Kejora Cinta Adrian Part 20

“Hai pengantin baru. Amboi berseri-seri muka macam baru jadi jutawan segera!”Usik Farhan kepada bosnya yang baru sahaja tiba di perkarangan pejabatnya. Adrian Zareth segera memegang wajahnya. Dia segera menghampiri cermin bersebelahan dengannya. Yeke? Uish! Tak kahwin pun memang dah semula jadi kot muka aku ni berseri-seri lah.

“Ada-ada jelah kau ni, Farhan. Tiba-tiba je tegur aku. Terkejut aku dibuatnya. Sekurang-kurangnya bagilah salam dulu ke apa ke. Nasib baik tak kena heart attack aku ni,” Adrian masih memandang cermin sambil membetulkan ikatan tali lehernya yang berjenama itu. Farhan ketawa.

            “Oops! Sorry boss! Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh, bos!”

“Haa. Macam tu lah. Waalaikumussalam!”Jawab Adrian.

Pemuda itu lantas menuju ke arah mejanya. Beg berisi laptop diletakkan di atasnya. Pemuda itu duduk di atas kerusi empuknya lalu bergaya seperti seorang bos. Nampak bergaya dengan penampilannya yang sentiasa mengikuti trend terkini. Farhan membontoti langkah bosnya itu. Dia berdiri di hadapan meja pemuda itu sambil tersengih. Adrian tidak dapat menahan gelaknya apabila riak farhan kelihatan sungguh lucu. Kau ni datang dari sarkas ke apa?

            “Apa hal dengan kau ni tersengih-sengih macam kerang busuk? Nak kipas aku nak mintak naik gaji lah tu. No way..!”Adrian menggoyangkan jari telunjuknya ke kiri dan kanan. Farhan segera menggeleng. Bukan itu tujuan utamanya.

“Macam mana honeymoon bos? Syok?”

“Eh sibuklah kau ni. Pergi buat kerjalah. Apa tanya soalan macam tu pulak dekat aku. Haish,”rungut Adrian.

“Alah bos ni. Masa bos susah bos asyik cari saya. Dah senang bos terus lupa saya. Macam ni lah bos kan? Takpe lah. Saya pergi buat kerja dulu,” dengan nada merajuk Farhan beredar perlahan. Dia kecil hati dengan bosnya yang dahulu sering menjadikannya tempat meluahkan perasaan dan kini tidak lagi.

“Okaylah, okaylah. Ke sini kau, Farhan! Buruk sangat jantan merajuk..!”

            Farhan lantas tersengih. Kali ini lebih daripada kerang busuk buruknya. Dia segera mendapatkan bosnya itu. Dia duduk di atas kerusi berhadapan dengan Adrian Zareth, anak kepada presiden syarikat itu.

“Macam mana dengan wife bos? Okay tak?” Soal pemuda yang berusia dua puluh satu tahun tersebut. Sebelum ini dia sering menjadi pendengar setia sewaktu Adrian tidak rela berkahwin dengan Arissa. Kini pastinya dia tidak akan melepaskan peluang untuk menjadi pendengar setia setelah pemuda itu menikahi gadis berkenaan. Mesti cerita menarik ni! Silap-silap kalah telenovela!

“Okaylah. Apa pulak yang tak okay nya?

“Yelah. Berdasarkan kata-kata bos hari tu macam tak okay je?”

“Yela yela. Aku terus-terang. Kami kawan je..”

Farhan tiba-tiba menepuk meja bosnya itu dengan telapak tangan. Kuat pulak tu bunyinya. Tak sakit ke tangan tepuk pada meja pejal sedemikian? Kayu jati tu. Adrian tersentak dek perbuatan spontan pekerjanya itu. Pemuda itu mengurut dadanya yang berdegup kencang seperti baru lepas kejar LRT.

“Kau apa hal? Terkejut aku!”

“Bos ni biar betik? Tak dibuat orang bini dijadikan kawan. Err. Maksud saya bos, bini dilayan macam kawan. Bini tu bini lah. Bukan kawan. Haish apa jenis kawin lah bos ni saya pun tak fahamlah,” Ngomel Farhan. Dia menggarukan kepalanya.

“Sebab itulah aku malas cakap pada kau. Kau bukan faham.”

“Bos ni banyak sangat tengok drama sinetron ni bos.”

“Sinetron hotak kau! Oh! Kau dah pandai kenakan aku sekarang? Nak kena potong gaji ke apa?” Adrian bengang. Kurang asam!

“Mana ada bos. Chilllah bos. Personal is personal. Work is work. Jangan sebab hal ni gaji saya kena potong? Bos sendiri tahu saya ni bukan orang senang bos,” pandai pula pemuda ini bermadah kata! Tadi bukan main lancar lagi dia mengata bosnya itu. Baru di gertak sedikit sudah menggelabah.

            “Kau ni macam-macam kau cakap kan? Itulah inilah. Padahal kau sendiri belum berumahtangga kan? Hah! Bila nak kahwin nya?”Giliran Adrian pula mengusiknya. Farhan segera menggeleng. Dia bangun dari kerusi dan mundar-mandir di hadapan pemuda tersebut. Ibu jari dan jari telunjuknya mengusap janggut sejemputnya sambil mulut muncung ke hadapan bak burung belatuk. Adrian memerhatikan gelagat anak buahnya yang bermulut riuh itu dengan pandangan hairan. Naik pening melihatnya ke hulu dan ke hilir.

“Bos. Biar saya bagitahu bos satu benda ni,” Farhan memulakan kata-kata.

“Apa dia?” Dijelingnya Farhan, tak kuasa nak melayan.

“Bos sendiri tahu, saya ni baru je kerja dekat company bos ni tak sampai enam bulan pun lagi kan?”

“Habis tu?”

