Doktor
yang bertanggungjawab di atas pembedahan itu mendekati mereka berlima. Saat itu
debaran yang kuat dirasakan. Entah apa yang akan mereka lakukan jika ada
sesuatu yang tak baik berlaku kepada Arissa.
Tubuh
Adrian dipegang kuat oleh Dato’ Iskandar dan Dato’ Zulkarnain. Pemuda itu sudah
tidak berdaya untuk menghadapi sebarang berita buruk lagi. Otaknya sudah
pusing, peluh yang membasahi tubuh seakan menunjukkan isyarat yang dia sudah
mencapai tahap terakhir ketahanan tubuhnya.
“Dia
mengalami beberapa keretakan pada tulang kaki, tangan dan bahu akibat hentakan
kuat tersebut. Dia juga mengalami pendarahan yang teruk. Kami dah cuba lakukan
yang terbaik untuk pesakit,” Ujar doktor tersebut. Terbeliak biji mata Adrian.
Dia melepaskan pautan tangan bapa dan bapa mertua yang melekat di pinggang dan
bahunya lalu mendekati doktor tersebut dengan lebih rapat.
“So
macam mana keadaan isteri saya? Is she
safe? What about the baby?”
Si
doktor menarik nafas panjang.
“About that..”
“Cakaplah
doktor! Macam mana dengan anak saya??” Adrian meninggikan nada suaranya. Dia
cemas. Darah sudah memuncak di kepala. Terkejut doktor tersebut dibuatnya.
“Kami dah lakukan pemeriksaan ultrasound pada kandungan Puan Arissa. Unfortunately, we can’t detected any pulse
from your baby. I’m sorry to say that
he’s gone. We already pull him out
during D&C surgery tadi untuk mengelakkan jangkitan kuman. Puan Arissa kami
akan tempatkan di ccu dahulu untuk pemeriksaan rapi. Sebaik sahaja keadaanya
stabil kami akan pindahkannya ke wad biasa.”
Kata-kata
doktor tersebut meranapkan segenap harapan yang pernah Adrian bina. Impian
untuk menjadi seorang bapa telahpun musnah. Para ibu sudahpun berpelukan,
menangis hiba mengenangkan apa yang telah terjadi kepada Arissa Azzalea yang
malang. Dato’ Iskandar memandang sayu ke arah menantunya itu. Adrian
memalingkan dari memandang wajah pilu orang yang dikecewakannya.
Arissa, aku dah bunuh
anak kita..?
***
Adrian Zareth membuka matanya yang
terasa perit akibat pancaran cahaya lampu. Dia membuka matanya dengan
perlahan-lahan. Tangan digerakkan untuk menghalang pancaran lampu dari
berterusan memanah matanya. Terasa sakit seluruh tubuhnya pada saat itu. Adrian
mengeluh. Dia menutup matanya kemudian membukanya kembali. Pandangannya semakin
jelas. Dipandang sekelilingnya. Suasana yang asing muncul di pemandangan
matanya itu. Adrian bingung. Matanya meliar. Dia cuba mengangkat tangan
kanannya namun, terasa pedih. Pemuda itu menunduk kelihatan tangan kanannya
dicucuk dengan satu jarum yang disambung iv
drip. Adrian cuba mengingati apa yang telah berlaku. Pemuda itu kemudiannya
mengeluh berat.
Aku
pengsankah tadi? Arissa..! Ya Allah! Arissa!
Adrian
bangkit dari pembaringan. Jarum yang menyalurkan ubat di tangannya dicabut
rakus, menyebabkan darah mulai keluar dari rongga yang tak bertutup itu. Si
pemuda mencapai sweaternya yang
berada si kerusi bersebelahan dengan katilnya. Perlahan, berbekalkan tenaga
yang masih tinggal, Adrian melangkah menuju ke pintu keluar. Dia mencapai
tombol pintu. Tiba-tiba daun pintu dikuakkan. Terkejut pemuda kacak tersebut
dibuatnya. Kelihatan Dato’ Zulkarnain muncul di depannya.
