarik kepala si isteri agar dekat dengannya. Tangan kirinya memegang pinggang Arissa erat-erat sementara sebelah lagi sudah melekap di bawah telinga gadis tersebut. Pemuda itu ingin mencium bibir manis Arissa lagi.

“Ni buat air ke buat wayang ni? Oh patutlah Adrian beria-ia nak pergi dapur. Ada udang di sebalik batu rupanya..” Si ibu tiba-tiba muncul. Segera Adrian melepaskan pelukannya. Arissa menunduk malu. Tak tahu nak jawab apa. Malu!
“Eh.. mummy…"

myfreecopyright.com registered & protected
Transparent Green Star