            “Saya nak makan pun cukup tak cukup je, bos. Rumah sewa lagi, nak bagi duit dekat mak dan adik-adik kat kampung lagi. Moto kapcai saya yang dekat bawah tu pun tak habis bayar lagi bos tahu tak? Macam mana saya nak kawin kalau macam tu? Tak ke nanti isteri saya makan pasir minum air paip hari-hari? Ish bos ni cuba lah faham keadaan saya. Bos lainlah. Bos ada semuanya,”Panjang lebar Farhan berceloteh. Dia sesekali menjeling bosnya yang berlagak macho itu. Adrian memeluk tubuhnya yang dibaluti kot hitam yang elegan.

“Banyak betul alasan kau kan, Farhan?” Pemuda yang merupakan eksekutif syarikat perkapalan tersohor itu berkata-kata lagi.

“Bos ni selalu kan cakap macam tu pada saya. Apa kata bos naikkan gaji saya. So cepatlah saya kahwin. Amacam? Okay tak bos?”

            Adrian enggan melayan kerenah Farhan lagi. Dicapainya beg yang tersedia di atas meja lalu dikeluarkan MacBook Pro miliknya. Di ‘on’ kan gadjet kesayangannya itu. Beberapa saat selepas dimasukkan password, tertera wallpaper gambar Arissa Azzalea di skrin. Tersentap sebentar Adrian. Dia mengetap bibir. Eh bila pulak aku letakkan gambar dia ni dekat wallpaper?

            “Kenapa bos?” Soal Farhan sebaik sahaja riak wajah Adrian berubah. Adrian segera menggeleng. Dia berdehem berkali-kali. Tiba-tiba kedengaran pintu kaca pejabatnya diketuk seseorang. Kelihatan setiausahanya berada di luar. Pemuda itu menyuruh gadis yang mengenakan skirt paras lutut itu masuk. Farhan memerhatikan gadis berambut perang itu. Amboi! Makin lama makin seksi. Ni nak kerja ke nak mengorat bos?

“Encik Adrian. Pagi ni Encik Adrian kena pergi ke tapak untuk survey projek dekat Klang. Petang ni pukul dua, after lunch Encik Adrian ada meeting dengan supplier dekat Hilton. Lepas tu dalam pukul empat ada meeting mengejut. Presiden nak Encik Adrian bentangkan proposal yang dia suruh buat sebulan lepas dalam meeting tersebut,” Ujar gadis lewat 20-an tersebut kepada bosnya. Ipad 2 di tangan dilihatnya terperinci agar jadual Adrian pada hari itu tidak tersilap. Adrian mengangguk tanda faham. Dia mengeluh sendirian. Lepas cuti kerja pun datang macam nak mati. Haish. Balik rumah nanti terus pengsanlah aku macam ni.

            “Ada apa-apa lagi?”Soal dengan nada serius.

“Oh ya! Albert Stinson dari Densan ada call. Dia cakap dia nak buat appointment dengan Encik Adrian. Nak bincangkan pasal tender. Dia mintak Encik Adrian call dia semula untuk  confirmkan tarikh dan masa,”Gadis bernama Juwita itu teringat akan panggilan yang diperolehinya seawal pagi tadi. Adrian mengangguk buat sekelian kalinya. Farhan turut mengangguk.

“Okay. Nanti saya call dia. Kalau tak ada apa-apa lagi, awak boleh keluar.”

            Adrian memandang setiausahanya yang berkaliber itu keluar dari ruang ekslusifnya itu. Farhan ditenungnya beberapa saat. Tertelan air liur pemuda tersebut apabila pandangan tajam Adrian itu menusuk ke arahnya.

“Look at the clock now. Dah pukul sembilan kan? Why not kau pergi kat meja kau buat kerja yang kau patut buat. Apa-apa hal nanti aku panggil kau semula. Kalau kau buat kerja sungguh-sungguh, aku akan pertimbangkan untuk bagi insentif pada kau or maybe naikkan gaji kau tu. Now go. Aku nak siap-siap. Kejab lagi nak turun kat site pulak,”Adrian dengan sungguh profesional. Senyuman lebar tertera di wajah Farhan. Yes! Kena buat kerja betul-betul ni! Thanks you boss!


Kejora Cinta Adrian Part 19

“Seronok tak honeymoon?” Riuh rendah Datin Julia ketika mendapat panggilan daripada anak tunggalnya, Adrian Zareth. Dato’ Zulkarnain tersenyum melihat keletah isterinya. Seronok benar bila dah ada menantu ni. Lelaki berusia awal lima puluhan itu menghirup teh o panas yang dihidangkan wanita itu tadi. Sedap. Pandai wanita itu membacuh. Tak terlalu manis dan tak terlalu tawar, bersesuaian dengan seleranya. Manis sangat nanti kena kencing manis pula. Aku ni sudah tua, senang sangat diserang penyakit.

“Apa? Kamu berdua tak pergi Melaka? Habis tu pergi mana? Langkawi? Seronoklah macam tu..! Stay dekat mana? Best tak? The Danna Langkawi? Amboi! Ini baru betul-betul honeymoon,”Gembira sungguh ibu kepada anak lelaki Dato’ Zulkarnain berceloteh. Sekejab-sekejab gelak. Entah apa yang dibualnya dengan Adrian. Sesekali wanita itu mengerling suaminya yang sedang berselera menjamu tekak dengan kek pisang buatannya.

“Maybe Ryan balik esok. Mummy nak apa-apa tak? Ryan belikan.”

“Ikut Ryan lah. Mummy  tak kisah. Asalkan Ryan dan menantu mummy balik dengan selamat. Itu aje yang mummy minta. Nak cakap dengan daddy?”

            Dato’ Zulkarnain yang berada di situ segera menggelengkan kepala. Dia tidak mahu menganggu anaknya yang sedang berseronok itu. Bukan apa. Kalau sekali dapat berborak dengan Adrian pastinya payah nak berhenti. Ada sahaja topik untuk dibualkan bersama. Biasalah. Adrian seorang sahajalah anaknya. Padanya sahajalah tempat mengadu nasib dan berceloteh.