“Astaghfirullahalazim! Ryan nak ke
mana pula ni..?” Si bapa terkocoh-kocoh mendapatkan anak lelakinya itu. Dia
memegang bahu si pemuda lalu membawanya ke katil.
“Ryan
nak jumpa Rissa..! Ryan nak tengok macam mana keadaan dia..!” Pinta Adrian,
separuh sayu separuh sebak. Kepala si bapa digelengkan. Dia melihat tangan si
anak yang berlumuran darah. Lelaki tersebut menggarukan kepalanya yang tidak
gatal. Adrian kemudiannya disuruh duduk dia atas katil.
“Ryan,
sabar nak! Ryan tak sihat lagi ni! Tengok apa dah jadi dengan tangan tu..?
Kesat darah tu dulu! Tunggu sini okay? Daddy
nak panggilkan doktor,” Ujar si bapa setelah dia menghulurkan beberapa keping
tisu kepada Adrian.
Sebaik sahaja kelibat si bapa hilang
dari pandangan, Adrian turun dari katil. Tisu ditangannya dicampakkan ke
lantai. Dia kemudiannya segera melangkah menuju CCU di tingkat lima dimana
Arissa ditempatkan. Dia memerhatikan keadaan sekeliling, meninjau jika terlihat
bayang-bayang orang yang dikenalinya. Adrian menghampiri jururawat yang berada
di kaunter tak jauh dari tempat dia berdiri.
“Excuse me.
Boleh saya tahu dekat mana katil pesakit yang bernama Arissa Azzalea? Saya
suami dia.” Adrian bertanya kepada jururawat berketurunan india berusia
lingkungan 30-an.
“Sekejap ye. Saya check dulu. Arissa
Azzalea ye,” Ujar jururawat tersebut dengan sopan. Beberapa saat kemudian, wanita itu tersenyum.
“I’m sorry but your
wife dah kami pindahkan ke wad biasa
semalam. Pesakit dah sedarkan diri dan keadaannya pun dah stabil jadi pesakit
doktor dah keluarkan dari wad CCU.
Sekarang pesakit ada dekat tingkat enam,” Jururawat tersebut dengan jelas.
Adrian mengerutkan dahinya.
Semalam? Maknanya dah
satu hari aku tak sedarkan diri ke?
“Yeke?
Okay. Thanks for the info.” Adrian
bersuara perlahan. Jururawat tersebut memerhatikan tingkah laku Adrian. Dia
memandang tangan Adrian yang masih mengalirkan darah. Wajah pucat itu
ditenungnya sebentar sebelum jururawat tersebut bangun dari kerusi dan
mendapatkan Adrian. Dia memanggil Adrian yang mula menapak beredar dari situ.
“Excuse me Mr! Are you
alright? Your hand is bleeding. Do you need help?”
“I’m fine.. You don’t
have worry. I just.. want to see her
right now,”Satu senyuman dilemparkan Adrian
kepada wanita prihatin tersebut. Adrian kemudiannya meluru menuju ke tangga,
meninggalkan jururawat tersebut. Kini hanya tinggalsatu tingkat sahaja yang
memisahkan dia dan Arissa Azzalea yang tercinta. Tubuh yang berasa lemah itu
digagahi hanya kerana dia mahu melihat keadaan si isteri. Sesampainya dia di
sana, dia bertanya pula pada seorang lagi jururawat nombor katil Arissa. Dengan
segala kudrat yang ada, Adrian memberanikan diri untuk berhadapan dengan si
isteri. Pintu dikuak sedikit.
“Rissa tak sangka semua ni boleh
jadi! Rissa ingat Rissa nak buat suprise
pada Ryan. Dia memang teringin sangat nak ada baby. Tapi sekarang..? Baby Rissa
dah tak ada, mama.” Kedengaran suara esak tangis Arissa. Adrian tidak jadi
melangkah masuk. Dia terhenti di situ. Dia kini hanya mahu mendengar luahan
hati si isteri yang kecewa dengan sikapnya.