“Kirim salam aje dekat Adrian. Kata dekat dia jaga Arissa tu elok-elok.” Perlahan si bapa menyampaikan pesanan. Si isteri tergelak kecil sebelum menyampaikan pesanan si suami kepada anaknya. Adrian mengiakan kata si bapa. Dia pasti akan menjaga isterinya baik-baik. Beberapa saat kemudian, Datin Julia meletakkan gagang telefon setelah selesai berceloteh dengan anak lelakinya itu. Wanita empat puluhan itu menghampiri suaminya yang ralit memandangnya sejak tadi.

            “Bukan main seronok mummy berborak dengan Ryan. Apa katanya?” Si bapa mula bertanya. Dia menghulurkan secawan teh o yang baru dituangnya kepada si isteri. Datin Julia menyambut cawan yang dihulurkan itu lalu mula bercerita.

“Diorang dah tukar haluan. Tak jadi nak pergi Melaka pulak. Pergi Langkawi. Daddy pun tahu kan, Adrian tu gilakan pantai. Kalau boleh semua pantai yang ada dekat Malaysia ni dia nak pergi,” sambil tangan mencapai sekeping roti putih. Dihulurkan pada si suami. “Tak nak lah. Tawar sangat.”

            “Alhamdulillah. Bahagia anak kita berdua tu kan, daddy? Mummy mula-mula ingat Adrian dengan Arissa tu macam tak rela je nak kahwin. Ingat tak masa majlis perkahwinan hari tu. Muka macam nak marah je. Macam tak rela kahwin.”

Terbatuk kecil Dato’ Zulkarnain. Ada-ada je isterinya ini.

“Kalau diorang tak rela, tak kan nya nak pergi honeymoon segala ni. Dah sampai masa untuk Adrian jadi seorang lelaki. Biarlah dia rasa macam mana nak jadi pemimpin keluarga. Dah tak ada dah Adrian yang dulu tu.”

            “Kalau kita ingat-ingat baliklah, Adrian dulu tak macam ni. Banyak diam je. Jarang sangat nak bercakap dengan kita kan? Kalau cakap pun dengan daddy je. Sekarang, lepas balik Malaysia nampak perubahan Adrian. Nampak dia happy sikit. Eh tak sikitlah. Banyak. Mummy rasa lega..”

“Iyalah. Sekarang kita boleh nampak lah yang dia bahagia. Tak gitu, sayang?” Usik si suami. Dia mencuit bahu isterinya yang cantik. Wanita berdarah Spanish itu kelihatan anggun dengan jubah putih bertatahkan manik mutiara. Tak hairanlah jika anaknya itu mewarisi paras rupanya yang menawan itu.

            “Kenapa daddy pandang mummy macam tu?”

“Dah hampir dua puluh lima tahun kita kahwin tapi mummy masih cantik macam dulu. Beruntung daddy dapat isteri secantik mummy. Bila Adrian dah tak ada ni rasa macam muda balik daddy ni. Lain kali kita pergi honeymoon nak?”

*    *    *

            “Waaaahh… Besarnya eagle ni. Agak–agak youlah kalau eagle ni hidup and I bagi dia makan you, dia nak makan tak?”Soal Arissa berjenaka. Adrian disebelahnya menjeling. Haha.. Funny.

“Daripada dia makan I  lebih baik dia makan you..!” Balasnya selamba.

“Kenapa pulak?”

“Sebab you montok. Tu eagle jantan tahu?” Seloroh Adrian. Gotcha!

Arissa menjelirkan lidahnya. Dia kemudian mengeluarkan Nikon Coolpix P500 miliknya yang berwarna merah. Adrian mengeluarkan topi. Panas sungguh cuaca hari itu. Kini, mereka berada berdekatan Jeti Kuah, menyaksikan statue burung helang setinggi dua belas meter.

“Nah, snap picture I dengan eagle ni..! Snap canti-cantik okay!” Arissa menghulurkan kamera DSLR tersebut ke tangan Adrian. Adrian tergelak melihat telatah gadis yang masih berjalan terhincut-hincut itu. Bukan main gembira lagi dapat melancong! Hari tu bukan main tak nak lagi!

            Adrian mengambil beberapa keping gambar gadis tersebut. Di atas bukan main bergaya. Di bawah? Kelakar! Gambar penuh di elakkan kerana ternampak bandage yang terbalut di kaki. Spoil  aje.

“Jom tangkap gambar berdua!” Ajak Arissa.

“Nak buat apa tangkap gambar? Bukan dia lari pun.”

“Poyolah you  ni!”

“Siapa nak snap kan kalau dua-dua nak masuk dalam gambar ni?”

“Tu tu..! You pergilah cakap kat bro tu. Mintak dia snap..!”

“Cakaplah sendiri!”

 “You  ni tak gentleman langsung! Macam sotong! Dahlah! Bak sini kamera I!” Arissa merampas kamera di tangan pemuda tersebut. Adrian berdehem. Arissa menghampiri warga asing yang berada berdekatan. Arissa tersenyum kepada pelancong lelaki tersebut. Kacak jugak mamat ni.

Tiba-tiba kamera bertukar tangan. Terkejut Arissa saat itu. Adrian segera menuju ke arah lelaki tersebut. Tak jantanlah kalau aku suruh bini aku kan? Arissa tersengih macam kerang busuk. Kesian tengok aku jalan hincut-hincutlah tu!

            “Good afternoon, Mr. Can I ask for your favour? Can you take few picture for us? My wife is dying to take picture of both of us in front of that statue.”

“Oh sure. Why not?” Lelaki asing berusia lingkungan dua puluhan

“Well thanks.” Adrian tersenyum. Bukan susah pun nak mintak tolong, sengaja je aku mahu menyusahkan kau, Arissa. Nak tengok macam mana kau handle temper kau tu.

 Adrian segera mencari posisi untuk gambar percutiannya itu. Gambar yang bakal ditunjukkan kepada mummynya haruslah nampak cantik. Dia haruslah nampak mesra dengan ‘isteri tercinta’nya itu, biar tiada siapa yang menaruh syak wasangka. Dia menarik Arissa untuk berdiri bersebelahan dengannya. Rapat. Arissa senyum lebar, memaparkan giginya yang putih itu sambil tangannya menunjukkan isyarat ‘peace’. Ternyata gadis itu memang semulajadi comel.  Adrian memegang pinggang si gadis bagi menunjukkan keintiman mereka berdua.

“Perlu ke peluk pinggang I?” Gerutu Arissa. Adrian mengangguk sambil tersenyum lebar.

“Harus. Nanti kan mummy I nak tengok gambar kita. Haruslah mesra dan manja. Say cheese..!”

Pelbagai pose dilakukan Adrian dan Arissa. Mulanya nak suruh bro tu snap beberapa keping aje. Last-last dalam tak sedar dah hampir dekat dua puluh keeping bro tu snap. Nasib baiklah takde mintak upah, iyelah kan photographer  tak bertauliah pulak tiba-tiba. Sporting pulak pelancong ni! Bagus!


Kejora Cinta Adrian Part 18

            Kelopak mata dibuka perlahan. Pemuda tersebut mengeluh berat. Dia rasa letih. Tak pernah rasa seletih itu. Pemuda itu memandang sekelilingnya. Gelap. Sweater putih yang membaluti tubuhnya dipeluk kuat-kuat. Sejuk. Rasa sampai ke tulang hitam. Swatch di tangan diteliti. Sudah jam tiga pagi. Dia masih di situ, termenung sendirian di tepi pantai, melayan perasaan. Lampu samar-samar kelihatan. Sekali ada, sekali tiada. Entah apa yang dirasakan kini. Satu kekosongan yang melampau di dalam hatinya.

Blackberry Stormnya tiba-tiba berbunyi. Ada panggilan masuk. Adrian tidak memperdulikan jeritan alat komunikasi tersebut. Mungkin Arissa, fikirnya. Pandangannya dilemparkan ke atas langit. Jutaan bintang di angkasa. Sangat cantik. Berkelip-kelip indah. Suasana diganggu dengan bunyi telefon tersebut. Mahu sahaja dimatikan terus telefon bimbit itu. Tangan menyeluk poket belakang jeans lusuhnya. Diamati nama yang tertera di skrin. Keningnya berkerut.

            “Hello?”

“Sweetheart..,”suara manja kedengaran. Adrian bangun dari duduknya. Dia melangkah ke tepi pantai. Kedengaran hembusan bayu dan hempasan ombak di gigi air.

“Cheryl…”

“I miss you..” Kedengaran esak tangis si gadis, kekasih pemuda tersebut. Adrian berasa serba salah. Perlukah dia memberitahu gadis itu akan perkara sebenar? Dia tidak mahu menambah beban yang ada di hatinya tatkala itu.

“How are you?” Soalnya.

“Not so good.”

“Sorry…”

“It’s okay. Where have you been?”

“No where..”

            “Don’t you miss me?” Ujar gadis tersebut. Dia dapat mengagak perasaan Adrian terhadapnya. Dia dapat melihat ketidaksungguhan pemuda itu terhadap hubungan mereka setelah pulang ke Malaysia.

“Can we talk later?” Adrian makin serabut.

“Why so sudden?”

“What?”

“Are you trying to avoid me?”

“Cheryl. I’m in lot of trouble right now. I just want to get rid of that. That’s all.”

“Come back to me…”

“I can’t..!”

“Why??” Nada suara Cheryl mula meninggi. Dia tidak puas hati dengan layanan yang diterimanya. Tidak adil. Dia ditinggalkan tanpa sepatah kata. Tiada selamat tinggal, Adrian hanya beredar dari negara itu tanpa sebab. Sedikit sebanyak membuatkan gadis itu marah. Kalau benar pemuda itu tidak mencintainya, berikan sebab yang kukuh untuk meninggalkannya. Bukan berdiam sedemikian. Sangat tidak bertanggungjawab.

“Why what, huh?”

“Why don’t you come back here and be with me?!”

“Because I think I’m falling in love with someone else!” Adrian menahan amarahnya. Dia segera menamatkan perbualan dengan gadis itu. Blackberry tersebut dimatikan. Dia tidak mahu sebarang gangguan daripada sesiapa. Dia berserabut. Entah apa yang tak kena dengan perasaannya. Sejak kejadian tadi, fikirannya mula melayang entah ke mana. Arissa Azzalea, dia isteriku. Namun hakikatnya, kami cuma suami isteri bersandarkan akad nikah, bukan dengan kerelaan hati dan perasaan. Adrian memberhentikan langkahnya. Kemudian, pemuda itu duduk mencangkung, sambil kedua tangan berada di kepalanya.

            Terasa satu sentuhan lembut di bahu pemuda tersebut. Terkejut pemuda itu. Meremang bulu romanya. Kepala lantas diangkat dan menoleh ke belakang. Terpampang wajah jelita Arissa Azzalea. Rambutnya mengurai ditiup angin. Adrian mengelak daripada terus memandang gadis tersebut. Dia menundukkan kepala dan duduk di atas pasir itu. Mukanya ditekup dengan lengan. Dia tidak mahu perasaanya bergelora lagi. Cukup cukuplah dengan apa yang telah terjadi tadi. Dia tidak mahu melukakan perasaan Arissa dengan perbuatannya lagi.