“Sayang,
dahlah.. Sejak semalam Rissa tak henti-henti menangis. Semua benda dah jadi
kan? Bukan salah Rissa, bukan salah Ryan. Semua yang terjadi adalah takdir
tuhan. Kita kena redha, menerima apa yang Dia tentukan,” Datin Zaraa
menenangkan anak perempuannya yang berada dalam kepiluan. Arissa mengesat air
matanya. Seluruh tubuhnya rasa sakit dek insiden tersebut. Dia tidak menyangka
yang bayi di dalam kandungannya telah pergi mengadap ilahi. Belum sempat lagi bayi
itu berpeuang untuk keluar menatap dunia ini.
“Rissa
tak tahu kenapa susah sangat Ryan nak percaya pada Rissa! Rissa ni jahat sangat ke mama?” Arissa lagi. Gadis
itu mengaduh sakit. Darah masih lagi keluar
dari rahimnya. Adrian di luar bilik menekup mulutnya. Perasaan serba-salah
menyelubungi diri.
“Rehatlah..
Nanti makin banyak darah yang keluar. Tolonglah dengar cakap mama ni sikit..
Mama tahu buat masa ni Rissa marahkan Ryan tapi Rissa sabarlah ye..”
“Rissa benci Ryan! Kalau bukan sebab dia semua
ni tak akan terjadi. Kalau bukan dia yang bawak Rissa ke sana dah tentu Rissa tak
akan gugur! Mama tolonglah Rissa. Mama jangan bagi Ryan jumpa Rissa please..?” Kata-kata Arissa membuatkan
Adrian tersentap. Tak sangka Arissa menggunakan ayat sedemikian rupa.
Kau dah benci aku?
Memang patut pun. Aku kan pembunuh? Kalau bukan sebab aku, anak tu masih hidup.
Aku memang tak layak jadi suami untuk kau, Arissa..
“Rissa
tak baik cakap macam tu! Walau apa pun, Ryan tu tetap suami Rissa!, Walaupun
Rissa cuba nak elakkan diri, lambat-laun
Rissa kena menghadap dia jugak tahu tak?”
Datin Zaraa tegas. Arissa sudah mula merepek tak tentu hala.
“Tapi
kalau Rissa jumpa dia mesti Rissa akan teringatkan balikapa yang dah jadi! Mama
tak ada dekat tempat Rissa, jadi mama tak akan faham!” Arrisa berterusan meluahkan
perasaannya, marah dan kecewa makin kuat.
“Rissa,
cuba tenangkan diri tu dulu. Tidur. Mama tak mahu sebelahkan Rissa ataupun
Ryan. Mama nak Rissa anggap semua ni satu dugaan yang Allah turunkan buat
hambaNya. Ini bukan masa nak salahkan siapa-siapa. Apa yang dah jadi, kita
biarkan berlalu. Taak payah nak ingatkan sangat benda tak elok ni. Sekarang, mama
nak biarkan Rissa rehat dulu. Mama nak keluar cari makanan untuk Rissa,” Datin
Zaraa bangkit dari duduk. Dia tak mahu mengeruhkan keadaan. Jika dia berpihak
pada anaknya pasti Ryan akan terluka. Jika dia melakukan sebaliknya, entah apa
pula yang akan dikatakan anak tunggalnya itu. Padanya dua-dua yang bersalah.
Masing-masing keras kepala, tak mahu menyerah kalah. Hidup berumahtangga
sepatutnya saling mempercayai antara satu sama lain, bukan saling menuding
jari.
Semoga segalanya
baik-baik sahaja. Semoga Rissa dapat berfikir dengan rasional.
“Mama
nak tinggalkan Rissa sorang-sorang ke?” Soal Arissa. Saat itu dia merasakan
bahawa tiada siapa yang menyebelahi nasibnya, masing-masing asyik membela
Adrian.
“Sekejap lagi mama datang semula. Buat
masa sekarang mama nak Rissa rehat..”
“Macam
mana kalau Ryan datang?”
Datin
Zaraa memandang anaknya lalu tersenyum.
“Maafkan
sahajalah dia. Lagipun dia kan suami Rissa?”
“Tapi..!”
Adrian menutup matanya
rapat-rapat. Hinakah aku sampaikan kau tak nak jumpa aku? Macam tu sekali kau
benci aku..?