“Jom balik,” Ajak Arissa. Adrian masih statik seperti patung, tak bergerak ke kanan mahupun ke kiri. Si isteri duduk di hadapan pemuda itu. Kakinya masih terasa sakit. Sejak pukul dua tadi dia mencari pemuda itu. Rupa-rupanya dia berada tidak jauh daripada hotel tersebut. Bandage yang membalutinya juga sudah kemerah-merahan dek darah yang mengalir keluar.

            “Ryan. Look at me..” Pinta gadis tersebut. Dia meletakkan tangannya di lengan si pemuda. Apabila Adrian masih enggan memperdulikannya, jari-jemarinya hinggap di rambut jejaka tersebut. Diusap-usapnya kepala si suami. Adrian menahan perasaanya. Entah mengapa tiba-tiba rasa mahu menitiskan air mata. Dia rasa sayu dan tersentuh dek belaian Arissa.

“What’s wrong? I tak marahkan you dah. Really. I tak tipu. Sejuk kat luar ni. Nanti you sakit..” Arissa masih memujuk Adrian. Pemuda tersebut mengangkat wajahnya. Matanya berkaca. Adrian mengesat matanya, mengelakkan Arissa daripada berteka-teki tentang perasaannya ketika itu.

“Jomlah.”Pemuda itu terus bangun dan melangkah pergi. Arissa ditinggalkannya beberapa langkah. Entah mengapa, dia tidak tegar untuk bersemuka dengan si isteri.

            Arissa Azzalea yang sedang duduk itu tidak dapat bangun. Kakinya terasa bisa dek luka yang diperolehinya petang tadi. Arissa mengurut-urut betisnya, berharap agar surut kesakitannya itu. Matanya ralit memandang Adrian yang semakin lama semakin jauh dari pandangannya. Langsung tak menoleh ke belakang. Adrian tidak sedarkah aku masih ada dekat sini? Mana fikiran kau melayang ni? Tolonglah aku. Kaki aku cramped ni..!

Adrian rasa tidak sedap hati. Seperti tertinggal sesuatu. Dia menoleh ke belakang.

            “Arissa, are you okay?? Sorry! Sorry! I tak sengaja..! Sakit sangat ke?”Adrian segera berlari mendapatkan gadis tersebut. Arissa tersengih. Nampak sangat dia tu lemah, luka sikit pun sampai tak boleh nak jalan.

“Maaf..! I tak sengaja..” Adrian berterusan panik. Si gadis tiba-tiba tergelak. Nasib baiklah Adrian perasan ketiadaanya di situ. Kalau tidak tidur beralaskan pasir berselimutkan ombaklah jawabnya gadis itu.

“Boleh bangun tak ni?”Soal Adrian lagi. Arissa mengangguk. Dia cuba bangun namun terasa sebelah kakinya masih cramped dan gadis itu jatuh semula. Nasib baiklah Adrian sempat memaut pinggangnya. Kalau tidak pasti tersembam dan tercium pasir jawabnya gadis itu.

            Adrian yang penuh kelakian itu dengan pantas mendukung si isteri buat kali ke tiganya untuk hari itu. Arissa hanya membiarkan perlakuan suaminya itu. Dia tidak berdaya untuk melangkah lagi.

“Thanks.”

“Tak ada hal lah. I  kan suami you. I bertanggungjawab untuk jaga you. Takkan I nak biarkan isteri I kena tinggal sakit-sakit macam ni. Itu selfish namanya tahu?”Adrian tersenyum. Arissa lega. Lelaki itu tidak moody  seperti tadi. Kejadian yang berlaku malam tadi mungkin hanyalah satu dugaan bergelar suami-isteri. Pastinya Adrian tidak berniat melakukan perkara sebegitu.

“Boleh I tanya something?” Arissa. Adrian mengangguk. Kakinya terus melangkah menuju ke suite yang berada tidak jauh dari situ.

“You cakap dengan siapa tadi? I mean, sebelum I  datang tadi?” Kata-kata Arissa membuatkan Adrian terdiam sebentar. Dia dengarkah? OMG!

“You dengar apa?”

“Tak dengar apa-apa pun. Just bunyi macam you marah.”

Phew! Nasib baik!

“Ada masalah sikit tadi. Okay dah sampai. You turun dulu. I  nak buka pintu.”


Kejora Cinta Adrian Part 17

            Berkali-kali Ammar Wafi cuba menghubungi si gadis, Arissa Azzalea namun panggilannya tidak berjawab. Pemuda itu rasa resah. Entah kenapa dia berasa tidak senang hati. Ada sesuatukah yang terjadi kepada gadis itu? Adakah gadis itu telah bersama dengan Adrian? Adakah dia baik-baik sahaja?

Sekali lagi, Ammar Wafi cuba mendail nombor telefon bekas kekasihnya Arissa. Success! Panggilannya akhirnya berjawab.

“Sayang! At last awak nak jawab jugak call saya..!” Ammar dengan nada yang penuh bersemangat. Tiada balasan dari penerima. Ammar kaget. Kenapa Arissa tidak mahu membalas kata-katanya? Marah?

            “I am so sorry. Janganlah diam macam ni. Dear, I miss you so much..!”

“Siapa kau?” Kedengaran suara kasar seorang lelaki. Ammar termanggu sendirian.

“Siapa kau dan apa kaitan kau dengan wife aku? Kau tak tahu ke yang dia dah bersuami? Apa dear? Apa miss you, miss you semua ni? Nak mati ke?” Adrian dengan nada suara yang agak tinggi. Dia tidak suka Arissa curang di belakangnya walaupun hati mereka tidak saling menyintai. Baginya, isteri adalah isteri. Perbuatan sebegini hanya mengundang dosa. Derhaka namanya tu!

“Aku..!”Ammar memperbetulkan suaranya. Risau jika di cam Adrian. Masalah!