Tiba-tiba
bahunya disentuh oleh seseorang.
Terkejut Adrian. Kelihatan Dato’ Iskandar sudah berada di belakangnya.
Lelaki itu senyum ke arahnya. Kemudian, dikuakkan pintu di mana wad Arissa
ditempatkan lalu bertembunglah pandangan suami isteri tersebut. Adrian
memalingkan wajahnya, tidak memandang langsung muka Arissa.
“Kenapa
tercongok dekat luar je? Masuklah tengok isteri Ryan tu,” Bicara si ayah
mertua. Adrian menolak lembut tangan lelaki itu. Terkejut Si bapa mertua
melihat lelehan darah di tangan anak menantunya itu.
“It’s okay papa. Ryan
tak diperlukan dekat sini. Sorry..”
Lalu dia terus beredar dari situ. Arissa mengetip bibirnya. Dia tidak ttahu
berapa lama Adrian sudah berada di situ. Tapi, dia pasti Adrian mendengar
setiap butir perkataan yang keluar dari mulutnya.
“Abang, pergi kejar Ryan tu, tengok
keadaan dia!” Datin Zaara meminta suaminya mendapatkan Adrian. Pandangannya
beralih kepada Arissa yang bergenang air mata itu pula.
“Tengok
apa yang Rissa dah lakukan? Ini ke yang Rissa hendakkan??”
***
Sudah
hampir dua minggu Arissa berada di rumah ibu dan bapanya. Adrian langsung tidak
menunjukkan wajahnya sejak kejadian di hospital tempoh hari. Pemuda itu enggan
bertemu Arissa, apatah lagi berbicara dengannya. Berhunungan juga tidak,
menyepikan diri seperti sudah mati. Hubungan yang mereka bina kini seakan berada
di titik penghujungnya. Adrian sudah tawar hati untuk terus bersama si isteri.
Tengahari itu, sebaik sahaja pemuda
itu habis bermesyuarat, dia didatangi oleh bapa Arissa, Dato Iskandar. Keadaan
janggal wujud tatkala matanya bertentangan dengan si bapa mertua.
Adrian
bersalaman dengan bapa mertuannya sebelum menjemput lelaki berusia lima puluhan
itu duduk di atas sofa yang tersedia di ruang pejabatnya.
“Lambat
habis meeting. Ryan sibuk ke?” Soal
Dato’ Iskandar. Adrian mengangguk. Seboleh-bolehnya dia ingin menyibukkan
dirinya. Dia tidak mahu ada sedikit waktupun untuk berfikir mengenai si isteri.
Itu hanya menambahkan kesakitan di hatinya.
“Boleh
tahanlah, pa. Sekejap lagi Ryan kena
keluar jumpa client pula. Banyak
sangat benda yang Ryan perlu settlekan..”
“Sampaikan
Ryan lupa pada Rissa?” Bernada perli pula si bapa. Terkejut Adrian mendengarnya
namun seboleh-boleh menahan wajahnya dari menunjukkan sebarang ekspressi.
“Biarlah
dia tinggal dekat sana dulu, pa. Kalau
dia balik ke rumah pun, tak ada orang yang boleh jaga dia. Ryan kan selalu
outstation. Bulan ni memang Ryan banyak keluar,” Adrian menerangkan situasinya
pada Dato’ Iskandar.
Dato’ Iskandar berdehem. Dia tahu
sebenarnya anak menantunya itu terluka dengan apa yang terjadi sebulan lepas. Isterinya
sudahpun menerangkan setiap perkataaan yang Arissa keluarkan semasa di
hospital. Hendak disalahkan Adrian seratus peratus pun tidak boleh , begitu
juga dengan anaknya.
“Ryan,
apa yang dah terjadi bukan kehendak kita. So
kalau boleh papa nak Ryan berhenti menyalahkan diri Ryan.”
Adrian
menggeleng. Dia bangun dari duduk dan menuju ke arah intercom, meminta Juwita
memesan minuman untuk bapa mertuanya itu.
“Bukan sebab tu Ryan tak jemput
Rissa. Ryan just.. busy dengan kerja. Sekurang-kurangnya
bila dia duduk dekat sana ada orang yang boleh tengok-tengokkan dia.” Pemuda
itu menghidupkan laptop di mejanya. Pandangannya langsung tak melekat pada si
ayah.
“Okey,
kalau itulah kata Ryan, papa faham. Tapi boleh papa tahu kenapa Ryan tak pernah
nak datang jenguk dia lepas dia keluar hospital tempoh hari? Diakan isteri
Ryan. Ryan tak rasa kasihan pada dia? Ryan tak nak tahu ke macam mana keadaan
Rissa?” Soalan bertubi-tubi menerjah ke pemuda tersebut. Adrian mengeluh berat.
Dia duduk di atas kerusi sambil tangannya mengurut kepala. Entah apa alasan
yang patut diberikan lelaki itu kepada ayah mertuanya.
“Ryan..! Entahlah. Ryan tak tahu macam mana
nak cakap. Ryan risau tentang hal dia.Sangat sangat risau, pa. Ryan nak sangat
jenguk dia tapi..!”
“Ryan
risau Rissa tak nak berjumpa dengan Ryan?”
Adrian
menganggukkan kepalanya. Pemuda itu mengelus kasar wajahnya dengan kedua-dua
belah tapak tangan. Perbualannya dengan si bapa benar-benar membuatkan dia tak
senang duduk. Seboleh-bolehnya dia cuba mengelak untuk berfikir mengenai sang
isteri namun pada hari itu, dia tidak dapat mengelak lagi setelah si bapa
mertua datang mempersoalkan tindakannya. Dia tidak menyalahkan lelaki itu.
Kalau dia berada di tempat Dato’ Iskandar, dia pasti akan berbuat benda yang
sama.
“Ryan.
Kita sebagai suami, kita tak boleh pentingkan diri sendiri. Memang ya, Arissa tak
mahu berjumpa dengan Ryan. Tapi sampai bila kamu berdua nak mengelakkan diri
antara satu sama lain? Kamu berdua tetap suami dan isteri. Walau apa pun yang
terjadi, kita sebagai seorang lelaki ada tanggungjawab dan tanggungjawab seorang
suami adalah menjaga isterinya. Macam
inilah, cuba Ryan datang jumpa Rissa, minta maaf dengan dia, cakap baik-baik
dengan dia. Insya Allah dia akan lembut hati.” Dato’ Iskandar mendekati
menantunya itu lalu ditepuk bahu pemuda tersebut. Adrian menundukkan wajahnya.
Ada benar juga kata si bapa. Tapi entahlah, hatinya begitu takut. Takut untuk
ditolak oleh Arissa. Sedangkan kata-kata Arissa tempoh hari masih berbekas di
hati, manakan mampu untuk menghadapi sekali lagi keadaan yang sama.
“InsyaAllah,
papa.”
“Ryan fikir baik-baik tentang apa
yang papa bagitahu Ryan ni. Apa-apapun, pintu rumah papa sentiasa terbuka untuk
Ryan. Datanglah bila-bila masa. Papa balik dulu. Papa cuma singgah untuk
beritahu hal ni. Kalau boleh papa taknak rumahtangga kamu berdua jadi macam ni.
Baliklah seperti sediakala, nak.” Dato’ Iskandar menapak beredar dari ruangan
pejabat menantunya itu. Adrian mengeluh berat.
Aku
tak tahu macam mana nak berhadapan dengan kau, Arissa. Aku rasa serba salah.
Aku merosakkan segala-galanya. Hati aku terlalu lemah sehinggakan aku tak mampu
untuk memandang kau lagi. Setiap perkara yang dah terjadi membuatkan aku sangsi
kepada kau. Mungkinkah bayi itu bukan milik aku tetapi milik Ammar? Entah
kenapa aku fikir benda bodoh macam ni. Aku tak tahu apa yang harus aku lakukan
untuk terus mempercayai kau.
Adrian
menarik nafas dalam-dalam. Dia sudah berusaha untuk mengelakkan diri daripada
Arissa. Namun, jauh di sudut hati dia berasa rindu akan senyuman si jelita yang
selama ini telah mencuri hatinya itu. Terlalu rindu. Dia rindukan saat-saat
bahagia yang pernah muncul di dalam kehidupan mereka berdua. Saat mereka
menyulam kasih dan cinta bersama.