“Kau apa?? Dengar sini ya. Dengar betul-betul! Arissa Azzalea tu, dia wife aku. Aku tak kisahlah kau ni siapa, sweetheart ke, honey bunny ke. Apa yang aku minta sekarang, respect aku. Dia dah bersuami. Apa pun hubungan korang, aku minta hentikan sekarang jugak. Faham??” Amaran daripada Adrian. Ammar terpaku mendengarnya. Dia tidak menjawab apa-apa. Pemuda itu segera memutuskan talian. Tidak sanggup bertaki mulut dengan sahabatnya sendiri.

            Ammar, Ammar. Arissa sudah ada suami. Buat apa kau nak ganggu dia lagi. Adrian tu kawan kau. Takkan kau nak porak-perandakan rumah tangga dia? Adrian, Arissa. Maafkan aku. Aku akan cuba kawal perasaan aku. Maafkan aku. Aku tak bermaksud nak menggoyahkan hubungan korang berdua. Aku akan undur diri, cuma berikan aku sedikit masa lagi untuk mengubat kesakitanku ini. Maaf..!

            Adrian memandang skrin Blackberry Arissa. Hatinya rasa panas. Tak sangka Arissa masih menyimpan kekasih walaupun sudah berkahwin dengannya. Nombor telefon pemuda itu segera dipadamkan daripada memori. Biar Arissa tak dapat contact mamat tu! Terdetik juga hatinya untuk melihat foto-foto yang berada di gallery barangan hak milik Arissa itu. Mana tahu ada gambar ‘sweetheart’ gadis itu di dalamnya. Perasaan ingin tahu menerpa ke dalam sanubari. Jealouskah aku?

Jari-jemari ligat menekan butang yang tersedia. Mahu mengorek rahsia gadis tersebut. Entah sejak bila pemuda itu pandai menyelongkar hak milik orang lain, dia pun tidak tahu. Mungkin kerana rasa ingin tahu berbaur cemburu mula terbit di hati. Iyelah suami mana tak bengang kalau isteri dia ada lelaki lain?

“What are you doing with my BB?” Soal Arissa. Gadis itu terhincut-hincut keluar dari bilik rawatan di klinik swasta yang dihantar Adrian sebentar tadi. Adrian segera menekan butang ‘cancel’. Nasib baik sempat cover!

“Main game. Bosan tunggu you.”

“Game apa?” Arissa mulai curiga. Dia tidak suka jika seseorang menggunakan harta bendanya tanpa meminta izin terlebih dahulu. Handphone tersebut bertukar tangan. Adrian tersengih.

“So, how about your feet?” Adrian cuba mengubah topik. Arissa menjulurkan kaki kanannya yang berbalut dengan bandage. Adrian membongkok, cuba melihat kaki gadis tersebut. Ditekannya bandage yang membaluti kaki gadis tersebut dengan hujung jari telunjuknya. Arissa segera mengaduh. Sakitlah, pandai!

            “You boleh jalan tak ni?” Soal Adrian. Arissa mendiamkan diri. Dia cuba melangkah namun, setiap langkahnya pasti kedengaran suara mengaduh. Pemuda tersebut tersenyum. Tengok, dah sakit pun masih keras kepala. Perlahan, dia menghampiri isterinya. Diangkatnya gadis tersebut. Susah sangat nak berjalan ya? Meh, Mr. Kind and lovable sedia membantu. Didukungnya gadis tersebut. Naik segan Arissa apabila mata-mata disekeliling melekap pada drama yang terjadi di antara mereka berdua. Adrian memang bermuka tebal. Tak pernah nak rasa malu. Arissa menutup mukanya sehingga sampai ke kereta. Ini kali pertama dia didukung oleh seorang lelaki. Terasa janggal yang amat.

            “Malam ni tak payah keluar. Duduk dalam suite je. Rehat.” Kata-kata Adrian lebih menjurus kepada arahan. Arissa terkumat-kamit mulutnya, meniru kata-kata si suami. Sebab kaulah kaki aku ni sakit tahu?

“Tengok, orang dah cakap elok-elok pun dia tak nak dengar,”Adrian masih lagi menggunakan atonansi suara yang sama. Si isteri memandang wajah pemuda tersebut. Apa tak kena dengan mamat ni? Apasal serius semacam je? Aku ada buat salah ke?

“Adrian.”

“Apa?”

“What wrong with you?” Soalnya dengan penuh tanda tanya. Adrian tidak menjawab sebaliknya dia sibuk membelek surat khabar yang berada di tangannya sejak tadi. Pemuda itu berwajah selamba, dalam hatinya sedang memberontak. Mahu sahaja ditanya siapa sweetheart yang asyik menghubungi gadis tersebut. Kenapa Arissa bilang dia tidak mempunyai sesiapa sewaktu ditanya ibu bapanya dahulu? Terasa mahu menyiat satu demi satu surat khabar ditangannya.

“Adrian.”

“Apa?”

“I nak makan ice-cream.”

“Go and get it by yourself.”

“Fine!”Arissa bangun dari pembaringannya. Dia mencapai pursenya yang berada bersebelahan. Taknak tolong sudah! Aku boleh pergi sendirilah! Jerk!

Adrian mengerling sekilas Arissa yang terhincut-hincut di hadapannya. Comel betul perangai! Cepat benar emosi. Datang bulan ke minah ni? Pantang salah cakap mesti naik angin. Emo!

            Si suami meletakkan surat khabar di atas meja solek yan berdekatan. Dia menghampiri Arissa yang tak habis-habis merungut. Pinggang gadis tersebut dipegangnya. Sekali lagi pemuda itu mendukung si gadis yang tak berat mana itu.

            “Lepaslah. I nak keluar!”Arissa meronta-ronta. Dia tidak mahu bersentuhan dengan si suami. Menyampah. Ada je cara nak buat orang emosi! Pshyco!!

Adrian membawanya ke katil semula. Arissa dipeluk kuat-kuat bagi mengelakkan gadis tersebut daripada mencakar wajah tampannya. Arissa cuba melepaskan diri. Seorang gadis yang keras kepala. Semua nak ikut katanya sahaja.