Pintu diketuk berkali-kali,
mematikan lamunan Adrian.
“Encik,
ni saya bawakan minuman. Err.. Bukan Encik Adrian ada tetamu ke tadi?” Juwita
sebaik sahaja dia masuk ke dalam pejabat Adrian. Dia memandang sekeliling.
Tiada sesiapa di situ selain dia dan Adrian.
“Dia
dah balik. Letakkan aje dulang tu dekat atas meja.”
“Oh..okay,
baiklah. Saya minta diri dulu..” Juwita meletakkan dulang di atas meja kopi
berhadapn dengan sofa. Gadis tersebut kemudianya berjalan menuju ke arah pintu
keluar. Adrian berdehem.
“Temankan
saya minum sekejap, Juwita..” Secara
tiba-tiba ayat tersebut tergelincir keluar dari mulut Adrian. Bulat mata
Juwita. Tak pernah-pernah bosnya itu mempelawanya seperti itu. Gadis bujang
yang mengenakan kemeja putih berlengan panjang
dan skirt pensil merah paras lutut itu menapak ke arah majikannya yang
muda lagi kacak itu. Adrian memandang lengang-lenggok tubuh cantik di hadapan
matanya itu.
“Please have a seat.”
“Saya
agak terkejut. Sebelum ni Encik Adrian tak pernah..!”
“Tak
pernah pelawa awak berbual dengan saya?” sampuk Adrian.
Gadis yang tua setahun daripada
Adrian itu mengangguk. Selama ini dia sering memerhatikan pemuda kacak yang
elegan itu. Pemuda itu tidak pernah mengusiknya, apatah lagi bermain mata
dengan gadis tersebut. Dia sangat professional terhadap pekerjanya. Kadangkala
gadis itu sengaja cuba menguji
majikannya itu dengan memakai pakaian yang agak seksi namun Adrian ternyata
tidak tertarik malah dia langsung tidak memandangnya. Sedikit-sebanyak Juwita
berasa tertarik hati kepada pemuda yang sudah bergelar suami orang itu.
“Saya
nak tanya pendapat awak, Juwita.” Ujar Adrian. Dia mencabut kot yang tersarung
di tubuh badannya lalu disangkutkan pada penyangkut yang disediakan. Juwita
memandang tubuh tegap lelaki yang cuba dikaguminya sejak dulu itu. Adrian
kemudiannya melonggarkan tali lehernya lalu duduk di atas sofa berhadapan
dengan gadis cantik tersebut. Juwita terasa berdebar pula. Tidak pernah dilihat
Adrian dari sisi itu.
“Ada apa yang saya boleh tolong..?”
Gugup gadis tersebut dibuatnya. Wajah Adrian yang kacak rupawan itu
diperhatikan namun dia cuba mengekalkan riak bersahaja walaupun dadanya sudah
dilanda ombak.
“Soalan
yang saya nak tanya ni tak ada kaitannya dengan kerja tahu?”
Juwita
segera mengangguk.
“Kalau
awak cintakan seseorang, awak masih akan terima dia tak kalau dia minta maaf? Means, he did a very terrible things to you
and always make you cry. If he regret for everything he did, will you accept
his apologize?” Soalan Adrian, serius.
“Of course. Macam
yang Encik Adrian cakap, kalau dia dah betul-betul menyesal dengan apa yang dia
buat, tentu sekali saya akan maafkan dia.. Orang yang saling mencintai ni
haruslah sentiasa memaafkan satu sama lain. Itulah makna sebenar percintaan.
Boleh saya tanya? Apa yang terjadi?” Juwita tersenyum manis sambil matanya
dilirikkan ke arah Adrian. Juwita menjawab persoalan Adrian dan kemudiannya
menyoalnya kembali.
“It’s
just.. Entahlah. Kalau betullah semua yang awak cakap ni, that’s mean obviously she don’t really love
me..” Adrian tersenyum hampar. Kecewa.