“I dah cakap kan. Rehat dan tak payah keluar.” Urghh! Apasal asyik kena dukung minah ni aje?

“Bukan you sendiri yang cakap, ‘go and get it by yourself’ tadi??” Arissa mula geram. Cakap macam keling! Arghh! Geram! Mental breakdown aku dibuatnya! Nah rasakan! Arissa mengucar-kacirkan rambut Adrian yang disikat rapi. Habis bersepah kelihatannya. Macam berus jamban. Puas hati!

“Stop!!”

“Lepaskan I sekarang. Argghhh! Stressnya akuuuu…!!!”

Adrian mencampakkan si isteri di atas katil. Terpinga-pinga Arissa ketika itu. Dia segera mengemaskan rambutnya yang sudah kusut masai. Amboi campak aku macam aku ni bola ke apa? Nasib baik tak patah tulang punggung aku ni! Kasar betul mamat ni. Nasib baiklah kaki aku ni sakit kalau tak aku terajang kau laju-laju macam Goku dalam anime Dragon Ball tu!

“Dah puas dah?!” Kasar kedengaran suara Adrian ketika itu.

“Puas apa?? Suka-suka hati je campak orang!”

“You tu yang asyik memekak! Sakit telinga tahu tak??”

“Dah kalau tak nak dengar tu tutup je telinga you tu!!” Arissa naik angin. Adrian menghampirinya. Tangannya mencapai kepala si gadis.

“Apa kata you yang tutup mulut tu?” Lantas dia mendorong leher dan mengucup bibir Arissa. Bulat mata Arissa saat itu. Terkejut dengan perbuatan si suami. Adrian memanjat ke atas katil. Ditolaknya gadis itu perlahan,sampai belakangnya bersentuhan dengan bantal di kepala katil. Bibir masih berkunci. Mata tertutup.

Kejora Cinta Adrian Part 16

            Arissa baring melentang sambil kedua tangannya didepakan di atas katil besar itu. Dia menarik nafas panjang. So close. Jantungnya berdegup kencang. Apa yang sudah jadi? Si player tu dah berjaya menggoda aku kah? Not a chance! Tapi apa yang aku rasa sekarang? Arghh! Apa kau ingat ini telenovela ke, Rissa? Golek golek then terus fall in love? Impossible. Mustahil! Mustahil!

Gadis itu memandang syiling di atasnya. Fikirannya blur, macam baru kena simbah dengan buih sabun. Dia tidak tahu apa yang harus difikirkannya ketika itu. Arissa menampar perlahan kedua pipinya sehingga rasa perit. Pastinya merah kulit gebunya itu. Gadis itu kemudiannya bergolek-golek di atas katil sambil mulutnya mengomel-ngomel. Tiba-tiba pergerakkannya terhenti.

Mana Adrian pergi? Apasal dia tinggalkan aku macam tu je?

Telefon bimbit yang berada di kakinya segera dicapai. Tertera satu teks mesej daripada seorang lelaki yang pernah muncul dalam hidupnya. Seorang lelaki yang pernah bersamanya, bekas kekasih yang bernama Ammar Wafi.

Where have you been? Don’t you miss me? I miss you so much. I can’t stop thinking of you. Please give me a chance. I truly love you, dear.

Satu persatu perkataan diteliti gadis tersebut. Bulat matanya. Ammar Wafi masih lagi cuba untuk menghubunginya walaupun sudah berkali-kali Arissa menolak lelaki itu. Dia sedar, alasannya untuk putus tidaklah sekuat mana untuk dipercayai Ammar seratus peratus. Dia tidak sanggup untuk menceritakan hal sebenarnya kepada lelaki itu bahawa dia kini sudahpun begelar seorang isteri. Dia kini hak orang lain. Lelaki yang selama ini dicemburui Ammar, sahabat baik gadis itu sendiri, Adrian Zareth. Arissa menekan dahinya yang mulai sakit. Patutkah dia berterus terang dengan Ammar. Tidakkah itu semua terlalu drastik untuk diterima lelaki tersebut? Mampukah Ammar mengerti apa yang sudah berlaku?

It’s over, Ammar. Please leave me alone. We’re done. I’m sorry. Bye.

Sent! Arissa mengeluh buat sekian kalinya. Dia tidak boleh memikirkan Ammar lagi. Dia kini isteri yang sah kepada Adrian Zareth, lelaki yang mendapat restu kedua ibu dan bapa mereka. Lelaki yang patut menjadi dunianya.

            Nombor telefon si suami di dail. Berharap agar panggilannya berjawab. Arissa bangun lalu menuju ke terres suite berkenaan. Pemandangan indah sedikit-sebanyak membantu merelakskan mindanya daripada berterusan kusut. Panggilannya tidak berjawab. Pelbagai persoalan muncul di benak gadis itu. Apa yang tidak kena dengan Adrian. Kenapa dia tidak mahu menjawab panggilan aku? Aku ada buat salah ke dekat dia? Macam tak ada.

Sekali lagi si gadis mengulangi perbuatan yang sama. Dalam beberapa saat akhirnya Adrian menjawab panggilan telefonnya itu. Arissa begitu risau dengan keadaan si pemuda.

“Where are you?” Soalnya lembut.

“Erm.. Dekat mana ya? Library,” balas Adrian.

“Kenapa keluar tadi?”

“Just wanna take some fresh air. Bosanlah asyik terperuk dalam suite aje.”

“Fresh air dalam library?”

Kedengaran Adrian terbatuk kecil. Alamak! Dah salah cakap lagi.

“Ermm.. Yeah. Anyway, ada apa you call I ni?”

“Erm.. Actually macam ni. I’m your wife. Now I’m in our suite. Alone. Where have you  been? Kenapa keluar macam tu aje?” Arissa. Adrian menggosok kepalanya.

“Tak ada apa. Just feeling awkward je dengan keadaan tadi. You  ni kan macam singa betina. Pantang ada benda pelik jadi je mesti nak naik angin. So better I lari dululah sebelum you ketuk kepala I  dengan remote control,” Adrian mengusik gadis tersebut. Tiba-tibe tercetus ketawa besar dari pemuda itu. Arissa rasa panas telinga. Kalau sehari tak kenakan aku tak sah! Selalu je nak mintak kena belasah.

“Baliklah. Let’s have a walk,” Ajak si gadis. Adrian mengangguk. Dia memutuskan talian. Pandangan mata pemuda tersebut redup memandang suasana tempat tersebut. Terbit satu kekesalan di hatinya. Dia dapat melihat dengan jelas nama yang terpampang di skrin Blackberry gadis tersebut tadi. Who’s Sweetheart?

            “Cantikkan permandangan dekat sini?” Adrian mendepakan tangannya sambil menghirup udara segar. Ala ala Jack dalam filem Titanic dah nampaknya. Arissa memandang sahaja gelagat mat salleh celup dihadapannya itu. Rambut pemuda itu ditiup angin. Kacaknya. Tak hairanlah perempuan sanggup berbunuhan untuk memiliki jejaka tersebut. Mata yang tajam dan bercahaya, hidung yang mancung, bibir yang seksi. Semua kriteria jejaka idaman ada padanya.  Tak sia-sia sia bapa pemuda itu menikahi wanita berdarah Spanish. Hasilnya, Adrian Zareth yang tampan dan sensual. Siapa tak ingin lelaki sebegitu?

But sometimes he looks so gay. Duh. Not my type at all.

Adrian memperbetulkan singletnya yang terangkat-angkat ditiup angin. Terpapar six pack miliknya. Bulat mata Arissa saat itu. Air liur ditelannya. Wow. Teringin mahu menyentuhnya. So damn hot!

“What are you looking at?” Adrian tersengih. Dia menyeluk kedua tangannya ke dalam poket short pant khaki miliknya. Dia tahu pasti Arissa tergoda dengan six pack di tubuhnya itu. Perempuan lain turut bereaksi sama seperti yang ditunjukkan Arissa sebentar tadi. Heh, penat tahu nak jaga badan nak bagi seksi macam ni tahu? Rasakan. Meleleh air liur kau, Arissa. Orang lain tak dapat. Last last aku jadi husband kau. Tak teringin ke nak pegang?

“Tak ada apa. You ni apasal perasan sangat? Ingat hot sangat ke?” Memang!

“Tak hot ke macam ni?” Adrian menyelak singletnya, memperlihatkan ketulan yang digilai rata-rata wanita. Arissa segera mengalihkan pandangannya. Tidak mahu membiarkan pemuda itu daripada berterusan mengusiknya. Bimbang dia cair pula.

“Tak payah nak tunjuk sangatlah. Bukan I nak tengok pun..!”

“Tak nak pegang?”

“Dah kalau tengok pun tak nak, inikan pula pegang. Haish. Berlagak!” Arissa memandang kanak-kanak yang sedang berlari berdekatan dengannya. Lebih baik aku pandang budak-budak tu daripada pandang kau, Mr. Not-my type!

            “Oh. Tak teringin ya? Tak pe. Nanti I  bagi perempuan lain pegang. Diorang suka tahu? You je yang tak suka. Perempuan kat luar sana berebut nak sentuh I . You yang dah jadi isteri I, tak nak pun pandang suami you yang kacak bergaya ni kan? What a waste..!” Adrian ketawa. Dia tahu, Arissa pasti sakit hati dengan kata-katanya. Biarlah. Aku suka lihat muncung dia. Macam burung belatuk!

“Alah. Bagi jelah diorang sentuh. Ambil terus pun tak apa. Macam lah I desperate sangat..”

“Tak ke?”

“Hey, watch your words, Mr. Arrogant!” Jari telunjuk tiba-tiba tercegat naik di hadapan wajah Adrian. Amboi, naik angin lagi?

Arissa enggan memperdulikan gurauan Adrian yang makin lama makin menyakitkan hati itu. Dia melangkah menuju ke arah tunggul kayu mati yang berada kira-kira lima puluh meter dari tempatnya berdiri. Adrian memerhatikan gelagat isterinya yang sensitif tak kira masa itu. Dia melabuhkan punggung di atas pasir putih tanpa beralas apa-apa. Ranting kayu dicapainya lalu dipatah-patahkan.

            Who do you think you are? Harap je muka handsome. Perangai ke laut. Tak habis-habis nak bagi aku tension. Mentang-mentang aku jauh dari mama dan papa, hari-hari kau nak buli aku. Ni baru bulan pertama. Hidup setahun dengan kau comfirm masuk hospital bahagia aku nanti. Tak naaaakk..!

Arissa menanggalkan sandal yang bersarung di kakinya lalu dipegangnya. Pasir putih disepak-sepaknya. Kayu-kayu kecil jugak dilayan sebegitu. Anggap sahajalah aku sedang sepak mamat sengal tu. Nah! Rasakan! Aku sepak-sepak kau!

“Aduh!” Arissa. Gadis itu tersepak sesuatu. Itulah! Siapa suruh pandai-pandai nak pasang niat tak elok pada orang! Arissa mencangkung. Kemudiannya, dia terduduk. Darah kelihatan mengalir, bertitisan di atas pasir pantai. Arissa mengangkat kakinya, kelihatan sekeping kaca melekat di kakinya. OMG! Besarnya! Aduhhh! Sakitnya! Banyaknya darah? Arrrhh.. Pening. Nak pitam!

“Adrian! Tolong I! Adriaaaannnn…!!” Panggil Arissa, Adrian segera bergegas.

myfreecopyright.com registered & protected
Transparent Green Star